BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 8 September 2009

KEPOI WARISAN


Ha ha.. baca tajuk ja dah menarik..kan? Kepoi dalam kata nama lain ada orang panggil cupak dan kalau ada lagi nama lain aku tak taulah... Kegunaannya untuk mencedok beras nak masak nasi... Beras ni biasa kita simpan dalam bekas tertentu. Kalau secara tradisionalnya ada orang simpan dalam tempayan. Zaman sekarang mungkin ramai yang simpan dalam 'kontaner' (bukan yg kena tarik dengan kepala trak tu, tp klu ada gak yg simpan dlm tempat besak mcm tu... masyaallah... makan satu kampung)




Lagi satu aku peratikan sejak dulu-dulu, mak aku la, mak orang lain aku tak tau... dia letak sekali cili kering dalam beras tu... so aku tanya mak aku atas alasan apa pi letak cabai kerin dalam beras tu.... dia kata...dia kata... untuk mengelakkan bubuk dari bersarang... Hampa kenai ka bubuk? Ala menatang hitam yg black2 one tu la (betoi ka yg tu? betoi la kot...klu tak tolong pebetoi) Ka yg tu kutu beras... ah lantak lah... tapi bubuk ni memang ada kalau beras lama kita simpan... eviden yang menunjukkan adanya bubuk beras kita hancuk jadi serdak( serbuk)... than beras tu kita kelaskan sebagai kategori beras hapak...


Jadi petuanya kita letaklah cabai kering barang 4 ke 5 biji... jgn hampa pi letak sampai sekilo pulak... Lagi satu yang menariknya juga.... cheee... baru nak masuk cerita yang berkaitan tajuk kat atas tu KEPOI WARISAN... kepoi untuk menyukat dan mencedok beras tu kita simpan dan benamkan dalam beras. Agak-agak ramai lagi tak yang gunakan kepoi dari tempurung kelapa kat rumah masing-masing? Kat rumah aku pun tak guna kepoi dari tempurung dah... guna bekas plastik jer... jd rasanya nak panggil benda tu (plastik) kepoi pun tak layak kot.



Baru ni aku balik kampung nun jauh di Bagan Serai ( tapi sebut Bagen Sarai) 30 minit dari kamuntin hehe... Mak aku minta la tolong aku tuangkan beras kedalam bekas simpan berasnya... lalu aku terpandang kepoi yang antik dalam beras tu.... bukan selama ni aku tak pernah pandang... tapi sejak berblog ni aku pun dapatlah idea untuk memaparkan cerita kepoi ni untuk berkongsi cerita dengan hampa semua yang sudi menyelusuri blog ku ini dengan setianya... terima kaseehhh... (gaya mcm david arumugam kata)...


Nak tau cerita kepoi ni?.... nak tau? betoi nak tau? tunggu nnti aku sambung.... hehehe... nanti apa la aku sambung perabih la... bukan buleh pi minum pun bulan-bulan posa ni... jadi aku sambung la kesudahan cerita kepoi ni...


Unik sangat ka kepoi ni?... tak lah unik mana... biasa tempurung kelapa yang dibelah dua dan dijadikan akat untuk cedok beras dan sukat beras... ha ha panjang lagi ayat cite aku ni... Dari jenis kelapa/nyok apa ia dibuat aku tak tau sbb orang dulu-dulu yang buat mesti ada ciri-ciri pilihannya... Apa? orang dulu-dulu?.... jeng...jeng..jeng... ya memang orang dulu-dulu yang buat ... berapa dulu? ha kalau nak tau... aku pun interbew mak aku... dah berapa lama kepoi ni mak guna.... katanya dari zaman nenek hg guna lagi... mak oiii terkejut aku... maknanya kepoi tu diberi oleh nenek aku pada mak aku... fuh lama tu.... aku pun suspek lama gak dah sebelum ni... tapi kot la tukak-tukak benda tu... maklumlah kepoi tempurung.. apalah sangat... bila-bila boleh buat yang baru.... Tapi... tidak kepoi yang satu ni....


Mak aku kata kepoi ni pernah dibawa oleh arwah nenek ke Mekah suatu masa dahulu... ya orang dulu-dulu pegi mekah naik kapal air, bukan kapal terbang macam la ni.. sebulan berlayar pergi, sebulan mengerja haji sebulan lagi berlayar balik.... lama sungguh noh orang dulu nak pi kerjakan haji... 3 bulan oooo.... Jadi dia orang ceritanya masing-masing masak didalam kapal semasa belayar tu... sebulan wei.... bukan 6,7 jam... siang, malam, siang, malam lagi...sampai sebulan barulah sampai ke tanah suci.... Jadi depa kena bawak bekal makanan sendiri secukupnya sepanjang pelayaran tu... dan kepoi yang ada pada mak aku sekarang adalah salah satu kepoi yang nenek aku bawa ke mekah... ikut kata mak aku ada 3 kepoi yang nenek aku bawa... mana pi lagi 2 aku tak tau...

Adeh penat lak rasa nak sambung cerita ni.... tapi... sambung ja la sikit ja lagi.... hampa jangan cemuih lah nak baca... noh... santai... santai..klu tk dak masa jgn baca sekerat... sekerat... baca bagi habihh... klu hampa baca sekerat...sekerat baik aku tulis sekerat... sekerat... .... cis pasai ni pun dah jd 3 baris...




Seterusnya aku rasa bangga gak sebab kepoi ni dah sampai mekah, mak aku baru tahun lepas sampai... aku tak tau lagi bila nak sampai ke tanah suci mekah tu... mudah2an ada umur, kesihatan dan rezeki untuk aku sampai gak ke sana... Aku pun tanya sejak bila kepoi ni jatuh ketangan mak? ceee... jatuh tu... maknanya nenek aku bagi la.... nak tau dia kata bila....? sejak aku baru mula nak bleh berjalan... bukan berjalan melewak keluak pagi balik malam tu... sejak baru nak bertatih kata orang... mak kata..." masa hg baru nak jalan, jatuh... bangun... jalan... jatuh.."oooooo lagi sekali aku ternganga.... lama tur.... kira-kira 37 tahun yang lalu.... mak oiii... lamanya dah umok kepoi ni.... tu tak campok lagi masa umok dia ditangan nenek aku.... lama sungguh.... dan panjang sunggoh usia dia...

Lalu aku terpikir... kepoi ini harus aku pertahankan ke generasi seterusnya dan seterusnya... masa tak boleh dibeli dengan wang ringgit... Kepoi ni pun masih steady lagi... maklumlah tempurung.... keras.... Lagi satu mak aku kata kepoi ni tempurung bermata tiga.... aku tak paham dan mak aku pun tak tau sebab apa... orang dulu-dulu pilin tempurung untuk buat kepoi ni mesti yang ada mata tiga ka... atau semua tempurung kelapa memang mata dia 3... 2... atau ntahlah aku pun tak pasti... mana nak pi chek benda tu... pi beli kelapa mana pernah tengok tempurung dia.... bang bagi nyok sebiji....( yang kukok punya la)... kalau kat umah pun kalau nyok kita belah sendiri dan parut, tak penah pun teringat nak tengok pungkok tempurung tu... tapi mungkin bleh jadi kot... orang dulu-dulu ni faham-faham sajalah ada saja maksud disebalik perbuatan, peralatan depa... tapi aku pasti tak dak penunggu kot... yang ada cuma kepoi tu ja yang setia menunggu beras yang masuk dan keluar silih berganti selama 37 tahun lebih dah setakat yang aku tahu... nak interbew nenek aku pun tak bleh dah...dah arwah....


Nasib baik aku ni insan biasa... aku aku keturunan orang ada-ada negara, pemimpin ka... dah tentu kepoi warisan tu akan masuk muzium negara... nilah kepoi yang digunakan bonda si...... selama ...... membesar ..... sehinggalah....... fuh.... famous kepoi dari aku..... Tapi tak apa aku sememangnya berbangga sebab ada benda yang telah lama usianya dan masih berfungsi/berkhidmat tanpa gagal... dan insyaallah aku akan mewarisi kepoi tu suatu hari nanti... akan kuceritakan pulak pada anak, insyaallah cucu aku nanti... walaupun ianya kecil, keluar tak sampai 5 minit tiap-tiap kali bertugas...besar jasanya dan lama dah ia berkhidmat...

Ni biasalah kalau dah masuk part slow ni maknanya cerita ni dah nak habis.... setelah 37 tahun jugak baru kelmarin gambarnya terakam dan kini ku abadikannya diruang terbitan kali ini... Terimalah KEPOI WARISAN..... i'm proud of you... KEPOI... insyaallah kita akan terus bersama... panjang sungguh terbitan aku kali ni.... tak palah sekali sekala hampa kena baca panjang sikit dan aku kena taip panjang.... harap hampa yang selalu berkunjung ke blog ni tak jemu membaca cerita kepoi ni yang memang sengaja aku karang panjang-panjang wlu kisah aku ngan mak aku tu tak sampai 5 minit aku interbew dia... nak buat camana idea mai bertali arus... mencurah-curah... mana bleh aku berhenti.... tapi sekarang aku nak berenti dah... jumpa lagi Wassalam...... chow... wei... barilaan...
p/s: jgn ada yang nak minta pinjam kepoi tu

Isnin, 7 September 2009

JAGA BUAH PINGGANG



Beberapa ketika yang lepas aku ada terdengar satu info dari seorang rakan. Info yang diberikan adalah berkaitan penjagaan buah pinggang kita atau nama lain ginjal. Mungkin pengunjung blog dah tahu tentang hal ini, kalau dah tahu tak apalah tapi bagi yang belum tahu boleh la kita berkongsi satu maklumat yang membawa kebaikan ni.


Ada banyak amalan dan cara agaknya dalam kita nak menjaga buah pinggang ni... petua atau amalan yang patut kita lakukan salah satunya ialah kurangkan pengambilan minuman yang berwarna. Adalah difahamkan fungsi buah pinggang kita adalah menapis setiap warna yang ada dalam minuman yang kita ambil. Bayangkan kalau dari celik mata sampai tutup mata setiap hari, selama kita bernyawa ni buah pinggang sentiasa bekerja tanpa rehat...


Jadi sangat baiklah kalau kita bantu buah pinggang kita dengan mengurangkan pengambilan minuman berwarna (banyakkan minum air kosong le!) kalau nak gak minum yang ada rasa ada satu jenis minuman tu tak ada warna tapi ada rasa... ha boleh la minum... tapi kandungan gulanya pulak tinggi (sbb air bergas). Pendek kata ikut usia kita sekarang ni bayangkanlah bagaimana keadaan buah pinggang kita... tak pernah sekali pun diservis... kalau dah rosak masalah besar... nauzubillah...


Tumpang dia duk elok lagi ni dan jika kita ingat, bantulah buah pinggang kita, bukan buah pinggang orang lain pun... tapi bila kita ingat mengingat macam ni kita juga membantu jaga buah pinggang orang lain. Aku rasa kalau kita nak minum air apa kaler sekali pun kita kena order sekali segelas air kosong untuk mencairkan kaler air yang kita minum. Bukan takat kaler je cair, tapi gula pun lebih cair... Ingat minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari...


Sekadar pesan memesan untuk kebaikan bersama.


Wassalam... chow wei...

Ahad, 6 September 2009

Ber1 Sayang Malaysia


Keadaan jadi keliru dan mengelirukan. Semakin kononnya kita menuju ke arah menjadi 1Malaysia tetapi semangat pentingkan diri semakin membuak-buak. Menyalak melalak seperti kerasukkan. Tidakkah boleh perkara yang serumit mana pun dibincangkan sebaik-baiknya dengan semangat penuh harmonis. Negara ini bukan Ahmad alBab sorang yang punya. Ini hakikat. Kalau semangat ganas seperti ingin menerkam seperti yang ditunjukkan oleh mereka-mereka itu sampai kiamat pun tak akan tercapai matlamat 1Malaysia.

Kita nak hidup aman... orang lain pun nak hidup aman. Kita nak hak kita buat itu dan ini, orang lain pun dia nak hak dia buat itu dan ini. Kita kata negara ini tanah tumpah darah kita yang punya, orang lain pun kata negara ini juga tanah tumpah darah mereka juga. Kita kata kita menyumbang kepada negara, orang lain pun kata mereka ada juga menyumbang pada negara. Kenapalah sempit sangat pemikiran orang-orang ini. Kenapa disaat rakyat kelihatan semakin bersatu disebaliknya ada segelintir umat cuba membuat onar. Matlamat 1Malaysia kabur jika pembuat onar ini dibiarkan melata. Dibawa berbincang tapi menyerang, diminta beradap tetapi biadap.

Marilah kita muhasabah diri, hebat sangatkah kita sehingga tidak menghormati orang lain. Aku rasa orang yang benar-benar hebat, adalah orang yang dipandang hebat dengan penuh penghormatan oleh orang lain. Orang yang palsu kehebatannya adalah kehebatan yang terpaksa ditelan oleh orang lain atau pun kehebatan sekadar hambatan kepada wang ringgit dan kebendaan. Negara ini negara Malaysia, aku, kau dan mereka dilahirkan disini. Negara ini negara milik aku, kau dan mereka. Marilah kita jaga dengan sebaik-baiknya negara milik aku, kau dan mereka. SAYANG MALAYSIA, SAYANG JUGA AKU, KAU DAN MEREKA.
.... peeeaaasstttt... no provokasi, no fight-fight...

Sabtu, 5 September 2009

KISAH LUCU 1

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk menempah sebiji kek sempena harijadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulangtahun ini, encik?" tanya sigadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm... , tulis saja " Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas kemudian sambung dengan " Sayang cuma bertambah cantik" dibahagian bawah, kata lelaki itu.
Keesokannya lelaki itu datang mengambil kek yang telah ditempah dan terus dibawa pulang untuk dipersembahkan kepada isteri tercinta dihadapan para tetamu undangan. Ketika kotak kek itu dibuka didepan isteri dan para tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan tertera di atas kek itu. " SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DIBAHAGIAN ATAS, SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH"...
heheheh....
moral of the story.... periksa la dulu apa-apa pesanan yg kita lafaz dimulut dan dicatat oleh penerima pesanan. Mana kita tau kalau orang yang menerima pesanan tu lurus bendul... heheiii macam-macam boleh jadi... ceria-ceria selalu... chow chin chow...

Jumaat, 4 September 2009

YANG NI TERLEWAT SAMPAI

kepeh..kepeh..kepeh...kepeh...
put! put!.... Put!..Put!..

Ada satu lagi kapal selam yang terlewat sampai sebab sesat kot... tapi tak dapat dipastikan kuala mana kapal selam ni masuk... kuala gula ka, kuala kurau ka, atau lain-lain kuala... berapa besar k.selam ni... aku pun tak tau...

Khamis, 3 September 2009

KLIK KLIK 3 (wedding collections)

Journey of Love



luv!,luv!,luv!


Classic Couple... sweet romance..



Young & Sweet Couple!

Rabu, 2 September 2009

KLIK-KLIK 2


Sebahagian dari koleksi rakaman lensa kameraku... saya budak baru belajar...
kem pecah batu manong






lihat foto ini tegak lurus, lepas tu gerakkan kepala anda ke bawah
foto ni akan jadi hitam gelap dan hilang imejnya..
gerak pulak kepala ke atas foto jadi lebih cerah

Tangkap Leleh....

<
Ada rupa GEARBOX ke? DOUBLE BARREL ade ler...... tembak gajah...


Fuh baik punya lengkung... bersinar-sinar jer urat temurat...


Malam tadi teman tanggo2 dengan rakan-rakan di apa ke nama Tomyam (aku lupa nama kedai tu) sebab aku duduk di bawah papan nama kedai tu jd tak nampak dan tak ingat. Tapi lantak kat dialah nama apa pun tapi lokasi disebelah BankAwam Kamunting... nape tak penah dengar ke nama Bank Awam... lu carilah sendiri kt ner bank Awam tu... Lagi bukan tokey kedai tu bg aku apa-apa promo kedai dia..


Yang aku nak citer kat sini ialah apa yang telah dilapah dan dijamah oleh raaakan-raaakan malam tadi. Aku pun tumpang gak selapah dua menjamah... ada ke istilah selapah dua? ahh lantaklah blog aku, suka aku nak taip lagu mana pun. Kenapa lapah? kalau tak lapah tak makan la jawabnyer... makan aper? makan urat kaki yg masih melekat kat kaki... jadi kene la lapah...


Bukan main berserela lagi semua yang menjamah malam tadi... abg juliet sampai kembang tengkok dia punya jamah... hehe.... bukan tak sedap tapi punya la banyak... makan... tahap dia ler...(mana boleh kompe dgn abg OCC hehehe)

Paling sengamat abg OCC la... tak lawan la dengan dia ni... agak eee.. (kena sebut dlm loghat nogori perkataan agak eee tu baru tercapai bunyi eee)kalau hidup zaman pra sejarah dulu setengah ekor dinasour tu dia selamba ja baham.... hehehe... kalah bro bravo.... Bro Bravo pun teman nampak lupa diri gak kejap.... sedut bukan main lagi sodap eee... harap-harap pagi ni semua yang terbabit dalam pemakanan malam tadi bangun bernafas pagi dengan sihat walafiat... tak da yg kena g sepital...


Bahan bukti ganazzz nyer lapahan dan lahapan.....


Sup tulang kaki yg dihidang memang tak dak seinci pun daging.... semua urat... jd klu yg berhajat nak makan sup tulang kaki berdaging cari lain kedai la.... Urat ni sebenarnya bukan ada rasa apa-apa pun tapi tak tau la kenapa ianya memecahkan liur.... teringat teman sejenis sup di sabah yang rasanya terus aku ingat sampai sekarang... nama sup tu 'NGAU CHAP' bunyi nama kantonis tapi halal... hampa jgn buruk sangka kat aku pulak...



muke pueh.... tak daknyer... lepeh tu die balun lagi.... hahaha..
eviden...eviden...OCC sweet memory..


Kalau sapa-sapa ke Sabah... Keningau khususnya jangan lupa cari sup nama 'NGAU CHAP' dan ada satu lagi 'KON LAU'. KON LAU ni mcm mee kicap kat sini tapi ada kelainan la.... Hah dah aku terkona ke Sabah pulak dah... nanti cerita masa lain bab makan di Sabah ni. Berbalik pd cerita sup tulang kaki atau selalu orang panggil SUP KOTARGEAR... tang mana yang sama mcm kotak gear aku pun taktau.... duk tengok gak kat bwh perut kenderaan tgk GEARBOX tu tak sama pun dgn yg ada dlm mangkuk sup mlm tadi... Agaknya kalau betul gearbox keta tu buh dlm mangkuk sup mau selerak lari.... hehehe... pastu tokey kedai tu pulak kena lari... hampa tau sebab apa? sebab kepala dia nak kena pelangkung dengan gearbox tu la...


sedut bro jgn tk sedut.... straw nak sama besau tulang tu jer....
hg sedut ke hg hembus.... tu roti 5Tinggi habis 2 buku....
bukan OCC sorang tapi sume yg hadir menghabiskan roti 2 buku...
OCC bagus!!! tk rugi bawak pi majlis....
senang nak basuh pinggan kata orang... kwang kwang..kwang...

Nak tau rasanya? berminat? p la cari sendiri sbb tokey kedai tu tak bayak kat aku pun untuk promo kedai dia... cuma saja terlanjur mlm td dan dah snap 2, 3 kepin lebih2 lagi bro OCC yang tak habih2 pesan kluakan gambar dia... no problem OCC nilah kenangan kita bersama rakan2 tepen... Ada 10 orang malam tadi lepaksantai sental.... sup Kotakgear... Kira ok la... berbaloi-baloi dgn regenya... apa? berape regenye?... hampa p hampa tau la.... tapi satu ja teman nk pesan klu p makan jgn oder semangkok sorang, kecuali selera makan anda tahap jingga....



Fuh meleleh kluar dari lubang syurga sang penyedut...
jgn salah faham... bg yang suka sedut somsom kira syurga la tu...
nikmat-nikmat.... tangkap leleh...(sama tajuk)

Yang terbabit ditempat kejadian mlm tadi, teman(ROT),FTT,OPT,OCC,JTT,JTJ,BPT,ONK,KRX,DMG dan dua orang pengikut DMG... sori aku tak kenai jadi tak tau nama... bg yang tk faham apa pulak OPT,ROT ni.... nilah dia callsign amatuer radio kitaworang...
Selamat menjamu selera dan sekian ulasan teman... harap hampa tak boring noh.... kalau boring apa teman boleh buat.... chow chin cow.....


Semoga semua rakan2 malam tadi dah bangun dengan kesegaran dan

melihat fajar pagi yg indah ini...

SPIDERMAN Buat Lagi...

tinggi!! mencapai awan
fuh!! sikit lagi...

ya! ya! twin tower aku tawan...


sah gila... dlm kapal terbang pun bergayut juga..



seluak merah, seluak biru...
jangan marah... i panjat dulu...


Akhirnya!!! aku berjaya... i did it!!! mungkin itulah luahan atau jeritan siAlain dipuncak menara berkembar petronas semalam (isnin) yang tidak kita dengari. Dia ni memang seorang manusia luar biasa yang Allah jadikan sebab tak ada orang yang 'gila' tahap macam dia boleh memanjat walau setinggi mana pun menara didunia ni tanpa sebarang peralatan keselamatan. Disebalik kegilaannya itu pernah ke kita terfikir tentang semangat dan keyakinan dirinya yang sangat tinggi melebihi ketinggian mana-mana menara yang dah ditaklukinya. Setakat ini tidak ada kegagalan dalam dunia pemanjatannya. Memang dah terbukti dia tak pernah gagal, ada pun cuma untuk seketika dia belum berjaya, dan ini dibuktikannya dengan cengkaman, lekapan tangan dan kakinya pada menara berkembar petronas.

Apa sebenarnya ada dalam kepala otak simamat Alain ni. Perasaan gayat dan takut mati mungkin tiada langsung bersarang dalam pemikirannya. Tapi adakah pula dia ni berani pada semua situasi? Mungkin dia berani seperti mana yang sekarang dia berani ? Kalau diberi cabaran lain yang sememangnya kalau tak hidup maut jawapan adalah dihujungnya, berani juga ke dia? Main dengan ular bisa, buaya ganas dan lain-lain... Jawapannya kita tak ada sebab dia ni susah nak dinilai sebagai seorang wira dunia. Sepengetahuan aku la, tidak ada kenyataan dia atau wartawan tanya pada dia apa lagi keberaniannya yang lain yang boleh dilakukannya. Ini juga dibuktikannya dengan tak pernah menonjol dalam 'kerja gila' yang lain.

Tadi aku kata dia ni wira dunia sebab tak ada orang boleh buat macam dia di dunia ni. Satu perkara yang aku agak pelik iaitu kenapa tidak diiktiraf maksud aku upacara dia nak memanjat mana-mana menara tinggi dibuat secara sah, ada liputan secara langsung, persediaan sebarang kemungkinan kemalangan, orang ramai boleh kumpul ramai-ramai bagi sokongan dan sorakan. Penaja akan berduyun-duyun masuk melabur dan tentu mamat Alain ni dah kaya raya. Jadi duta itu dan ini. Ini semua tidak berlaku...sebaliknya sebaik dia berjaya biasanya dia akan terus digari (tangkap dan tahan) dan hadiah sampingan lain yang dia dapat mungkin bermalam beberapa malam dalam lokap sambil urut sendiri badan dia.

Ditahan pada dia juga mungkin satu kebiasaan dan hadiah baginya. Mungkin kalau tak kena tahan dia akan rasa lain macam dan lebih lagi agaknya dia akan rasa lain macam kalau pendakiannya diiktiraf sejak awal-awal, ada liputan secara langsung, orang ramai berkumpul sejak mula dia mendaki dan menjerit-jerit namanya. Aku rasa la... kalau situasi macam ni dia akan jadi gayat... sebab diberi penuh perhatian dan liputan. Mungkin keberaniannya kurang atau tak da langsung. Maknanya minda dia jadi tak tenang dan berserabut semasa memanjat tu, ya lah nak jawab soalan-soalan wartawan/perantara sebelum memanjat.. sebab tu dia suka buat curi-curi tanpa pengetahuan orang dan orang tahu bila dia dah jauh tinggi diatas...

Satu lagi persoalan, apakah satu hari dia akan menemui kegagalan? maksud kegagalan disini ialah dia akan jatuh dan menemui ajalnya. Orang berani main ular mati dipatuk ular, orang berani main buaya mati dilibas duri ikan pari... dia ni? Kita nampak dia ni tak akan berhenti untuk terus memanjat. Apa-apa pun dia memang satu kejadian makhluk tuhan yang istimewa dan luar biasa. Dia berjaya mengetahui kelebihan dan kekuatannya. Kita pula bagaimana? Kita juga adalah kejadian makhluk tuhan yang istimewa, cuma dimana kehebatan dan 'gila' kita yang sama macam Alain Robert. Dah terkeluar ke kehebatan dan ke'gila'an tu? Mungkin kita tak boleh memanjat tinggi macam dia tapi adalakot something, somewhere yang kita juga hebat....

Selasa, 1 September 2009

HARGA SEMASA MINYAK DUNIA

Harga semasa minyak dunia terkini adalah sekitar USD69 ja bukan 80USD lebih seperti bicara bang semail seberi semalam masa umum rege baru minyak. Sekadar untuk makluman harga sebenar, bukan harga tak sebenar (tipulah namanya). Bleh semak harga kat bloomerg.com, cnn dn lain-lain...