BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 15 September 2010

TAK PANDAI MEMASAK

Amat malang sekali sekiranya seorang insan lebih-lebih seorang wanita tidak tahu memasak. Terlebih malang lagi tatkala sudah berkahwin masih tidak tahu memasak. Kenapa aku 'highlight' kan perkara ini? sebabnya semalam aku terdengar ianya diungkapkan oleh seorang kenalan yang sudah berkahwin (baru kahwin) katanya dia tak tahu memasak.
Aku percaya bukan dia seorang sahaja malah ramai lagi diluar sana yang berkeadaan sama. Seorang lelaki jika tak tahu masak tidak begitu besar salahnya tetapi jika seorang wanita tak tahu masak memang besar salahnya. Bila sudah mendirikan rumahtangga wajib seorang isteri itu memasak untuk suami dan anak-anaknya. Barulah lengkap tugasannya sebagai seorang isteri.
Zaman memang sudah berubah tetapi kebolehan asas seperti memasak perlu ada pada setiap insan bergelar isteri. Cuba melihat kepada punca berlakunya perkara ini, agaknya semasa remaja langsung tidak pernah ambil peduli dengan kemahiran memasak. Ada juga kemungkinan siibu tidak membenarkan anak gadisnya memasak/menyibuk. Sibuk bagaimana sekali pun kalau tidak dilatih maka jadilah kesannya sekarang.
Bagaimana nak menawan hati suami jika dengan masakan tak boleh. Bagaimana nak membesarkan anak-anak?, bagaimana nak merai tetamu yang datang?
Bukannya susah sangat memasak ni sebenarnya. Kalau tak pandai boleh belajar. Ada banyak buku resepi dipasaran. ada ramai ahli keluarga, kawan-kawan yang kita boleh belajar. Gagal sekali mencuba masakan, perbaiki lagi pada percubaan kedua dan seterusnya.
Apa pun pokok pangkalnya kalau dah MALAS buat apa pun tak pandai. Nanti suami lari cari orang lain baru tau.. Kepada gadis-gadis sekelian luangkanlah masa belajar memasak. Bermula dari yang semudah2 masakan dahulu. Apa pun aku harap lepas ni tak lagi aku terjumpa seorang wanita bergelar seorang isteri berkata " tak tahu memasak ".

Selasa, 7 September 2010

HARI-HARI TERAKHIR...

Hari-hari terakhir berpuasa kini... ini juga menandakan hari-hari terakhir syaitan terbelenggu. Dalam syaitan terbelenggu pun kita lihat ramai manusia terlatih oleh syaitan ni meneruskan kehidupan seperti sebelumnya. Walau syaitan terbelenggu... tersenyum lebar jer dia dibalik belenggunya nengokkan keletah manusia yang telah mahir dilatihnya.
Ada yang tanpa segan silu tidak berpuasa dikhalayak ramai... antaranya aku perhatikan merokok dan lain-lain. Yang sambil menaiki kenderaan, bermotor...kereta atau lain2 asyik berkepul2... begitu juga yg berniaga pakaian raya... berkepul tanpa lagi ada rasa malu... dahsyat ni... latihan perguruan oleh syaitan tahap tggi ni... kalau ditegur golongan ni mau dimaki berjela... inilah gejala sekarang kalau ditegur pasti bertindak balas... silap2 haribulan bertindak lebih kasar lagi...
Kenapa jadi begini gelapnya hati... apakah sebab pemakanan kita hari ini tidak diurus dengan baik tahap kehalalannya.... duit yang kita cari halal tapi makanan yang kita makan tu tak halal dikata halal. Ini cuma satu faktor... ada banyak faktor lain lagi... faktor didikan ibubapa... juga sangat berperanan... anak bermasalah di sekolah disalahkan cik gu....
Inilah zaman yang serba mencabar... semakin nak maju nampaknya semakin punah nilai keislaman dalam diri manusia yang bernama umat islam... Dalam masa yang sama semua nampak nak jadi 'Jaguh Islam' dan pejuang Islam. Tapi hal-hal sebegini nampak seperti tak diendahkan.... anak-anak kurang ajar, anak muda lagak samseng, orang-orang yang lebih tua yang tak boleh dibuat contoh... dan macam-macam lagi penyakit umat Islam kini....
Pandang biar melihat, dengar biar mendengar, rasa biar tahu masam masin, pahit manisnya. Apa pun dikesempatan ini aku juga nak ucap SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI.... SEMOGA LEBARAN INI MEMBERIKAN SERIBU RAHMAT DAN KEBAIKAN KEPADA KITA SELURUHNYA... terima kasih kepada yang masih sudi bertandang membaca blog ini walau agak jarang dibuat N3 atau mungkin N3 ku sekarang sudah tak menarik lagi atau memang dari dulu tak pernah menarik pun... hehe... apakan daya itulah aku..
Berkata-kata kerana aku,akulah jua.... sekadar menulis melepaskan yang terbuku dan tersirat dihati... tidak berniat nak menyinggung/provokasi sesiapa segala dicoret dgn ikhlas. Suka alhamdulillah , tak suka pun alhamdulillah...
Jumpa lagi lepas raya nanti...

Sabtu, 4 September 2010

PENANGAN MAK SITI....

Semalam pi serbu mak siti dengan kawan-kawan.... fuh!! sampai tak mau dibuatnya.... puas!!! mak siti pun layan baik punya.... tak cukup... dia tambah lagi bagi sampai puas.....

Jumaat, 3 September 2010

BERAYA PADA YANG BERHAK

Tinggal tak berapa hari saja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Syawal bakal menjelang. Berhari rayalah semua sekiannya. Baik yang betul-betul layak beraya mahu pun yang tak layak tetap beraya juga. Kepada yang layak dengan markah 100% aku ucapkan tahniah... Aku sendiri tak tahu berapa saja markah kelayakan untuk berhari raya yang diperolehi tahun ini. Bagaimanalah agaknya kalau Allah mewujudkan 'indicator' secara nampak dengan jelas pada zahirnya markah kita dalam bulan Ramadhan untuk layak berhari raya di Aidil Fitri. Seperti yang kita diajarkan berpuasa bukan hanya pada menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi juga banyak kawalan/perubahan lain yang perlu kita lakukan. Sehinggakan bermaaf-maafan itu bukan hanya pada hari raya tetapi sebelum berpuasa Ramadhan juga kita dituntut bermaaf-maafan agar ibadah dibulan Ramdhan benar-benar mendatangkan rahmat dan keinsafan.
Kalau setakat dalam bulan ramadhan berpuasa tetapi masih berlaku kezaliman, penindasan, penipuan, penyelewengan, penderaan, penganiayaan dan lain-lain apalah ertinya Ramadhan itu... jauh lebih tidak bererti untuk beriya-iya berhari raya.
Sekadar sedikit coretan menjelang hari raya kali ini untuk renungan bersama. Yang baik dari Allah dan yang kurang dan lemah itu datang dari kelemahan diri ini....
Berpesan-pesan kearah kebaikan juga satu ibadah...

Rabu, 1 September 2010

AKU TAK DAK HATI....

Bukan hati aku dah tak dak.... tapi aku tak dak hati nak beri kerjasama dengan manusia yg hanya tahu menagih khidmat tetapi tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan. Biarlah peluang aku dimasa depan mungkin dah tak ada tapi buat saat ini rasanya aku puas jika ketidakpuasan hatiku dapat aku redakan. Tak sanggup lagi rasanya seperti diperkudakan... akhirnya nilai diri ni macam tak ada apa-apa...
Inilah suatu kelemahan.... kau buat kerja dulu... kemudian nanti kami bayar kau.... pembayaran dengan tidak ada satu kepastian bahawasanya aku akan dapat apa yang sepatutnya aku dapat dan akhirnya benar bahawa aku tak dapat seperti apa yang aku patut dapat.
Memang hampeh jenis manusia yang tak menghargai daya fikiran, masa dan keringat orang lain.... ambik kau ... aku tak akan bekerjasama lagi .... puas hati aku....

Selasa, 31 Ogos 2010

Bagaimana nak berSATU...?

Bagaimana nak bersatu jika setiap hari kita dimomokkan dengan syak wasangka melampau. Kita seolah diminta berburuk sangka antara satu sama lain. Kenapa tidak dibesar-besarkan perkara berbaik sangka. Generasi keliru akan terus terkeliru dengan situasi seperti ini.....
Aduh !! lain diseru lain dibuat.... Untuk berjaya dan dihormati kita mesti bersatu hati dalam erti kata yang sebenar... dalam hal ini siapa yang lebih realistik ? siapa yang plastik?
Adalah diharapkan jangan dibesar-besarkan perkara yang tidak perlu dibesarkan... sedang ada banyak perkara besar dan penting yang jauh lebih menguntung semua yang boleh kita berkongsi perkembangannya. Didiklah masyarakat dengan cara menghargai mindanya... Kebertanggungjawaban ini amat berat untuk dijawab di akhirat kelak. Jika pokok boleh dibonsaikan akan tetapi usia yang sedang memamah diri tidak boleh dihentikan. Liang lahad semakin hampir. Segala yang ada akan ditinggalkan....
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami seluruhnya.... Engkau kurniakanlah cahayamu agar hati-hati yang gelap kembali bersinar.Sesungguhnya kami amat lemah.... hanya kepada-Mu kami berserah kerana sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buat kami.
Amin ya rabbalalamin....

Isnin, 30 Ogos 2010

MARI BERFIKIR : SIAPA LEBIH MENCEMAR ?

Semenjak dua menjak ni asyik riuh dan tak habis-habis kisah orang bukan islam dikatakan mencemarkan masjid (islam). Apakah pencemaran itu ? Rasanya dah lama orang-orang bukan islam berkunjung ke masjid-masjid untuk membuat lawatan, terutamanya masjid-masjid hebat dan serba indah di sekitar ibu kota dan Putrajaya. Tak ada apa-apa isu pun. Pihak berwajib juga telah meletakkan garis panduan tatacara untuk mereka (orang bukan islam) melawat masjid. Itu sesuatu yang baik, sekurang-kurang mereka boleh mendekati islam dengan membuat lawatan ke masjid-masjid. Kita pula dapat membuktikan islam itu bersifat terbuka, namun masih dalam lunas-lunas garis panduan adap sopan sebagai menghormati masjid sebagai tempat suci dan beribadah kepada orang islam.
Berada di masjid (dalam masjid) sesiapa jua haruslah dalam keadaan menutup aurat. Jika ada rakan bukan islam ingin memasuki kita haruslah menasihati agar mereka turut menutup aurat. Mereka harus dibimbing sebab mereka tidak tahu tentang aurat di dalam islam. Kita bersalah jika tidak membimbing mereka mengikut tatacara berada di dalam masjid. Secara tidak sengaja mereka tidak tahu dan tidak ada bimbingan... bolehkah dikatakan mereka mencemarkan masjid ? Memang mereka kelihatan bersalah tetapi bagaimana kesalahan itu berlaku harus dilihat terlebih dahulu. Mereka tidak masuk secara menyerang (curi-curi), melulu, kurang ajar, menghina, mencerca dan sebagainya yang terang nyata mencemarkan maruah islam dan masjid. Mereka masuk secara dijemput dan bersopan... cumanya berlaku perbuatan tidak menutup aurat sahaja.
Persoalan disini untuk kita berfikir ialah orang bukan islam yang tidak tahu hukum, tatacara islam bila berada di dalam masjid, dikatakan menghina/mencemarkan masjid..... bagaimana pula jika seseorang yang beragama islam berada didalam masjid, berkeadaan tidak menutup aurat? Orang bukan islam kita kata mereka mencemar/menghina masjid, orang islam yang tak tutup aurat ? apa kelasnya ? Apakah ada hukum dalam islam yang mengecualikan umatnya menutup aurat di dalam masjid? Sudah tentu tidak ada... diluar masjid/dimana sahaja kita dituntut menutup aurat... apatah lagi di dalam masjid...
Marilah kita berfikir secara rasional dan waras akan situasi ini. Kita jangan emosi tak tentu hala. Hebatkah islam kita setakat riuh rendah menuding jari salah menyalah sedangkan secara terang-terang kita sendiri dalam keadaan bersalah ? Fikir-fikirkanlah...

Ahad, 15 Ogos 2010

MAAFKAN AKU...KAWAN

Setelah agak lama jiwa dan kepala otak telah menjadi tenang kelmarin kembali ia menjadi bergelora. Perasaan membengkak, fikiran bercelaru. Walau aku cuba memujuk hati tetapi tetap resah mengharungi hari mendatang kerana kita bakal ketemu jua.

MAAFKAN AKU KAWAN,
AKU TAK BISA MENURUTI KEMAHUAN KALIAN,
AKU SEDAR AKAN HAK KALIAN,
NAMUN AKU JUGA BERHAK DENGAN DIRIKU,
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHUKU MEMIKULNYA,

WALAU APA PUN PERSEPSI KALIAN,
AKANKU PERJUANGKAN JUGA NASIBKU INI,
KERNA AKU BERSEORANGAN,
PAHIT MANIS GELORA MEMBADAI,
NAMUN KUHARUNG KUHARUNG JUA,

LANGKAH INI SEKARANG AMAT TERASA BERATNYA,
BILA KU SEDAR KITA TAK LAGI SEHALUAN,
NAMUN APAKAN DAYA,
AKU HANYA INSAN BIASA,
APA PUN TERJADI...
PADAKU KITA TETAP KAWAN,

BERDOA DAN MENERUSKAN LANGKAH KE HADAPAN,
MOGA ADA SINAR HARAPAN,
HANYA BERBEKALKAN SEMANGAT DAN KEYAKINAN,
KESABARAN INI BUKAN SESUATU YANG SIA-SIA,

APA PUN TERJADI AKU REDHA,
MAHU DITANGISI AKU REDHA,
MAHU DITERTAWA AKU REDHA,
KERANA AKU YAKIN DENGAN DIRIKU,
YAKIN DENGAN PILIHANKU,
MAAFKAN AKU KAWAN,
MEMAHAMI ATAU TIDAK AKU REDHA,
BERSAMA ATAU TIDAK AKU REDHA,

MUNGKIN INILAH SURATAN TAKDIR HIDUPKU,
KUTANGISI PUN BEGITULAH JUA,
PESANKU PADA DIRIKU,
TABAH, CEKAL, YAKIN DAN SABAR,
AKU SANGAT PASTI...KERNA.... AKU AKULAH JUA....

Rabu, 11 Ogos 2010

TORTILA - buat sendiri la...

TORTILA... sejenis lempeng jer sebenarnya... tapi namanya membuatkan macam special jer... Hampa perasan ka tortila ni... ala yg selalu makanan segera ayam goreng dok promote kat tv tu... kali ni aku nak kongsi cara nak buat sendiri tortila. Senang jer n tak cerewet. Kalau kita kreatif kita boleh pelbagaikan bentuk, bahan dan rasa tortila ni... Ok! antara bahan yg perlu :
1. Tepung gandum berzat/vitamin ( byk sukatan ikut kemahuan anda)
2. lemak sayuran
3. baking powder
4. garam secukup rasa.
5. air suam

Cara-cara (ikut cara aku buat ) :
tepung aku senduk lebih kurang 10 senduk.
lemak sayuran 2 sudu besar
baking powder 2 sudu teh
garam bancuh dgn air suam ( 2 gelas)

gaulkan semua bahan..uli sampai sebati dan jadi doh yang cantik ( tak lembik tak keras)
setelah itu biarkan selama 20-30 minit.
setelah 30 minit buatkan ketul-ketul kecil (mcm nak buat roti canai) saiz ikut suka.
ketulan doh tadi sudah sedia untu digelek dgn penggelek. ( gunakan serbuk tepung utk memudahkan kerja menggelek)
siap sediakan kuali (non stick dryfan) ka apa ka nama dia dengan panas yg secukupnya
letakkan doh yg dah dicanai tadi. alih-alihkan sehingga kedua-dua belah tortila anda masak.
kalau nak lebih rangup boleh la lama sikit tetapi kesannya ia akan jadi lebih keras.
kalau tak nak keras... bakar seadanya sahaja.
maka jadilah tortila yg dimake by your own...
selamat mencuba...
hintinya.... coming soon... next entry.... tu pun klu ada yg minat nak tahu...
chow...wey...