BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 26 Februari 2010

NICK VUJICIC...SIAPA DIA ?


Life without limbs

Attitude is Altitude

Mungkin ada yang dah kenal dengan pemilik nama ini... aku terus terang baru malam tadi tahu dan kenal akan tuan punya nama ini. Walau pun tak kenal secara dekat tapi bila aku tengok klip dia rasa macam dia tu dekat jer.... Melalui insan ini sebenarnya Allah cuba nak mengetuk minda dan motivasi kita insan yang serba sempurna ini untuk mengeluarkan kehebatan diri kita....

keluar dari ketakutan... keluar dari ketidakyakinan... keluar dari keraguan.... keluar dari ketidakpercayaan... keluar dari kepompong kesempitan... keluar dari hipokrit.... keluar dari pengaruh negatif... keluar dari kelalaian.... keluar untuk melihat sebenarnya diri kita ada kehebatan yang belum dikeluarkan... Kenapa mesti mematikan sendiri motivasi diri dengan bisikan2 negatif.....

Pada aku anda saksikan sendiri, baca sendiri kisah nick vujicic ini... memang bukan dia seorang sahaja yang boleh dijadikan sumber motivasi tapi dia adalah sebahagian darinya yang Allah kurniakan dimuka bumi ini.... of coz kita orang islam tak ada lain sumber motivasi terhebat kita melainkan Nabi Muhammad SAW tapi ini adalah satu alternatif untuk kita melihat kebesaran dan kekuasaan Allah. Yang penting kita boleh mendapat inspirasi darinya.... Carilah klip2 beliau dari youtube... boleh dijadikan pemangkin semangat kita yang selalu lemah, keyakinan diri yang selalu rendah, ketakutan yang terlalu mencengkam...

SALAH PETIK

Bukan petik buah tapi petik perumpamaan, peribahasa dan sebagainya... Terima kasih rakan setia komen blogku DUNIAKU pada N3 yg lalu.... memang aku menyalahkan mereka yang merempat itu kerana tidak berusaha sehabis2nya memperjuangkan hidup masing2.... kalau setakat tidur di kaki lima/ bawah jambatan, makan selongkar diplastik sampah dalam keadaan negara kita yang tidaklah baif sangat maka usaha mereka itu belum cukup.... tak kan selongkar beg sampar itu satu yang glamor.... orang asing datang sini bekerja tak ambil kira glamor pun... sepatutnya golongan itu jgn kira nak glamor... sbb yg glamor ada orang-orangnya...
Perumpamaan pula jangan kita salah petik hingga menyebabkan kita malas atau sukar berubah... antaranya rezeki secupak tak kan jadi segantang...yang baiknya kalau kita gunakan sebagai membakar semangat untuk berusaha dan jika malas berusaha kita akan kata yang secupak itu tak jd segantang.... tapi kalau salah petik... tak payahlah nak usaha yang secupak tak akan jadi segantang....
Pipit sama pipit enggang sama enggang... kalau tak berusaha sampai bila pun pipit tetap pipit dan enggang pun boleh jadi pipit....jika sebaliknya pipit bukan setakat jadi enggang mungkin jadi rajawali.... Ada banyak lagi bidalan2 orang melayu dulu2 tapi janganlah salah petik... salah satu petikan temuramah wartawan aduan rakyat malam tu... perempat tu kata " lebih baik saya cari makan kan tempat sampah dan tidur di kaki lima dari saya mencuri dan menyusahkan orang.." bunyinya memang betul tapi tak berapa betul.... apa yang betul, apa yang tak berapa betul aku pulangkan kepada pengunjung blog ni untuk mentafsir sendiri.... tubuh badan sihat, akal ada, anggota badan cukup.... ( ada la sikit2 masalah lain, sejarah hitam silam) nak dijadikan alasan dan salahkan masyarakat.....
JANGAN KITA SALAH MEMETIK MAKSUD, UNTUK KITA TERUS TERBELENGGU DIBELENGGU...

Khamis, 25 Februari 2010

GELANDANGAN DINEGARA SENDIRI

Semalam aku tengok prog tv ADUAN RAKYAT... salah satu kisah yang ditonjolkan ialah masalah Gelandangan atau Merempat orang tempatan/rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Itu di Kuala Lumpur, ditempat-tempat lain juga mungkin ada ramai lagi yang hidup bergelandangan tanpa rumah sebagai tempat berteduh... yang lebih dahsyat lagi yang berkeluarga pun ada hidup dijalanan.... aku kesian melihat visual sianak kecil yang terpaksa sama hidup bergelandangan di Kota Raya KL...
Dimana silapnya? Kenapa mereka ini mesti merempat.... sedangkan rakyat negara asing yang beramai-ramai datang mencari makan disini boleh hidup mewah... kalau yang tak mewah sekali pun tidaklah hidup mereka merempat begitu rupa.... amat menyedihkan bila melihat mereka menyelongkar mencari makan dari bungkusan sampah restoran makanan segera mengutip sisa-sisa makanan untuk dijamah.... Kenapa begini teruk sekali? Salah mereka yang merempat inikah? salah masyarakat sekeliling? salah pihak pemerintahkah?
Pada aku semua pihak ada kesalahannya tetapi yang paling-paling bersalah adalah individu merempat itu sendiri. Tak boleh nak disalahkan masyarakat dan pemerintah, jika individu merempat ini tidak berusaha dengan menggunakan akal dan kudrat yang ada untuk sebuah kehidupan yang tidak merempat. Hina sungguh bila mengutip sisa makanan dari tempat sampah, walau pun itu juga satu usaha yang lebih baik dari mencuri dan meminta-minta... takkanlah tak boleh melakukan apa-apa kerja untuk makan dan tempat tinggal sedangkan negara ini jadi syurga mencari rezeki kepada ramai warga asing yang masuk secara halal dan haram.... Dimana pendatang ini tinggal ? kenapa mereka tak perlu menyelongkar plastik sampah untuk mencari sisa makanan untuk dimakan? Inilah masalah orang kita... malas berusaha dan tidak mahu menggunakan akal yang diberi oleh Allah...
Aku yang paling sedih sekali bila melihat bayi yang masih kecil juga ikut sama merempat, gara-gara ibuayahnya juga merempat... yang ni paling menyentuh hati naluri aku... sebab aku pun ada anak... kesian anak tu.... Bagi aku tak ada apa alasan yang boleh diterima pakai yang diberikan oleh mereka kerana orang asing boleh mencarikan disini dan mereka tidak merempat.... jadi kenapa kita sebagai warga negara boleh merempat... peluang pekerjaan ada dimana-mana.... jangan memilih... ada juga dipaparkan orang yang muda, sihat walafiat turut merempat.... kalau warga tua yang disisih keluarga tu wajarlah keluarga atau masyarakat dipersalahkan....
Semoga dengan paparan isu itu semalam akan ada jalan keluar yang sewajarnya.... janganlah merempat lagi.... kalau mereka merempat kerana peluang pekerjaan habis diambil oleh orang asing, maka kita halau jer balik orang-orang asing tu....kalau itu penyebabnya...
Apa pendapat anda....?

Rabu, 24 Februari 2010

BERDIAM ITU LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA

Saja aku petik pulak ayat ni dari blog rakanku sahabatku zanxray.... dia petik kat mana tak tau la pulak... Bagi aku kata-kata tu adalah biasa dan pernah didengar... Maknanya sebenarnya luas dan banyak yang tersurat dan tersirat.... berdiam pada ketika mana yang kita diperlukan untuk diam dan berkata-kata pada ketika mana pulak kita perlu berkata-kata.... kita tidak boleh ambil secara terus Cogankata itu akan maksudnya...
Ada perkara yang memang lebih baik kita diam dari berkata-kata dan ada perkara yang kita tak boleh diam dan perlu kita berkata-kata untuk menyatakan/meluahkan pendirian kita agar orang tidak salah tafsir dengan omongan DIAM ITU TANDANYA SETUJU.... nah maka itu tak kan kita nak berdiam diri lagi.... Dalam kehidupan kita secara islam ini pun kita disuruh untuk berkata-kata dalam menegur sesuatu yang tidak kena, jika tidak mampu dengan kata-kata seterusnya ke hati dengan rasa benci dan apa lagi aku pun dah lupa sehinggalah ketahap selemah-lemah iman dan daya kuasa kita... harus kita ambil perduli dengan sekeliling kita...
Tapi biasalah zaman sekarang, ada ramai orang tak boleh terima teguran so macam-macam ugutanlah dan sebagainya agar kita tidak bersuara.... tu yang masalahnya ... kata nak dengar denyut nadi suara jantunglah tapi bila denyut nadi bersuara tak boleh pulak terima kenyataan... so macam mana?
Oleh itu bersuaralah kita kerana suara yang keluar dari mulut kita itu juga merupakan suara yang datang dari hati kita... jika kita tak lepaskannya maka ia akan terbuku didalam hati dan ini akan lebih membawa mudarat baik kepada diri kita mahu pun orang lain ( yang boleh ditegur atau tak boleh ditegur) Bagi yang perlu mendengar... dengarlah dengan ikhlas untuk membaiki keadaan, dengarlah dengan tidak ada perasaan dendam dan sakit hati.... terimalah dengan terbuka untuk kebaikan.... kalau tak tunggu jer la gunung berapi (hati) meletup....
Wel sekadar mencoret bukan mencarut.... yang baik dari Allah yang tidak itu dari kelemahan aku.... Suara-suara yang waras harus didengar secara waras.... jika tidak memang sah-sah anda tak waras....

Selasa, 23 Februari 2010

LELONG TELOK....

Pernah ke kita dengak orang lelong telok? belom lagi kot.... kalau ada pun kot telok dinasour jer yang orang lelong.... Telok biasa-biasa ni kalau lelong sapa nak beli..... ada pun yang harga tinggi sikit telok ayam kampung la... berapa tah sebijik... aku pun tak tau sebab tak pernah beli.... 50 kupang kot noh? sapa yang kaki makan telok ayam kampung dengan madu mesti dia tau la... telok ayam biasa tak power mcm telok ayam kampung.... telok ayam biasa (ayam dagin) manja... dok dalam kurungan... makan kena bagi... minum kena bagi.... ada sesetengah dok dalam ekon.... ayam belaan ni kalau kita lepas keluak pun dia tak lari pi mana... hg letak ataih bakul... ataih bakul tu la dia tenggek.... pulak tu ayam jenis ni selalu nak kena cucuk... jadi telok dia kureng la power.... tapi harga murah la.... tapi kalau oder kat kedai yg dah masak mahe jugek yek.....
Citernya smlm mak aku bawak mai seplastik telok ayam kampong.... haha jiran bagi... FOC la apa lagi.... tu hebatnya org kampung, bila bagi ikhlas tak mengharap apa-apa balasan... bukan bagi yang ada makna.... mcm cita P.Ramlee tajuk ANAK BAPAK ka... yang dialog dia..." baik? baik ada makna tu..." kata bapak kepada anak pompuannya ...klu baik sangat, betul-betul baik buat selalu... jangan bagi bermusim.... mcm winter sonata pulak... semangat kejiranan setia kasih tu tinggi... apa lagi sehari dua ni pulun telok ayam kampung la.... telok biasa letak tepi dulu la.... maklumlah ayam kampung.... lepas bebas... cari makan sendiri... tak harap tuan bagi makan walau ada gak diberi makan tapi tak der la formal sangat nak kena letak dalam bekas dan mcm-mcm lg... tidur pun survival jer atas dahan2 pokok... tu yg telok dia sedap tu... hehe... tido tempat tinggi... cuba saja2 pi tangkap ayam kampung ni ... mesti susah tak semudah ayam dagin (bela dlm reban).
Tulah citanya pasal telok ayam.... apa pulak kisahnya dengan tajuk LELONG TELOK tu.... entah ler.... TELOK MANA NAK KENA LELONG..? telok denasor ka? telok ayam kpg ka? telok ayam dagin ka? telok itik ka ? atawa lain2 lagi yang ada bertelok.... hahaha....

KOYAK MEGI KEMBANG HAHAHA....


Haha... dengan bangganya surat jemputan dikoyak.... haha terrornya.... hebatnya.... beraninya.... berani koyak surat jer.... hahahaha.... memang megi ni satu makanan segera yang sungguh sedap kenyangnya sekejap... tapi bahayanya jangka masa panjang.... harga murah... nak masak pun kejap jer... pakai perasa... mana tak sedap... sedap oooo... tapi bahaya....

Nampaknya megi dah kembang.... megi sapa? megi Alex raja lawak ker o megi afdlin....no no no bukan megi diarang.... Jangan pulun sangat makan megi noh!!! orang yg buat megi (kilang) tu pun tak makan sbb dia tau apa bahaya dia...... sekarang masa untuk megi diagih2kan kepada pelbagai mangsa terutamanya mangsa bencana.... boleh makan... tapi jangan banyak sangat... kalau boleh jgn guna perencahnya... tang tu banyak bahaya dan muslihat megi tu...

Apa-apa pun bagi yang dah bersedia nak nyental megi tu... silakan teruskan rezeki jangan ditolak bala jgn dicari, jangan lupa kalau nak best lagi pecahkan telok 2 biji... lagi syok oooo ... kalau yang ada telok la.... kalau tak dak balun ja la.... jangan sambil makan koyak surat sudah.... kahkahkahkahkah.... kok ya pun hati tu dah retak... bawa sabak noh..... makan bagi perabih dulu... pastu baru pikiak tengok...

Isnin, 22 Februari 2010

CABAR MENCABAR....

......pULAK DAH..... sapa cabar? sapa tercabar? hampa tau ke tak tau?.... aku cuma nak tengok sapa yang berani (ada t*l*k) yang mencabar atau yang tercabar.... kita rakyat terbanyak nak tengok la sapa yang berani dan berjaya membuktikan hujah masing-masing.... hahaha.... sekarang musim semua nak jadi JUARA.... betoi ka JUARA?...
- kita tunggu perkembangan mee maggi selanjutnya.... ( makan sikit lapik perut... makan banyak mudarat.... korang faham dak? kalau tak faham tak pa.... ala mee maggi...) :-)

BILA HATI TELAH RETAK, BILA CINTA BERBUNGA LAGI...

Haha... tajuk lain macam pulak hari ni.... asyik boh tajuk serius duarius jer nnti boring pulak orang nak baca.... Hati siapa yang retak? yang pastinya hari ini memang ada hati yang retak... retak sebab apa? tuan-tuan yang punya hati jer la yang tahu.... jadi kepada pembaca blog ini yg hati telah retak pastikan apa pun tindakan yang anda ambil biarlah keadaan dapat dikawal.... kalau ianya masalah kecil atau besar, dapatlah diselesaikan hendaknya... anggap saja ia satu ujian sebelum datang kemanisan....
Begitu juga bagi yang cintanya berbunga lagi... hehe jangan fokus cinta baru jer untuk berbunga lagi.... dengan cinta yang sedia ada pun boleh dan perlu sentiasa kita bajakan dengan baja bunga agar ia sentiasa berbunga dab berbunga.... tapi kalau ada nak berbunga yang baru.... hehe... aku no komen la.... bagi yang belum pernah berbunga... haha... tahniah semoga kali ini cinta anda betul-betul menjadi.... dari bunga menjadi putik lalu berbuah lalu dapat dirasai kemanisan buahnya hehe.... a a a... jangan fikir yang bukan2... buah apa ? ikut korang la nak tafsir apa... tapi yang aku maksudkan adalah buah dari hasil cinta yang berbunga tadi.... huhuhu....
Lain macam betul N3 kali ni.... boh jer la.... bagi kelainan sikit.... hampa nak tengok gambak2 pi kat blog rot2photo..... chow...

Ahad, 21 Februari 2010

NAK TUNJUK PANDAI... TAPI ...O...O....

Kebelakangan ini semakin ramai yang nak tunjuk pandai... terutama lagi dalam bab hukum hakam agama. Paling dahsyat ada kumpulan yang ada nama berunsur/berkait Islam tapi mempertikaikan hukum agama sendiri.... Kadangkala ada yang nak mengguna hukum logik akal sebagai asas mempertikai hukum agama yang sudah tentu dipetik dari kitab suci AlQuran.... Apa ni? golongan yang konon cerdik pandai tapi lebih nak menyesatkan orang ni boleh terbiar begitu sahaja.... mempertikai hukum agama bukan ka boleh dikira menyesatkan jugak ker? Kenapa suara-suara yang mengancam begini terus bebas berkumandang... Allah dah menurunkan kitab AlQuran untuk menjadi panduan/rujukan bagaimana nak menguruskan kehidupan didunia ni kenapa kita nak pertikai ikut logik akal kita?
Nilah natijahnya jika mengagungkan bangsa lebih dari memperjuangkan agama. Dalam agama ada pelbagai bangsa berbanding satu bangsa yang kecil dan sempit.... Agama itu luas dan bangsa itu kecil/sempit..... aku setuju dengan tulisan Ustaz Asri dalam sebuah akhbar (mingguan) hari ini.... Letakkanlah hukum Islam ini ditempat yang betul dan sepatutnya.... janganlah kita nak tunjuk pandai guna hukum logik akal.... kerana siapa kita nak melawan hukum Pencipta kita...
Allah maha kuasa dah jadikan alam semesta ini lengkap dengan panduan buat rujukan kita kenapa nak fikir ikut kepala sendiri.... Khuatir Allah akan menurunkan balasan/balanya kepada kita (semua akan kena tempiasnya).... tak reti-reti lagi ka ambil pengajaran bala-bala yang menimpa didunia jiran tetangga kita... Nak menunaikan suruhannya pun kadangkala kita tergelincir ni pulak nak tunjuk gagah mempertikai hukumnya... Na'uzubillah...
Sekadar mencoret untuk renungan... yang lemah dan silap itu aku... yang betul dan baik itu dari Allah jua...

Sabtu, 20 Februari 2010

SEMPITNYA PEMIKIRAN....

Ni apa cerita pulak nih.... kenapa suka sangat menggambarkan diri tu berfikiran sempit, jumud berlumut.... Pada aku siapa-siapa nak jumpa siapa-siapa tu adalah hak masing-masing... Tak kiralah orang tu selebriti ka atau siapa pun dia , dia juga manusia biasa yang ada hak asasinya untuk bergerak dimukabumi Allah yang maha luas ini... Ada pulak orang-orang yang sakit mata membusuk dihati bila siselebriti tu pi berkunjung ke pantai timur berjumpa tok guru. Ni negara demokrasi bukan negara lain2 daripada tu jadi apa kes kita nak sakit mata membangkai dihati tengok pergerakkan orang.... Orang yang dijumpai oleh selebriti tu pun orang mulia, bukannya penjenayah, penjahat atau perasuah....
Tolonglah hormati hak orang lain seperti mana rayuan selebriti berkenaan.... beliau seorang yang profesional... tapi orang yang sakit hati tu memang sangat sangat sangat sangat tidak profesional.... Kalut, takut, atau apa lagi.... sehingga kelihatan pemikiran anda sempit sesempit sempitnya..... dunia sekarang dunia terbuka.... so bukalah fikiran....