BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 20 November 2009

BUKAN SEMUDAH A, B ATAU C....

Tajuk N3 kali sahaja sudah menggambarkan suatu yang sukar kerana ia bukan semudah A, B atau C... Apa yang mudah ? dan apa pula yang susah ? Pertamanya aku nak ulas berkenaan keputusan UPSR yang baru diumumkan semalam ( Khamis). Statistik menunjukkan berlaku pertambahan dalam jumlah calon yang memperolehi semua A dari tahun 2008 berjumlah 47K ++ melonjak lagi pada tahun ini kepada 48K++.... Fuhhh! ramainya yang skor semua A. Cukup ke ruang untuk menampung kesemua mereka ini untuk mendapat tempat disekolah-sekolah idaman ibubapa?
Persaingan sangat sengit nampaknya, sengit dimedan peperiksaan dan lebih sengit lagi setelah keputusan diumumkan. Minda orang kita masih lagi tertanam bahawasanya kita perlu memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak untuk mendapat perkerjaan yang terbaik dan selamat suatu hari nanti. Ini adalah suatu yang baik dan sangat sihat. Memberikan pendidikan yang terbaik dan seluas-luasnya kepada anak adalah satu kepuasan kepada setiap ibubapa termasuklah aku. Akan tetapi bila kita lihat situasi hari ini dimana insan-insan pandai semakin ramai, malahan dikampung-kampung kalau skor semua A pun orang dah tak heran berbanding 10 ke 20 tahun yang lalu. Ini adalah tanda-tanda orang yang berjaya sudah terlalu ramai.
Persoalannya disini kemanakah mereka yang ramai-ramai ini akan pergi untuk mencuba nasib. Ini belum lagi kita melihat kepada jumlah yang tidak skor semua A. Masyarakat sekarang semakin berpendidikan dan masyarakat masa mendatang iaitu generasi anak-anak kecil hari ini akan terus menjadi kelompok masyarakat yang terlalu pandai dan bermaklumat. Persediaan yang harus kita berikan kepada anak-anak hari ini adalah bukan sekedar untuk berjaya dalam pelajaran tetapi adalah bagaimana mereka boleh berjaya dalam perjuangan kehidupan mereka. Pencapaian akademik seperti hari ini pada masa itu mungkin sudah tidak membantu apa-apa. Lebih dari itu mulai sekarang kita kena buat perancangan, perencanaan yang terbaik untuk anak-anak mampu bersaing dalam zaman mereka kelak.
Apa ? Bagaimana ? Kenapa ? Bila ? semua persoalan ini balik kepada kita untuk memberikan jawapannya. "Anak-anak kita tanggungjawab kita walau mungkin suatu hari nanti kita ini bukan tanggungjawab anak-anak kita " kita terima seadanya dengan apa yang bakal didatangkan kepada kita setelah kita berusaha. Kita manusia hanya boleh merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah jualah yang lebih sempurna. Berikanlah sesuatu yang lebih dari hanya sekadar mengulangi bisikan yang sama telah dibisikan ketelinga kita suatu masa dahulu.... " belajar rajin-rajin.... sampai boleh masuk universiti... lepas tu senang dapat kerja makan gaji dan hidup kamu akan lebih terjamin dan baik berbanding sekarang..." Apakah bisikan serupa ini masih boleh digunakan hari ini dan dimasa hadapan?
ZAMAN DAH BERUBAH.... DUNIA DAH SEMAKIN MAJU.... fikir-fikirkanlah para sahabatku... anyway suka aku gunakan kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada anda sekelian ibubapa diatas pencapaian yang anak-anak anda tunjukkan..... Semua A bukan bererti anak kita terlalu hebat.... dan juga disebaliknya... gagal mencapai A bukan bererti anak kita terlalu teruk .... apa pun pencapaian anak-anak kita .... berbanggalah kita dengan anak kita....kerana anak kita cerminan kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan