BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 10 November 2009

SEKARANG SEMAK... TAHUN DEPAN SHOPPING MALL

semasa (sebelum)
semasa (sebelum)

Tempat ni sekarang semak.... dan menyemak... sekarang telah dipagar keselamatan... ini bermakna kerja-kerja pembinaan akan bermula.... kalau tak ada sangkut sebuag shopping mall dan hotel akan naik di kawasan ni.... kita tunggu dan lihat jer la.... karan sink halia mulaporkan...hehe.... havoc la tepen...

CATATAN 3 HARI.... TAK TULIS

langkah di E-GATE

nyam! nyam! di BANGKOK STATION

mamat mana lak ni.... ushar semacam jer...


siakap masak biji gajus.... fuhh sedap..... tak caya? hampa pi try...


Tiga hari yang lepas tak berkesempatan aku membuat entry sebab agak sibuk dengan pelbagai urusan di kampung halaman. Membaca entry blog rakan-rakan pun aku tak sempat. Syukur alhamdulillah a 200 dah selamat berpindah tangan. Semoga a 200 akan bekerja dengan baik bersama tuan barunya. Selamat jalan a 200.

Sempat juga aku ke Penang untuk ke sebuah pejabat yang beri harapan untuk aku mengubah kehidupan aku sekarang ini. Terletak di E-GATE Penang. Memang hebat tempat ni.... eksklusif... bangunan niaga alaf baru... berbeza dari yang lain-lain. 'Pejabat' yang aku pergi tu pun hebat juga.... dan dapat jumpa junior aku sekolah teknik TARP dulu.... dia pun dah hebat sekarang ni.... fuhhh!!! umor baru 30 tapi dah jadi orang hebat tapi nampak biasa-biasanya jer... katanya yang masih aku ingat.... " sentiasa ingat pada Allah itu penting, untuk kita sentiasa sedar siapa kita..." hebat... hebat....

Sempat gak pi lepak makan-makan, minum-minum di BANGKOK STATION jln baru, Prai. Pergh!!! makanan dia memang best.... suasana pun best.... makanan dia ada banyak pakej dan pada harga yang sangat 'reasonable' ... pekena ikan siakap masak gajus (menjilat jari).... ayam masak madu... udang goreng tepung... tomyam.... sayur campur goreng....telur dadar.... air dua jag ( laici & tembikai) makan 13 orang ( 4 dewasa 9 anak2..) tak habis rm80. Rasa puas hati tul... masakan dia sedap... pakej makanan dia bermula serendah rm 20 yang dah boleh makan 4 orang dewasa... memang best....

Bukan apa promo kedai ni... bukan tokey kedai tu tau pun aku promo kedai dia.... just nak kongsi dengan pengunjung blog ni tentang tempat minum-minum, makan-makan yang best.... nak tau best tak best sampai aku terlupa nak snap gambar diawal nak makan.... dah penghujung baru teringat... so ambik gambar tulang jer le.... teringin? hampa pi la cuba noh....

Jumaat, 6 November 2009

TEMBAK... TEMBAK!!!












NAFAS BARU SEMANGAT BARU....

Syukur yang kuidamkan sudah berada ditangan.... bukan nak bermegah atau berbangga tapi sekadar berkongsi rasa.... seperti mana yang kukatakan pada profil.... hidup kita perlu berkongsi...rasa .... dan kita sangat perlu kepada rakan-rakan.... hidup bersendirian bererti.... MATI walaupun masih bernyawa....
Ingin segera berdamping dengan mereka yang mahir untuk menambah ilmu didada agar hasilannya memuaskan hati.... ayuh yang ada keinginan, minat, kemahiran.... kita bersama dalam satu lagi hobi ini yang bakal menemukan kita dengan satu lagi kelompok manusia yang bekerja dengan penuh kesenian dan harmoni .... hidup kita perlu kepada pelbagai variasi warna kehidupan.... agar sentiasa ceria dan indah dan tanpa sedar sebenarnya masa telah berlalu pantas.
Tertanya2 pulak nanti aku tulis pasal apa pulak ni... he..he.. pasal apa lagi kalau bukan pasal kamera.... mggu depan bakal bertambah lagi seorang rakan sony alpha.... dan masih ada satu set yang menanti kepada yang berminat.... peluang tak datang selalu....

Khamis, 5 November 2009

FOR SALE ... SONY ALFA 200 (ANOTHER)


SEBUAH LAGI DSLR SONY ALFA SEDIA UNTUK DIJUAL. LENGKAP DENGAN BEG DAN TRIPOD. HARGA RM 1350.00

SATU SUDAH PERGI SATU LAGI ADA UNTUK YANG BERMINAT.

HUBUNGI SEGERA : 013-5024272 (ROT)

BONUS TIDAK WAJAR... F1 WAJAR...

KETIKA INI EKONOMI DUNIA MASIH DALAM KEADAAN YANG AGAK SANGAT TIDAK MEMBERANGSANGKAN TERMASUKLAH EKONOMI MALAYSIA.
ADALAH TIDAK WAJAR KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN AWAM MINTA BONUS, TAPI UNTUK MALAYSIA MENYERTAI F1 ADALAH SANGAT WAJAR.... KETIKA HONDA DAH BERHENTI TAHUN LEPAS... BMW BERHENTI TAHUN INI DAN YANG TERBARU TOYOTA JUGA MENARIK DIRI DARI F1 TAPI SEBALIKNYA MALAYSIA MASUK F1.... MALAYSIA BOLEH, HEBAT.... SANGAT WAJAR.....PADA ........ TIDAK WAJAR PADA RAKYAT TERAMAI....

Rabu, 4 November 2009

SOLD!!!

kedebam....!!!

Sony Alfa 200 SOLD !!!

thankz.. to everyone...

BANG JAMAL.... BILA NAK MAI LAGI?


Bila bang Jamal nak mai lagi noh.... bikin havoc kat tepen...

good luck to you... sora memang power....

Selasa, 3 November 2009

APA NAK JADI BOLASEPAK MALAYSIA...

Apa nak jadi ni? kita dikejutkan hari ini dalam berita bahawa beberapa negeri dan kelab tidak layak beraksi dalam liga Malaysia tahun depan sebab tak bayar hutang. Bolasepak kita nampaknya menuju kehancuran. Semakin hari semakin mereput, dan akan musnah nampaknya. Jangan dok salahkan bolasepak luar dan rakyat Malaysia lebih minat bolasepak luar. Bola sepak dalaman tak memberangsangkan, penuh dengan kemelut, politik dan berbagai-bagai. Para pemain kebanyakkan lebih menuju ke alam glamor, mementingkan gaya (bukan gaya permainan), bercinta dengan selebriti, mencetus kontroversi... para pemimpinnya pula menjadikan sukan no 1 ni sebagai batu loncatan untuk politic mileage...
HANCUR!!! negeriku yang tercinta juga termasuk dalam senarai negeri yang tak bayar hutang pada FAM ka apa ka... lebih kurang tu la alasannya menyebabkan pasukan tidak boleh beraksi musiam akan datang. Sedihnya.... nak sokong pasukan mana lagi? negeri tanah tumpah darahku ini tak bleh beraksi.... Sadis sungguh tragedi sedih dan memalukan bukan setakat negeriku tercinta malahan negaraku tersayang.
Kalau ini yang berlaku di peringkat atasan yakni liga Malaysia... apahalnya pulak dengan peringkat awal usia yang baru nak mengenal permainan ini.... Sebab itulah ibubapa tak berkeyakinan nak dorong anak main bolasepak... cam tak ada masa depan.
Seperti yang pernah aku suarakan melalui blog ini juga.... serahkan bolasepak ini pada orang yang lebih baik untuk mengurus, punyai wawasan yang jelas, munasabah untuk dicapai secara peringkat demi peringkat. Yang penting sukan bolasepak perlu jadi satu industri.... bukan lagi sekadar sukan bolasepak. Bolasepak di Malaysia harus ada keupayaan untuk diniagakan. Pengurusnya harus seorang ahli perniagaan yang boleh menjual pasukannya (bukan rasuah jual game tapi adalah perfomance). Sebuah pasukan itu juga harus ada pasukan yang lengkap disetiap peringkat umur. Bakat-bakat baru yang digilap boleh dijual dan mendatangkan keuntungan kepada pemain dan pasukan.... barulah bolasepak Malaysia jadi perniagaan. Jadilah bolasepak Malaysia sebagai sebuah industri...
Sekarang macam mana bila ada pasukan kena gantung. Tegas ka nak gantung tu? selesaikah masalah dengan menggantung tu.... apa nasib bakat-bakat yang kita ada.... adakah dunia (orang) luar nak respek bolasepak kita.? Ada benarnya BOLASEPAK MALAYSIA BUKAN SEKADAR BOLASEPAK.... SEGALA-GALANYA ADA DI DALAMNYA.

Isnin, 2 November 2009

APA NAK JADI ? JANGAN UNDANG BALA....

Apa nak jadi la dengan negara kita yang kita cintai ni... orang agama ditekan digertak ditangkap dituduh berbagai-bagai.... Orang gi belajar agama dipandang serong. Kalau awak tak nak belajar biarlah orang lain belajar.... Cara ditahan pun macam nak tahan penjenayah besar.... dengan ramainya kehadiran anggota keselamatan... macamla orang-orang yang gi belajar agama tu ganas/ jahat. Sesat tang mana belum dibuktikan lagi... kalau sesat kenapa dulu dia diangkat jadi mufti. Kalau nak pun gi la panggil ustaz tu elok-elok, jumpa dia dan soal elok-elok.... ini tak siap ada media ikut untuk buat penahanan. Nampak macam ada motif dan komplot sesuatu.
Tempat yang terang-terang hari-hari menyesatkan seperti pusat-pusat hiburan tak nak pulak diserbu, tahan dan dakwa kerana di sana ruang untuk sesat adalah lebih besar. Ada dadah, arak, betina dan tak mustahil jugak ada penyebaran aliran atau fahaman sesat. Tempat-tempat ni sebenarnya lebih berbahaya dan mengancam keselamatan negara sebab pengunjungnya akan jadi leka, alpa dan pentingkan diri sendiri.
Kita sayangkan negara kita dan amatlah paling dikhuatiri ialah kemurkaan Allah swt. Kita tak mahu kerana kerenah jahil segelintir manusia kita semua akan merasa bala yang mungkin diturunkan olehNYA. Lihatlah negara jiran kita yang tak henti-henti dilanda musibah. Disebalik musibah yang menimpa pernahkah kita ambil tahu antara sebab musabab lain selain dari logik fikiran manusia bahawasanya itu adalah bencana alam. Sudah tentu semua yang berlaku itu adalah atas kehendakNya.
Hentikanlah segala macam permainan yang mencabar kekuasaan Allah swt. Agama jangan dipersendakan. Ya Allah ampunilah dosa kami... dan peliharakanlah negara ini dari kemurkaanmu. Amin ya rabalalamin...