BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 31 Disember 2009

2010

2010 tahun untuk memantapkan diri
2010 tahun untuk mencipta kegemilangan
2010 tahun untuk memperbaiki segala kelemahan 2009
2010 tahun untuk merapatkan lagi jalinan persahabatan
2010 tahun untuk segala aura positif yang boleh.....
SELAMAT DATANG KEPADAMU....2010
(dengan semangat yang girang)
TERIMA KASIH 2009 KITA TAK AKAN BERJUMPA LAGI...
(dengan seberat2nya dan sesedih2nya hati)

TAHUN BARU 2010 BANYAK YANG BAKAL BARU....

Syukur alhamdulillah jika dipanjangkan umur kita bakal bersama-sama menyingkap tahun baru menjelang tengah malam nanti. Seperti biasa bila menjelang tahun baru ni pelbagai perkara, benda, azam dan macam-macam lagi yang baru akan dirakamkan. Surat khabar pada pagi Jumaat nanti akan menyiarkan azam2 baru rakyat Malaysia dan harapan mereka sempena tahun baru 2010. Yang pasti dan nyata pada aku pada tahun baru nanti memang banyak perkara baru akan berlaku. Ada yang mungkin akan mengembirakan dan bagi aku rasanya banyak yang akan membuatkan orang ramai tertekan.
Malam tadi aku gi kedai beli roti buku gardenia... sekarang harganya RM2.80 sebuku dan dengan rasa kesalnya tokey kedai tu bagi tahu pada 1 Januari 2010 harga roti ni akan naik jadi RM3.10.... wow!!! kenaikan sebanyak 30 sen... ini sudah dikira bagus untuk menjana kelancaran ekonomi negara... khususnya pembuat roti. 30 sen dari RM2.80 berapa peratus? hampa kira sendiri... Tokey kedai tu kata alasan kenaikan adalah kerana pihak kilang roti kata harga tepung yang dah naik... aik? tepung naik? masa bila naik? kenapa boleh naik? minyak belum naik.... tarif letrik belum naik.... tepung dah naik dan roti terpaksa naik... wahhh ini dah kira hebat ni... nanti bila diumumkan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik dah tentu akan naik lagi harga roti sebukulali ni.... woho... seperti yang aku kata pada N3 yang lepas ...jangkaan aku dah mula menunjukkan kebenaran... tahun 2010 bakal menjengah dan membawa bersamanya satu gergasi hitam yang maha ganas, buas dan tak berperikemanusiaan yang akan amuk keadaan ekonomi kita.... huhu!!! alpa lagi ( kalau sony alpha tak pa gak).... suka-suka lagi.... buang-buang masa lagi... duk senang lenang lagi layan TV.... main game dengan anak-anak.... tsunami kegawatan semakin hampir.... nak marah ... tak boleh... sapa nak dengar... nak tunggu memangkah pun lambat lagi.... tu pun nanti ramai yang akan terlupa.... sebab melayu mudah lupa....haha... tu baru cerita roti yang kita selalu makan dan beli... macam mana dengan barang-barang yang jarang-jarang kita beli? dia naik pun kita tak perasan... mungkin kos sara hidup kita tahun 2010 akan meningkat 30% pada perkara-perkara asas... belum lagi yang lain-lain... ini juga bermakna kita sudah akan kehilangan keselesaan kewangan kita sebanyak 30% lagi hanya kepada perkara asas tersebut...
Risau... pening.... apa nak buat.... penyelesaian... Duk diam-diam pikir la sendiri.... tentu banyak jalan yang boleh kita buat.... Bagi aku tekanan itu mara kehadapan kita.... kita juga kena mara kehadapan untuk tangani tekanan tersebut. Kita tak boleh lari atau berundur kebelakang... sebab ia akan terus mara dan menghimpit sehinggalah kita rasa nak bernyawa pun tak lepas... siapa nak peduli kita.... siapa kita untuk orang lain perdulikan sangat... kalau bukan musim memangkah jamban (sarjan pendek ai ai sir)....
Bersedialah secukupnya supaya apa-apa kenaikkan pun kita tidak merasai tekanannya sebab kita boleh serap tekanan tersebut..... LU PIKIR LA SENDIRI.... apa azam baru anda?
woooooooooo..........steadyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!...........

Jumaat, 25 Disember 2009

Tak perlu sempurna untuk bermula, TAPI Harus bermula untuk SEMPURNA

Pagi semalam aku bersarapan bersama seorang sahabat. Kami masing-masing menikmati hidangan pagi popular orang Malaysia... roti canai garing (aku) dan banjir (sahabatku)... masing-masing pekena teh 'O'... Sedang kami minum-minum makan-makan sambil berbicara soal kehidupan dan perlunya nilai kehidupan ditingkatkan kerana persekitaran semasa yang begitu cepat berubah yakni segala kos makin meningkat dan terus meningkat... sedangkan pendapatan bulanan yang tetap nilainya semakin mengecil.... keluarga semakin membesar... perbelanjaan bertambah besar... hebatnya pendapatan statik tak boleh berkembang melainkan menguncup.
Dengan kenaikan pendapatan hanya RM 90++ setahun amatlah tak berpadanan dengan kenaikan sara hidup yang semakin menggila. Siapa berani kata ini kedudukan selamat dan selesa untuk meneruskan kehidupan.... Sesuatu perlu dilakukan untuk mencari sumber tambahan.... sedang kami asyik berbincang tiba-tiba aku terlihat kelibat seorang otai yang seperti aku kenali... semakin dia datang hampir sah... aku kenal otai ni.... c.gu aku masa sekolah rendah 30 tahun lalu... kami pun bertegur sapa maklumlah agak lama tak berjumpa... c.gu ni seingat aku masa dulu-dulu lagak penampilannya tak ubah mcm bintang hindustan samy kapoor bukan bintang jalan raya samy velo. Isterinya juga seorang guru lagak uji rashid ketrampilannya. Sekarang dah jadi otai... datang ke kedai pagi tu pun dengan cucu tersayang... saja aku usik... anak ke tu? hish!!... katanya mana ada dah.... aku usik lagi... mana tau... kot dengan ibu baru ke...hehehe.... usikan mesra bekas anak murid...
Kemudian aku tanya macam mana 'life'nya... dia kata bolehla... ayat yang agak berbisa aku dengar keluar dari mulutnya... korang masih bekerja ni okla... bagusla... masih laku dimata bank-bank... aik lain macam jer bunyi.... dalam hati aku berkata... lalu aku tanya lagi... apa yang dia buat sekarang.... katanya hanya menguruskan kebun buah-buahan.... tak pasti aku kebun buah apa? luas mana? sebab tak tertanya... itulah saja aktivitinya sehari-hari katanya...katanya dah lebih 5 tahun dia berpencen... lalu dia berpesan kepada kami berdua.....selagi masa masih ada... peluang masih luas dan ada pelbagai pilihan untuk diusahakan...katanya BUATLAH SESUATU DARI SEKARANG UNTUK PERSEDIAAN MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK...katanya.... kerja yang ada hanya sekadar cukup-cukup kadang-kadang tak cukup-cukup juga untuk menampung hidup semasa... apa lagi untuk hari tua nanti......25 tahun dulu pergi pasar bawa duit RM10 boleh penuh bakul sekarang RM50 baru penuh mungkin dan aku bayangkan lagi 20 tahun mau RM 120 kot baru nak penuh bakul.... mak aiiii..... masa tu kalau dapat saguhati RM 200K pun mcm dapat 20K sekarang jer... itu baru cerita nak penuh bakul pi pasar.... belum lagi duit ubat... dan lain-lain.... YANG KITA DUK RASA SELESA SANGAT SEKARANG NI .... TAK TERPIKIR KER KITA KEADAAN MASA TU.... aku ambil iktibar pesanan dari bekas guruku yang ku hormati sehingga hari ini.... itulah dia seorang c.gu atau guru..selamanya dia akan seorang guru.... bersedialah katanya secukupnya untuk menghadapi hari tua.... jangan terlalu berharap dengan orang.... berusahalah sendiri untuk menyediakan sesuatu yang sesempurnanya... Jadi tak salah la dengan tindakan yang sedang aku dan sahabat aku lakukan sekarang... nampaknya kami tak akan pandang kebelakang lagi.... yang dah lepas biar ia berlalu... pandang kedepan dan pacu usaha untuk mendapatkan kehidupan sesempurna yang boleh... HARI INI KITA TIDAK PERLU SEMPURNA UNTUK BERMULA TETAPI KITA HARUS BERMULA UNTUK SEMPURNA....

Khamis, 24 Disember 2009

BERAPA A? BANYAK A? O SIKIT A...

Hari ni keputusan PMR diumumkan jadi meriah dan riuh rendahlah dari rumah, jalanraya sampai ke sekolah-sekolah dengan gelak tawa dan tak kurang juga tangisan... baik kegembiraan mahupun kekecewaan... Kepada para ibubapa/penjaga yang anak2nya mendapat banyak A, kurang A atau tak dak A tahniah juga diucapkan kerana peranan anda terhadap anak-anak kesayangan anda. Yang banyak A tentulah bergembira dan jangan lupa tunaikan janji dengan seberapa segera... Yang kurang A jangan rasa kecewa begitu juga mungkin yang tak ada A. Kurang atau tak ada A bukan bererti anak-anak anda tidak bagus atau sudah gagal dalam hidupnya. Selagi anak-anak ini tahu menghormati/menghargai kita, keluarganya dan masyarakat sekelilingnya itu adalah lebih baik dari dapat banyak A tapi tak tau apa-apa tentang hubungan kemanusiaan lebih-lebih lagi bermasyarakat.
Agak malang bagi anak-anak yang terlalu dibedung untuk mendapat banyak A sehingga mereka juga terbedung dari bermasyarakat.... Tak tahu nak bergaul, tak tahu nak menghormati orang lain dan macam-macam lagi tak tahu... Kurang A dalam peperiksaan tapi A dalam bermasyarakat adalah lebih baik bagi aku sebab mereka ni lebih tahu tanggungjawabnya dalam hidup. Memang berjaya dalam pelajaran itu satu kelebihan dan kebaikan yang semua orang mahu tapi jika berjaya itu tidak membentuk jiwa manusia yang normal adalah satu kegagalan.
Akhir kalam untuk kesekian kalinya ini... selamat meraikan kejayaan anak-anak masing-masing bagi yang berjaya dan begitu juga bagi yang kurang berjaya raikanlah juga anak-anak anda sebab mereka telah berusaha dan mencuba....
salam....... wooooooooo...........steadyyyyyyyy...................

Sabtu, 19 Disember 2009

NOTIS PEMBERITAHUAN!!! 19/12/2009

MULAI HARI INI SEMUA N3 BERKAITAN PHOTO AKAN DITERBITKAN DIBLOG BARUKU YANG KHAS UNTUK PHOTO SAHAJA IAITU : rot2photo.blogspot.com JADI KEPADA SESIAPA YANG BERKESUDIAN UNTUK MELIHAT RAKAMAN LENSAKU BOLEHLAH BERTANDANG KE TAPAK BLOG YANG BERKENAAN. HARI NI KIRA POTONG REBEN LA NI.... SIAPALAH YANG BAKAL MENJADI PENGUNJUNG BERTUAH HARI INI SEBAGAI PENGUNJUNG PERTAMA DAN LAIN-LAIN YANG PERTAMA.
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN.... PADA BLOG-BLOGKU YANG TAK SEBERAPANYA INI.

Jumaat, 18 Disember 2009

MENEMBAK DI BUKIT LARUT

Nama tinggal kat kawasan taiping tapi nak jejak kaki ke bukit larut pun payah. Akhirnya setelah 22 tahun iaitu kali terakhir aku naik masa aku tingkatan 3 , masa tu sekolah di King Edward 7... naik turun masa tu jalan kaki jer.... sekarang ... fuihhhh tak bleh dah buat cam tu... bukan tak larat tapi tak dak masa.... sempat ler ku rakamkan sikit-sikit foto kat atas tu.... tak dak apa pun yang best... kalau nak bagi best pihak berwajib kena buat banyak yang menarik untuk orang ramai naik berduyun-duyun ke atas tu... mcm biasa nak upload mcm cacing sakit pinggang... sangat lambat so tengok ni dulu ... sambung lain masa...






Khamis, 17 Disember 2009

JOM HIJRAH!!!

Jom Hijrah...untuk kesekian kalinya kita dipanjangkan usia. Syukur alhamdulillah... Hijrah ini biasanya kita lakukan dari keadaan kekurangan kepada keadaan yang lebih baik. Pelbagai perkara boleh kita perbaiki dan berhijrah. Diri kita sendiri kita tahulah apa yang perlu kita hijrahkan. Asalkan ianya membawa lebih kebaikkan kepada diri kita dan keluarga. Kepada semua pengunjung blog Salam Maal Hijrah. Selamat Bercuti.... selamat berkunjung ke walimatulurus pada hujung mggu ni. Kepada yang bakal menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke pelamin bahagia selamat pengantin baru aku ucapkan.... dan tak lupa juga jika ada yang akan naik ke pelamin untuk kesekian kalinya... hehe... pastikannya semuanya berjalan lancar... jangan jadi macam Ramlee yang kena kejar keliling majlis....haha...
Kepada yang tak ada kena jemputan walimatulurus, tak naik pelamin, tak naik pelamin lagi...hehe selamat berhujung minggu yang agak panjang.
Macam biasa.... woooooooooo.........steadyyyyyyyyy!!!!!!

NAK BERUBAH? JANGAN BANYAK ALASAN...

Nak berubah atau nak mengubah haluan perjalanan hidup jangan terlalu banyak alasan.... nanti terlepas pulak simpang jalan yang membawa kepada perubahan. Perubahan apa? Berbagai-bagai bentuk perubahan boleh disingkap. Sejauh mana sebenarnya seriusnya kita ingin membuat perubahan cara, halatuju, gaya dan lain-lain dalam meniti kehidupan.
Cakap senang.... aku nak berubah!... kau mesti berubah!...kita mesti berubah!... bila nak berubah!... mulai bila?... sekarang?...esok?...minggu depan?...bermula tahun depan? Hidup kita menuju destinasi... hidup tanpa destinasi ibarat kapal hilang haluan hilang panduan... Apa pun destinasi ditetapkan yang ingin dicapai dalam kehidupan ini pastinya ianya menuntut usaha dan pengorbanan. Kuat kita berusaha dan sentiasa bersedia dan sanggup berkorban maka destinasi yang ingin dituju semakin cepatlah ia sampai.
Masalahnya sekarang kita tidak memikirkan jalan-jalan yang boleh kita ambil dan bertindak.... terlalu banyak mencari dan mencipta alasan. Ini masalahnya ... hendak lain buat lain. Memang dunia realiti di luar sentiasa menguji dan memberi cabaran yang silih berganti... ini kerana agar kejayaan mencapai destinasi yang ditetapkan nanti menjadi satu kenangan terindah dan manis. Lebih sukar dicapai lebih manislah nanti ingatannya, lebih tinggilah nilai nostalgianya.
Apa yang korang nak berubah tu aku tak tahu... tapi berubahlah jika keadaanya sudah memerlukan korang untuk berubah.Tak kiralah perubahan yang korang buat itu apa ertinya atau tiada ertinya. Yakin...berani... realistik... apa lagi masalahnya? buat jer la perubahan tu... asal saja ia membawa kebaikkan. Jangan banyak mencipta pelbagai alasan... sebaliknya cari dan galilah sebanyak mungkin jawapannya. Jawapan-jawapan inilah yang akan membawa kita kepada pencapaian matlamat dan begitulah sebaliknya.
Cukup selesakah dengan apa yang korang ada? fikir-fikir tengok.... ada mata cuba tengok... ada telinga cuba dengar... ada mulut cuba luahkan... ada otak cuba renung-renungkan....
wallahhualam..... wassalam...
untuk semangat.... woooooooooo.!!!!! steadyyyyyyyy!!!!

Selasa, 15 Disember 2009

SEDIAKAN ENJIN KEDUA

Tak kisahla bagaimana hidup ni nak digambarkan... ibarat kapal ke, kereta ke, kapal terbang ke atau apa sahaja hidup adalah hidup. Selagi bernyawa di atas mukabumi Allah ini kita dikatakan hidup. Kehidupan kita bermula dialam rahim sehinggalah kita dilahirkan, lantas dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Keseluruhannya semasa proses kita dibesarkan mungkin kita tidak begitu mengerti akan perit jerihnya perjuangan kehidupan yang dilalui oleh ibubapa kita.
Kita mungkin melalui cara dibesarkan yang berbeza. Ada yang membesar dalam kemewahan , ada yang membesar dalam kesederhanaan dan tuk kurang ramainya yang membesar dalam keadaan hidup yang serba kekurangan dan kesempitan hidup. Inilah proses kehidupan.
Dari proses ini kita beroleh pengalaman. Dari pengalaman ada banyak pengajaran. Pernahkah kita mengambil iktibar dari pelbagai pengajaran itu. Ada banyak pengajaran tentang kehidupan berdasarkan pengalaman yang kita lalui. Aku nak kupas salah satu cabang jer tentang pengajaran tersebut iaitu perjuangan untuk terus hidup. Bukan tujuan N3 ni dibuat nak tunjuk aku ni seolah-olah pandai sangat atau hebat sangat nak menupas soal perjuangan kehidupan. Aku tahu diluar sana lebih ramai lagi orang-orang hebat yang memang dah terbukti hebat boleh mengupas isu ini sedangkan aku bukti pun belum ada. Tapi bagi aku dah ada wadah yang cukup baik ini, walau pun aku belum jadi 'seseorang' , apa salahnya aku meluahkan apa yang terbuku dihati. Siapa pembaca yang sudi membaca dan bersetuju pula dengan N3 ini syukur alhamdulillah... dan bagi yang tidak bersetuju, anggaplah ini hanya satu bacaan ringan yang tak apa-apa makna.
Berbalik kepada tajuk asal N3 kali ni.... SEDIAKAN ENJIN KEDUA... dulu semasa kita 'ditanggungjawab' kita mungkin tak mengerti soal perjuangan dan perlumbaan kehidupan. Berbeza sekarang bila kita 'bertanggungjawab' untuk berjuang berlumba dalam arus kehidupan barulah kita tahu akan peritnya perjuangan ini. Kehidupan sekarang ini pulak tu tak sama dan jauh berbeza dari zaman aku 'ditanggungjawab' dulu.... dan bergerak kehadapan lagi sudah tentu semakin hebat tekanan yang menanti. Sekarang pun kita dah rasa peritnya tekanan hidup ni jadi tak tergambarlah akan kepayahan yang menanti dimasa mendatang. Setiap dari kita secara majoritinya hanya bersandarkan kepada 'SATU ENJIN' sahaja, bagi yang bekerja suami isteri bersyukurlah anda kerana ada 'DUA ENJIN'. Akan tetapi kebiasaanya rakan-rakan yang ada 'DUA ENJIN' kata sama ja tekanan hidup dengan yang 'SATU ENJIN'.... tapi bagi aku ia tetap tak sama....dengan 'DUA ENJIN" kehidupan anda sebenarnya lebih selesa dari aku yang 'SATU ENJIN' ...ini hakikat. Soal disini yang aku nak kupas adalah disudut makan gaji sebab aku makan gaji dan ramai rakan-rakan aku makan gaji. Ada juga kawan-kawan aku yang tak makan gaji yakni bekerja sendiri, berusaha sendiri.... mereka ni bagi aku cukup hebat sebab mereka ini berada diperlumbaan sebenar kehidupan. Bagi yang makan gaji kebanyakkannya mungkin berasa terlalu selamat dan selesa dengan kehidupan mereka. Dalam tak sedar sebenarnya ruang pergerakkan kehidupan orang makan gaji sekarang ini sudah jadi semakin sempit. Sempit itu berlaku kerana tindakan sendiri ( buat banyak hutang) atau memang keadaan semasa yang sememangnya semakin tidak menyebelahi lagi orang-orang makan gaji. Kalau ada lagi orang-orang makan gaji ketika ini yang merasakan hidupnya ok...selesa... nak buat apa pun boleh... nak pergi mana pun boleh... nak makan apa pun boleh...nak beli apa pun boleh.... tak ada rasa tergugat apa-apa... tak perlu berhutang untuk buat dan memiliki segala ...syabas dan tahniah aku ucapkan atas kehebatan anda menguruskan hidup anda. Jika anda seorang yang hanya bergantung 100% makan gaji rasanya anda tak mampu untuk hidup seselesa yang semua boleh tadi melainkan anda ada sumber-sumber harta warisan keluarga.... Ini yang pernah aku perkatakan dalam terbitan yang lepas... ramai dari kita masih berasa selesa (kononnya) walau hidupnya sebenarnya dalam kesusahan. Amat baik juga sebenarnya bila kita masih boleh berasa selesa dalam keadaan susah, jadi sekurang-kurangnya kita tidak terlalu tension dengan tekanan. Apalah salahnya jika kita cuba untuk keluar terus dari kesusahan ini. Tak payah lagi menipu diri sendiri, keluarga dan masyarakat dengan mengatakan kita sudah cukup selesa. Kalau selesa kenapa kita tipu anak kita bila dia nak sesuatu atau nak makan sesuatu kita akan beri seribu alasan untuk menolak permintaan mereka? bagaimana pulak dengan tipuan yang kita buat pada isteri, ahli keluarga yang lain dan seterusnya masyarakat. Tak habis-habis kita kena menipu... dan nak bagi sedap dengar kita kata 'TIPU SUNAT'.... ada ka dalam agama kita benda 'TIPU SUNAT' ni...
Keluarlah dari kepompong/zon selesa kita iaitu dunia makan gaji. Tidak bermaksud kita perlu berhenti kerja. Kalau berhenti kerja itu bukan keluar tapi semakin menjerumuskan hidup ke lubuk sengsara. Kita perlu kepada 'ENJIN KEDUA' untuk menjana sumber tambahan kewangan kita. Buatlah apa sahaja...asal ianya halal... ada usaha... tidak menipu dan menganiaya diri sendiri, keluarga dan orang lain. Cuba kita keluar dari dunia pemikiran makan gaji. Cuba kita masuk ke dalam dunia kawan-kawan kita yang berusaha sendiri. Cuba kita masuk ke dalam pemikiran mereka yang berusaha sendiri ini. Buka kasut kita yang dah lama kita pakai dan kita pakai kasut mereka. Apa salahnya kita berusaha dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan tugas makan gaji kita. Apa salahnya bila kita berusaha secara sambilan dan mampu memperolehi pendapatan tambahan samada ianya sekali, dua atau tiga atau berganda-ganda banyaknya dari gaji yang kita dapat. Jika kita memperolehi semua itu.... adakah kita nak mengeluh lagi bila tak ada bonus? nak marah dan salahkan orang lain lagi? nasib sendiri.... sendiri tentukan sendiri usahalah... Marah macam mana pun tak selesaikan masalah kita. Dengan marah pendapatan kita tak akan bertambah.... tapi dengan berikhtiar dan berusaha insyaallah kita akan dapat apa yang kita cari. Ada banyak pilihan untuk kita berusaha menambah pendapatan. Buatlah pilihan yang tepat. Ada banyak juga faktor mempengaruhi bila kita nak buat pilihan. Masa, modal, pengetahuan dan lain-lain.... tetapi untuk berjaya keluar dari belenggu jangan jadikan faktor-faktor yang aku sebut tadi sebagai halangan. Jadilah lebih berani, lebih berkeyakinan, lebih positif untuk menempuhi hari-hari mendatang.... Bangunlah setiap pagi dengan dipenuhi cas-cas positif setelah semalaman kita tidur yang dimulakan dengan memaafkan semua orang dan berfikir positif tentang kehidupan yang bakal dilalui keesokan harinya. Apabila cas-cas positif ini sudah mula semakin banyak... insyaallah kita akan jadi positif , kelihatan positif dan mampu memberikan cas-cas ini kepada orang lain.
Aku secara peribadi sudah mula merasakan walau baru sedikit akan kehebatan cas-cas positif ini. Walau pun kehidupan sekarang hakikatnya semakin menekan.... perasaan aku semakin gembira dan positif untuk melaluinya. Kalau boleh aku nak berkongsi rasa cas positif ini dengan kawan-kawan yang sudi..... akan tetapi sebelum itu anda harus membuka minda anda, neutralkan diri anda dan bersedia untuk sama-sama pakai kasut tambahan. Insyaallah dengan kasut tambahan ini kita mampu berjalan atau berlari jika perlu seiring dengan keperluan hidup semasa. 'ENJIN KEDUA' sudah kita hidupkan....
Jumpa lagi...... seperti biasa.... wooooooooooooo...... steadyyyyyyyyyy!!!!!....