BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 12 Oktober 2009

AKHIRNYA....... YES! YES!

digarisan penamat

plat number kebanggaan setiap rider...

full stiker tu...

barisan mtb yang dah siap setting.... tunggu masa untuk bergerak..



Semalam aku melalui satu lagi siri penjelajahan ( boleh kot guna istilah ni) yang agak memeritkan dengan cabaran yang berlainan dari cabaran-cabaran sebelum ini. Maklum sajalah hobi yang mendatangkan cabaran, menguji fizikal dan mental ni bukan semua orang sanggup mengharungi, malah baru mendengar ceritanya saja ada yang dah takut nak cuba...

starting point... bersama vzo, atd dan rakan (kaswan)

dipuncak pendakian pertama... tinggi jugak ler....

Memang perit ( lebih perit kalau tak well prepare) tapi kepuasan yang aku dapat bila menamatkan secara penuh tak tergambar hebatnya perasaan aku waktu itu... rasa macam dah berada dipuncak kepuasan...macam orang suka makan pedas... dah tahu cili api tu pedas tapi dia tetap belasah juga dan kepadasan... tetapi disebalik kepedasan itu ada kepuasan...
Cabaran kali ni aku rasa puas lebih sebab aku dapat rasa kesan kekejangan otot-otot peha aku sebanyak 7 kali dan dua kali yang aku dah tak malu untuk jerit jer sakit ( sebab tak cukup persediaan ).... pada masa tu ada juga terbit perasaan mungkin kali ni aku kena mengalah.... namun aku kuatkan juga semangat dan yakin aku boleh menamatkan kayuhan kali ini dan alhamdulillah akhirnya aku berjaya...

Cabaran MTB ni kalau siapa pernah berkayuh dia tau la... kalau setakat dengar-dengar cerita saja belum cukup merasai perasaan duduk atas MTB turun dan naik.... tapi kebaikannya banyak juga yang insyaallah jika diizinkannya kita akan beroleh... kawan-kawan yang ada lelah dah pulih, yang ada kencing manis dah semakin baik..., yang ada darah tinggi semakin baik...(sangat terkawal)... yang obessiti dah tak obessiti.... dan aku rasa gembira dengan perkembangan ini dan pencapaian/perubahan yang dialami rakan-rakan... ini juga menguatkan lagi keyakinan bahawa aktiviti/hobi ini bukan suatu pembaziran atau yang sia-sia... sedikit pelaburan untuk mendapat lebih kepuasan rasanya berbaloi dengan kesan diperolehi... bukan apa aku nak menyeru kepada rakan-rakan untuk ramai-ramai mengikuti aktiviti yang sihat ini.... tak da alasan aku dah berumur dan lain-lain... kat BM MTB ramai yang aku jumpa org-org dah berumur... juga sama-sama berkayuh... habis tak habis lain cerita... yang penting depa kayuh sama dan ikut kemampuan setakat yang boleh... kepada rakan-rakan dari salak, ipoh dan seri iskandar ... tahniah kerana kita sama-sama berjaya mengambil bahagian... semoga berjumpa lagi...

rakan radio yang juga photografer 9w2rfd


bersama blogger ZamArjuna...


dan lagi satu sebagai bonus semalam aku telah ditakdirkan dapat bertemumata dengan blogger arjuna aka ZamArjuna dan juga rakan radio yang main kamera juga iaitu 9w2RFD....hehe jangan marah bang x-ray.... aku jumpa dulu.... memang kelas kerja kamera ZamArjuna&9w2RFD ni...kamera diorang kelas... orangnya pun kelas... friendly... tak sombong... Tq ZamArjuna sebab belanja minum.... lain kali kita jumpa bleh la aku nak ambik tip2 pasal kamera... semalam letih gila... memang cunlah foto2 yang dirakam Zam dan Rafidi (kalau salah harap betulkan)... lebih-lebih lagi gmbr2 model2 tu hehe... ada kelas....
Wassalam....
barilaan...


4 ulasan:

  1. tahniah sebab menamatkan perlumbaan..
    dan berjumpa rakan2 fotographer dalam link blog.
    pagi tu ingat nak gi gak tapi rasa jauh la pulak hehe.

    BalasPadam
  2. rugai hg tak pi zan... bukan nya jauh sgt BM tu... klu tak hg pun boleh ikut sekali snap2 kat sana dengan zamarjuna... hehe rugi-rugi...

    BalasPadam
  3. ni yang aku radang nih...
    kalau tak leh ambil tip2 gak kat Arjuna..
    dok tunggu gak ni gamba kat blog dia.
    atau dia masukkan kan kat photobucket ke atau photopages...

    BalasPadam
  4. salam...baca bro nye title n komen segan la bro.rasa mcm nk peluk u all je..hahhaa...tips sy senang je bro...blasah jee...klau x blasah x dpt..tul x?nti sy ke tepen kita roger2..roger pakai hp je la...nk men radio.. radio FM ade laa..hahahha....tp best dpt jupe u all geng radio.mn tau sy leh trjebak plak..adeehh...modal2..

    BalasPadam