BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 2 Disember 2010

ZAMAN SONGSANG

BERANI KERANA SALAH, TAKUT KERANA BENAR. Satu kenyataan yang macam tak ada beza tetapi sangat berbeza. Zaman Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah sudah berlalu samada kita sedari atau tidak.
Kita tengok sajalah di sekeliling kita hari ini.... YANG SALAH SEMUANYA BERANI-BERANI dan YANG BENAR SEMUANYA TAKUT-TAKUT. Dijalan raya sebagai contoh, Mat Rempit, Mat Pelesit dan lain-lain Mat-Mat semuanya SALAH dan mereka ni BERANI-BERANI. Kita salah ke, dia salah ke tetap kita yang jadi takut dan dia yang berani. Maka wujudlah samseng jalanraya.
Anak-anak muda sekarang dalam berpacaran, bagaimana lagaknya ? BERANI!! walaupun dengan perlakuan yang SALAH. Kita yang masyarakat teramai ini bagaimana pulak bila berhadapan dengan mereka ini ? kebanyakkannya walau tidak semua tetapi kebanyakkannya TAKUT walau berada dipihak yang BENAR. Takut nak menegur, tak nak kecoh kerana mereka sanggup memaki hamun kita. Belum lagi mak ayah yang akan memaki kita sebab sibuk hal anak pinaknya. Belum lagi kes-kes yang mereka fikir perlu dibawa ke mahkamah.
BERANI KERANA SALAH dalam membuat fitnah yang sangat berleluasa hari ini. Kenapa ianya berlaku ? kerana adanya kuasa ? adanya payung tempat berlindung? adanya ketiak tempat bersembunyi ? Banyaknya manipulasi-manipulasi yang boleh menjerut siTAKUT KERANA BENAR. Pada hari ini yang takut-takut bukan lagi orang-orang yang salah tetapi kebanyakkannya orang-orang yang berada dipihak yang benar.
Zaman sudah sangat songsang. Yang betul dikata salah yang salah dikata betul. Yang biadap bermaharajalela, yang sopan menjadi mangsa. Keadaan sudah semakin menjadi kucar. Masyarakat semakin sakit. Anak sudah tidak hormat pada ibu ayah, apa lagi nak hormat orang lain. Zaman " anak aku buatlah macam anak hang, kalau salah tegok la... tunjuk ajar dia"... sudah semakin menjauh... sekarang zaman " awat nak sibuk hal anak aku ? anak masing-masing... masing jagalah!! " ini ungkapan yang banyak masa kini. "Tepi kain sendiri tak terjaga nak jagi tepi kain orang..." lagi satu ungkapan yang biasa-biasa masa kini.
Begini keadaannya, beginilah realitinya. Di dahan mana kebenaran nak berpaut ? di tebing mana kebenaran nak bertaut. KEBENARAN semakin dipandang sepi, sebaliknya KESALAHAN makin terpuji. Inilah natijahnya bila kebendaan, wang ringgit dan kuasa menjadi raja di hati.
Semoga masih ada sinar buat yang BENAR, semoga yang BENAR akan bangkit membetulkan arah yang semakin menyongsang. Semoga BERANI KERANA BENAR AKAN KEMBALI DITEMPATNYA DAN TAKUT KERANA SALAH AKAN KEMBALI KE TAKUKNYA.

2 ulasan:

  1. amal mungkar nahi makruf...bila manusia sudah terbalik...maka nantikanlah songsangnya putaran bumi....

    BalasPadam
  2. takut lagi menakutkan bila mungkar menjadi amal dan makruf dinahikan. Fitnah, penindasan, penganiayaan dan pelbagai lagi kian berleluasa.

    BalasPadam