Jumaat, 11 September 2009
APA YANG ANDA NAMPAK?
Pemandangan alam semula jadi pada sisi yang unik. Ada yang betul dan ada yang mungkin diimposekan... Tatap sendiri dan nilai sendiri... sekadar berkongsi...
Khamis, 10 September 2009
FENOMENA AWAN
Rabu, 9 September 2009
Pais @ Lepat


Baru ni masa balik berbuka di kampung mak aku buatkan pais pisang. Ada setengah orang sebut lepat pisang, tp aku lebih selesa guna perkataan pais pisang. Bagi aku memang sedap la pais yang mak aku buat. Maklumlah air tangan mak. Jadi aku pun interbew mak aku cara nak buat pais pisang ni. Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba boleh la... ni kira resepi tradisi la. Mungkin ada persamaan mungkin ada perbezaan bahan dan cara membuat seperti yang anda pengunjung tahu.
Bahan-bahan :
1. Pisang awak boleh pisang emas pun boleh, 4 ke 5 biji. ( mesti yang masaknya dah terover)
2. Tepung beras (2 senduk nasi) ni sukatan yg mak aku bagi... hampa agak-agak la...
3. Santan - 2-3 sudu, klu suka lebih lemak letak la lebih..
4. Kapur makan - sedikit saja 1/2 sudu
5. Gula - secukup rasa, suka manis letak lebih dan begitulah sebaliknya
6. Garam - secukup rasa
7. Air - sedikit
8. Daun pisang yang disalai terlebih dahulu.
9. Sagu - sebagai bahan tambahan pilihan utk sejukkan badan.
Cara membuat :
1. Lenyekkan pisang-pisang tu
2. Campur kan bahan-bahan lain seperti tepung beras, santan, kapur, gula, garam dan air.
3. Untuk sukatan air, bacuhan pais ni lebih kurang macam nak buat cucok kodok. Hampa tau ka apa tu cok kodok? jemput-jemput pisang la...
4. Campurkan biji2 sagu kalau suka, kalau nak lawa hampa letak la biji sagu yang berwarna, bertambah cantik pais hampa. Biji sagu yang saiz kecil saja tau... jangan guna yang besar tu...
5. Bungkuskan kan dengan daun pisang yang dah disalai terlebih dahulu. Tujuan salai dulu daun pisang tu supaya daun tu tak mudah pecah bila membungkus adunan.
6. Cara nak bungkus, i mean bentuk dia ikut suka korang la... nak buat bentu 4 segi ka, kon ka... ikut suka la... tapi nasihat mak aku jangan buat terlalu besar.... kenapa? dia kata nanti kurang sedap, takut masak tak rata. Lagi satu kalau kecik2 dia nampak comel dan sekali ngap! habis.. ambil lain pulak...
7. Langkah seterusnya jangan lupa kukus, jangan korang pi goreng pulak. Tapi kalau nak try goreng boleh jugak lepas tu bagi tau kat aku...
8. Lama masa mengukus agak2 lebih kurang 10 ke 15 minit.
9. Kalau dah masak... tunggu apa lagi.... ops!... bulan posa kena tunggu buka posa... NGAP LA...
Demikianlah tadi resepi sejenis kueh iaitu pais pisang. Kalau minat boleh cuba, kalau tak beli saja... tapi kalau buat sendiri boleh makan puas... sedap tak sedap sendiri tanggung.
Selamat mencuba selamat berpuasa...
Wassalam.... barilaan...
Selasa, 8 September 2009
KEPOI WARISAN

Ha ha.. baca tajuk ja dah menarik..kan? Kepoi dalam kata nama lain ada orang panggil cupak dan kalau ada lagi nama lain aku tak taulah... Kegunaannya untuk mencedok beras nak masak nasi... Beras ni biasa kita simpan dalam bekas tertentu. Kalau secara tradisionalnya ada orang simpan dalam tempayan. Zaman sekarang mungkin ramai yang simpan dalam 'kontaner' (bukan yg kena tarik dengan kepala trak tu, tp klu ada gak yg simpan dlm tempat besak mcm tu... masyaallah... makan satu kampung)

Lagi satu aku peratikan sejak dulu-dulu, mak aku la, mak orang lain aku tak tau... dia letak sekali cili kering dalam beras tu... so aku tanya mak aku atas alasan apa pi letak cabai kerin dalam beras tu.... dia kata...dia kata... untuk mengelakkan bubuk dari bersarang... Hampa kenai ka bubuk? Ala menatang hitam yg black2 one tu la (betoi ka yg tu? betoi la kot...klu tak tolong pebetoi) Ka yg tu kutu beras... ah lantak lah... tapi bubuk ni memang ada kalau beras lama kita simpan... eviden yang menunjukkan adanya bubuk beras kita hancuk jadi serdak( serbuk)... than beras tu kita kelaskan sebagai kategori beras hapak...
Jadi petuanya kita letaklah cabai kering barang 4 ke 5 biji... jgn hampa pi letak sampai sekilo pulak... Lagi satu yang menariknya juga.... cheee... baru nak masuk cerita yang berkaitan tajuk kat atas tu KEPOI WARISAN... kepoi untuk menyukat dan mencedok beras tu kita simpan dan benamkan dalam beras. Agak-agak ramai lagi tak yang gunakan kepoi dari tempurung kelapa kat rumah masing-masing? Kat rumah aku pun tak guna kepoi dari tempurung dah... guna bekas plastik jer... jd rasanya nak panggil benda tu (plastik) kepoi pun tak layak kot.

Baru ni aku balik kampung nun jauh di Bagan Serai ( tapi sebut Bagen Sarai) 30 minit dari kamuntin hehe... Mak aku minta la tolong aku tuangkan beras kedalam bekas simpan berasnya... lalu aku terpandang kepoi yang antik dalam beras tu.... bukan selama ni aku tak pernah pandang... tapi sejak berblog ni aku pun dapatlah idea untuk memaparkan cerita kepoi ni untuk berkongsi cerita dengan hampa semua yang sudi menyelusuri blog ku ini dengan setianya... terima kaseehhh... (gaya mcm david arumugam kata)...
Nak tau cerita kepoi ni?.... nak tau? betoi nak tau? tunggu nnti aku sambung.... hehehe... nanti apa la aku sambung perabih la... bukan buleh pi minum pun bulan-bulan posa ni... jadi aku sambung la kesudahan cerita kepoi ni...
Unik sangat ka kepoi ni?... tak lah unik mana... biasa tempurung kelapa yang dibelah dua dan dijadikan akat untuk cedok beras dan sukat beras... ha ha panjang lagi ayat cite aku ni... Dari jenis kelapa/nyok apa ia dibuat aku tak tau sbb orang dulu-dulu yang buat mesti ada ciri-ciri pilihannya... Apa? orang dulu-dulu?.... jeng...jeng..jeng... ya memang orang dulu-dulu yang buat ... berapa dulu? ha kalau nak tau... aku pun interbew mak aku... dah berapa lama kepoi ni mak guna.... katanya dari zaman nenek hg guna lagi... mak oiii terkejut aku... maknanya kepoi tu diberi oleh nenek aku pada mak aku... fuh lama tu.... aku pun suspek lama gak dah sebelum ni... tapi kot la tukak-tukak benda tu... maklumlah kepoi tempurung.. apalah sangat... bila-bila boleh buat yang baru.... Tapi... tidak kepoi yang satu ni....
Mak aku kata kepoi ni pernah dibawa oleh arwah nenek ke Mekah suatu masa dahulu... ya orang dulu-dulu pegi mekah naik kapal air, bukan kapal terbang macam la ni.. sebulan berlayar pergi, sebulan mengerja haji sebulan lagi berlayar balik.... lama sungguh noh orang dulu nak pi kerjakan haji... 3 bulan oooo.... Jadi dia orang ceritanya masing-masing masak didalam kapal semasa belayar tu... sebulan wei.... bukan 6,7 jam... siang, malam, siang, malam lagi...sampai sebulan barulah sampai ke tanah suci.... Jadi depa kena bawak bekal makanan sendiri secukupnya sepanjang pelayaran tu... dan kepoi yang ada pada mak aku sekarang adalah salah satu kepoi yang nenek aku bawa ke mekah... ikut kata mak aku ada 3 kepoi yang nenek aku bawa... mana pi lagi 2 aku tak tau...
Adeh penat lak rasa nak sambung cerita ni.... tapi... sambung ja la sikit ja lagi.... hampa jangan cemuih lah nak baca... noh... santai... santai..klu tk dak masa jgn baca sekerat... sekerat... baca bagi habihh... klu hampa baca sekerat...sekerat baik aku tulis sekerat... sekerat... .... cis pasai ni pun dah jd 3 baris...

Seterusnya aku rasa bangga gak sebab kepoi ni dah sampai mekah, mak aku baru tahun lepas sampai... aku tak tau lagi bila nak sampai ke tanah suci mekah tu... mudah2an ada umur, kesihatan dan rezeki untuk aku sampai gak ke sana... Aku pun tanya sejak bila kepoi ni jatuh ketangan mak? ceee... jatuh tu... maknanya nenek aku bagi la.... nak tau dia kata bila....? sejak aku baru mula nak bleh berjalan... bukan berjalan melewak keluak pagi balik malam tu... sejak baru nak bertatih kata orang... mak kata..." masa hg baru nak jalan, jatuh... bangun... jalan... jatuh.."oooooo lagi sekali aku ternganga.... lama tur.... kira-kira 37 tahun yang lalu.... mak oiii... lamanya dah umok kepoi ni.... tu tak campok lagi masa umok dia ditangan nenek aku.... lama sungguh.... dan panjang sunggoh usia dia...
Lalu aku terpikir... kepoi ini harus aku pertahankan ke generasi seterusnya dan seterusnya... masa tak boleh dibeli dengan wang ringgit... Kepoi ni pun masih steady lagi... maklumlah tempurung.... keras.... Lagi satu mak aku kata kepoi ni tempurung bermata tiga.... aku tak paham dan mak aku pun tak tau sebab apa... orang dulu-dulu pilin tempurung untuk buat kepoi ni mesti yang ada mata tiga ka... atau semua tempurung kelapa memang mata dia 3... 2... atau ntahlah aku pun tak pasti... mana nak pi chek benda tu... pi beli kelapa mana pernah tengok tempurung dia.... bang bagi nyok sebiji....( yang kukok punya la)... kalau kat umah pun kalau nyok kita belah sendiri dan parut, tak penah pun teringat nak tengok pungkok tempurung tu... tapi mungkin bleh jadi kot... orang dulu-dulu ni faham-faham sajalah ada saja maksud disebalik perbuatan, peralatan depa... tapi aku pasti tak dak penunggu kot... yang ada cuma kepoi tu ja yang setia menunggu beras yang masuk dan keluar silih berganti selama 37 tahun lebih dah setakat yang aku tahu... nak interbew nenek aku pun tak bleh dah...dah arwah....
Nasib baik aku ni insan biasa... aku aku keturunan orang ada-ada negara, pemimpin ka... dah tentu kepoi warisan tu akan masuk muzium negara... nilah kepoi yang digunakan bonda si...... selama ...... membesar ..... sehinggalah....... fuh.... famous kepoi dari aku..... Tapi tak apa aku sememangnya berbangga sebab ada benda yang telah lama usianya dan masih berfungsi/berkhidmat tanpa gagal... dan insyaallah aku akan mewarisi kepoi tu suatu hari nanti... akan kuceritakan pulak pada anak, insyaallah cucu aku nanti... walaupun ianya kecil, keluar tak sampai 5 minit tiap-tiap kali bertugas...besar jasanya dan lama dah ia berkhidmat...
Ni biasalah kalau dah masuk part slow ni maknanya cerita ni dah nak habis.... setelah 37 tahun jugak baru kelmarin gambarnya terakam dan kini ku abadikannya diruang terbitan kali ini... Terimalah KEPOI WARISAN..... i'm proud of you... KEPOI... insyaallah kita akan terus bersama... panjang sungguh terbitan aku kali ni.... tak palah sekali sekala hampa kena baca panjang sikit dan aku kena taip panjang.... harap hampa yang selalu berkunjung ke blog ni tak jemu membaca cerita kepoi ni yang memang sengaja aku karang panjang-panjang wlu kisah aku ngan mak aku tu tak sampai 5 minit aku interbew dia... nak buat camana idea mai bertali arus... mencurah-curah... mana bleh aku berhenti.... tapi sekarang aku nak berenti dah... jumpa lagi Wassalam...... chow... wei... barilaan...
p/s: jgn ada yang nak minta pinjam kepoi tu
Isnin, 7 September 2009
JAGA BUAH PINGGANG

Beberapa ketika yang lepas aku ada terdengar satu info dari seorang rakan. Info yang diberikan adalah berkaitan penjagaan buah pinggang kita atau nama lain ginjal. Mungkin pengunjung blog dah tahu tentang hal ini, kalau dah tahu tak apalah tapi bagi yang belum tahu boleh la kita berkongsi satu maklumat yang membawa kebaikan ni.
Ada banyak amalan dan cara agaknya dalam kita nak menjaga buah pinggang ni... petua atau amalan yang patut kita lakukan salah satunya ialah kurangkan pengambilan minuman yang berwarna. Adalah difahamkan fungsi buah pinggang kita adalah menapis setiap warna yang ada dalam minuman yang kita ambil. Bayangkan kalau dari celik mata sampai tutup mata setiap hari, selama kita bernyawa ni buah pinggang sentiasa bekerja tanpa rehat...
Jadi sangat baiklah kalau kita bantu buah pinggang kita dengan mengurangkan pengambilan minuman berwarna (banyakkan minum air kosong le!) kalau nak gak minum yang ada rasa ada satu jenis minuman tu tak ada warna tapi ada rasa... ha boleh la minum... tapi kandungan gulanya pulak tinggi (sbb air bergas). Pendek kata ikut usia kita sekarang ni bayangkanlah bagaimana keadaan buah pinggang kita... tak pernah sekali pun diservis... kalau dah rosak masalah besar... nauzubillah...
Tumpang dia duk elok lagi ni dan jika kita ingat, bantulah buah pinggang kita, bukan buah pinggang orang lain pun... tapi bila kita ingat mengingat macam ni kita juga membantu jaga buah pinggang orang lain. Aku rasa kalau kita nak minum air apa kaler sekali pun kita kena order sekali segelas air kosong untuk mencairkan kaler air yang kita minum. Bukan takat kaler je cair, tapi gula pun lebih cair... Ingat minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari...
Sekadar pesan memesan untuk kebaikan bersama.
Wassalam... chow wei...
Ahad, 6 September 2009
Ber1 Sayang Malaysia


Keadaan jadi keliru dan mengelirukan. Semakin kononnya kita menuju ke arah menjadi 1Malaysia tetapi semangat pentingkan diri semakin membuak-buak. Menyalak melalak seperti kerasukkan. Tidakkah boleh perkara yang serumit mana pun dibincangkan sebaik-baiknya dengan semangat penuh harmonis. Negara ini bukan Ahmad alBab sorang yang punya. Ini hakikat. Kalau semangat ganas seperti ingin menerkam seperti yang ditunjukkan oleh mereka-mereka itu sampai kiamat pun tak akan tercapai matlamat 1Malaysia.
Kita nak hidup aman... orang lain pun nak hidup aman. Kita nak hak kita buat itu dan ini, orang lain pun dia nak hak dia buat itu dan ini. Kita kata negara ini tanah tumpah darah kita yang punya, orang lain pun kata negara ini juga tanah tumpah darah mereka juga. Kita kata kita menyumbang kepada negara, orang lain pun kata mereka ada juga menyumbang pada negara. Kenapalah sempit sangat pemikiran orang-orang ini. Kenapa disaat rakyat kelihatan semakin bersatu disebaliknya ada segelintir umat cuba membuat onar. Matlamat 1Malaysia kabur jika pembuat onar ini dibiarkan melata. Dibawa berbincang tapi menyerang, diminta beradap tetapi biadap.
Marilah kita muhasabah diri, hebat sangatkah kita sehingga tidak menghormati orang lain. Aku rasa orang yang benar-benar hebat, adalah orang yang dipandang hebat dengan penuh penghormatan oleh orang lain. Orang yang palsu kehebatannya adalah kehebatan yang terpaksa ditelan oleh orang lain atau pun kehebatan sekadar hambatan kepada wang ringgit dan kebendaan. Negara ini negara Malaysia, aku, kau dan mereka dilahirkan disini. Negara ini negara milik aku, kau dan mereka. Marilah kita jaga dengan sebaik-baiknya negara milik aku, kau dan mereka. SAYANG MALAYSIA, SAYANG JUGA AKU, KAU DAN MEREKA.
.... peeeaaasstttt... no provokasi, no fight-fight...
Sabtu, 5 September 2009
KISAH LUCU 1
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk menempah sebiji kek sempena harijadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulangtahun ini, encik?" tanya sigadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm... , tulis saja " Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas kemudian sambung dengan " Sayang cuma bertambah cantik" dibahagian bawah, kata lelaki itu.
Keesokannya lelaki itu datang mengambil kek yang telah ditempah dan terus dibawa pulang untuk dipersembahkan kepada isteri tercinta dihadapan para tetamu undangan. Ketika kotak kek itu dibuka didepan isteri dan para tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan tertera di atas kek itu. " SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DIBAHAGIAN ATAS, SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH"...
heheheh....
moral of the story.... periksa la dulu apa-apa pesanan yg kita lafaz dimulut dan dicatat oleh penerima pesanan. Mana kita tau kalau orang yang menerima pesanan tu lurus bendul... heheiii macam-macam boleh jadi... ceria-ceria selalu... chow chin chow...
Keesokannya lelaki itu datang mengambil kek yang telah ditempah dan terus dibawa pulang untuk dipersembahkan kepada isteri tercinta dihadapan para tetamu undangan. Ketika kotak kek itu dibuka didepan isteri dan para tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan tertera di atas kek itu. " SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DIBAHAGIAN ATAS, SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH"...
heheheh....
moral of the story.... periksa la dulu apa-apa pesanan yg kita lafaz dimulut dan dicatat oleh penerima pesanan. Mana kita tau kalau orang yang menerima pesanan tu lurus bendul... heheiii macam-macam boleh jadi... ceria-ceria selalu... chow chin chow...
Jumaat, 4 September 2009
YANG NI TERLEWAT SAMPAI
put! put!.... Put!..Put!..
Ada satu lagi kapal selam yang terlewat sampai sebab sesat kot... tapi tak dapat dipastikan kuala mana kapal selam ni masuk... kuala gula ka, kuala kurau ka, atau lain-lain kuala... berapa besar k.selam ni... aku pun tak tau...
Khamis, 3 September 2009
Rabu, 2 September 2009
Langgan:
Catatan (Atom)