BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 14 Oktober 2009

INDAH DAN HEBAT LA.....

zasssss.....!!!!!

seriayu

kesian tok wan.... ayak tak masuk cawan


telusnya!!



tolong aku dah lama aku begini....




Hari ni teman paparkan semua koleksi gambar istimewa yang ada kelainan buat tatapan pengunjung blog ni. Apa yang menarik ialah keterjangkauan idea oleh pembuatnya. Idea-idea yang briliant ni seharusnya kita kongsi bersama dan kot-kot dapat juga menjana idea-idea briliant dalam bidang yang berkaitan dengan kita.


Sesuatu yang indah dan hebat itu semestinya sesuatu yang lain dari yang lain. Ianya tidak semestinya sesuatu yang terlalu komplek dan sukar, cukup sekadar sesuatu yang mudah dan menarik... Penjanaan idea sebegini sebenarnya yang perlu dalam diri setiap individu dalam dia menjalankan tanggungjawab/perhubungan kemanusiaan dan aktiviti hariannya.


Pernahkah kita ketemu dengan titik idea/pemikiran begini sepanjang hidup kita?....






Selasa, 13 Oktober 2009

mey day! mey day!...

ni bukan tangan RAMBO... tak dak kena mengena saja buat hiasan...


Ha ha tajuk gempak sikit.... bukan apa sesambil menonton cita RAMBO dari first blood dn seterusnya RAMBO yang kedua... bukanlah nak bangga dengan hero ciptaan amerika ni cuma saja syok-syok layan cerita lama-lama.... ulang tayang orang kata... sesambil tu ingat-ingat balik kenangan waktu nengok masa dulu kat panggung....

Dengan bunyi kipas angin keletang-keletang, kerusi pun lebih kurang seat dalam bas merah jer... layan le cerita rambo ni... yang bestnya bila time keluar panggung tu... dia mai satu perasaan... jalan jadi lain macam.... macam apa? ... macam apa lagi perasan macam RAMBO ler!!!

Tiket tengok wayang pun murah jer aku ingat dalam 1.20 kupang ke 1.50 kupang...

Balik rumah main perang-perang dengan senapang kayu berpeluru bemban... nasib tak kena mata... dan yang pasti walau pun waktu itu seronok main perang-perang aku kini tak ler jadi seorang perajurit... jauh sekali RAMBO... haha... cita wayang boleh la buat camana pun hero menang... tembakan macam hujan pun hero tak kena.... tapi hero tembak sekali ja dah kena... tulah filem... ok nak layan dulu cita propaganda amerika ni.... RAMBO tengah kena seksa dengan rusia(di vietnam) pakai karan... ha ha RAMBO dah lepas.... aku nak kejar dia... kejar nak tengok cita dia la.... jumpa lagi....

MACAM MANA NI.... TOLONG! TOLONG!


Tolong! Tolong!.... apa macam ni nak nulih tak boleh, nak lukih pun tak leh..... kita buat dia dia buat kita balik.... adusssss.... hampes brampesss tul....

Ni namanya tak kenang budi.... AAAPA! ... kenang budi? apasal kalau kenang budi, kena ka sampai tergadai body.... biar tergadai body jangan tergadai prinsip..... ish.... bleh pakai ka tegadai body tu tak pa, tegadai prinsip tak boleh.... Ni bahagian body (tangan) nak kena tetak ni oleh si chefcook ni....

Yang eloknya janganlah kedua-dua tergadai.... sebab kalau tangan dah tak dak payah nak buat keja.... tapi zaman sekarang terlalu ramai yang suka offer untuk gadai body.... janji hidupnya mewah... apa barang dengan prinsip kata mereka.... bukan prinsip boleh bagi depa kemewahan dan kesenangan... jahanamlah kalau macam ni....

Siapa yang salah ni dalam hal ni...?

Isnin, 12 Oktober 2009

AKHIRNYA....... YES! YES!

digarisan penamat

plat number kebanggaan setiap rider...

full stiker tu...

barisan mtb yang dah siap setting.... tunggu masa untuk bergerak..



Semalam aku melalui satu lagi siri penjelajahan ( boleh kot guna istilah ni) yang agak memeritkan dengan cabaran yang berlainan dari cabaran-cabaran sebelum ini. Maklum sajalah hobi yang mendatangkan cabaran, menguji fizikal dan mental ni bukan semua orang sanggup mengharungi, malah baru mendengar ceritanya saja ada yang dah takut nak cuba...

starting point... bersama vzo, atd dan rakan (kaswan)

dipuncak pendakian pertama... tinggi jugak ler....

Memang perit ( lebih perit kalau tak well prepare) tapi kepuasan yang aku dapat bila menamatkan secara penuh tak tergambar hebatnya perasaan aku waktu itu... rasa macam dah berada dipuncak kepuasan...macam orang suka makan pedas... dah tahu cili api tu pedas tapi dia tetap belasah juga dan kepadasan... tetapi disebalik kepedasan itu ada kepuasan...
Cabaran kali ni aku rasa puas lebih sebab aku dapat rasa kesan kekejangan otot-otot peha aku sebanyak 7 kali dan dua kali yang aku dah tak malu untuk jerit jer sakit ( sebab tak cukup persediaan ).... pada masa tu ada juga terbit perasaan mungkin kali ni aku kena mengalah.... namun aku kuatkan juga semangat dan yakin aku boleh menamatkan kayuhan kali ini dan alhamdulillah akhirnya aku berjaya...

Cabaran MTB ni kalau siapa pernah berkayuh dia tau la... kalau setakat dengar-dengar cerita saja belum cukup merasai perasaan duduk atas MTB turun dan naik.... tapi kebaikannya banyak juga yang insyaallah jika diizinkannya kita akan beroleh... kawan-kawan yang ada lelah dah pulih, yang ada kencing manis dah semakin baik..., yang ada darah tinggi semakin baik...(sangat terkawal)... yang obessiti dah tak obessiti.... dan aku rasa gembira dengan perkembangan ini dan pencapaian/perubahan yang dialami rakan-rakan... ini juga menguatkan lagi keyakinan bahawa aktiviti/hobi ini bukan suatu pembaziran atau yang sia-sia... sedikit pelaburan untuk mendapat lebih kepuasan rasanya berbaloi dengan kesan diperolehi... bukan apa aku nak menyeru kepada rakan-rakan untuk ramai-ramai mengikuti aktiviti yang sihat ini.... tak da alasan aku dah berumur dan lain-lain... kat BM MTB ramai yang aku jumpa org-org dah berumur... juga sama-sama berkayuh... habis tak habis lain cerita... yang penting depa kayuh sama dan ikut kemampuan setakat yang boleh... kepada rakan-rakan dari salak, ipoh dan seri iskandar ... tahniah kerana kita sama-sama berjaya mengambil bahagian... semoga berjumpa lagi...

rakan radio yang juga photografer 9w2rfd


bersama blogger ZamArjuna...


dan lagi satu sebagai bonus semalam aku telah ditakdirkan dapat bertemumata dengan blogger arjuna aka ZamArjuna dan juga rakan radio yang main kamera juga iaitu 9w2RFD....hehe jangan marah bang x-ray.... aku jumpa dulu.... memang kelas kerja kamera ZamArjuna&9w2RFD ni...kamera diorang kelas... orangnya pun kelas... friendly... tak sombong... Tq ZamArjuna sebab belanja minum.... lain kali kita jumpa bleh la aku nak ambik tip2 pasal kamera... semalam letih gila... memang cunlah foto2 yang dirakam Zam dan Rafidi (kalau salah harap betulkan)... lebih-lebih lagi gmbr2 model2 tu hehe... ada kelas....
Wassalam....
barilaan...


Jumaat, 9 Oktober 2009

GOLEK DAN TERGOLEK

singlet kambin ni pun tak bukak lagi ni....

tu dia yang sekok ada yg kerat-kerat pun ada... nyam! nyam!...

Aduhai dua tiga hari ni agak payah nak kontrol makan.... mana taknya asyik ada ja jamuan hari raya... rasanya kekurangan dalam bulan puasa yang telah aku buat dah nak kambus dah dengan kelebihan dalam bulan syawal ni hehe.... ni namanya aku manusia biasa...


Jangan salah faham pulak akan apa kekurangan dan kelebihan yang aku katakan... tak lain tak bukan maksud aku lemak berkrim dalam makanan... kolestrol... dan macam-macam lagi.... Adussss!.... malam ni lagi satu keraian dengan menu yang sangat mencabar iman.... KAMBIN GOLEK.... pergh.... macam mana aku nak alihkan laluan selera aku dengan adanya menu macam ni.... apa-apa pun selalunya bila sampai masanya nafsu akan bisik kat kita ... alah! makan jer dulu... bukan selalu ada.... lepas ni kita eksesais ler.... sayang rezeki... jangan tak tolak, kalau tak tolak tak masuk dalam rengkung.... hehehe...


Apa-apa pun aku muatkan dulu gambak KAMBIN yang tengah difrost ni... nnti esok2 aku buh pulak gambak dia tengah tergolek..... fuhhh... nyam..nyam...


Wassalam.... Barilaan...

Khamis, 8 Oktober 2009

LAGI POLITIK

Bagi aku rasanya lebih senang aku membicarakan ( bukan bicara kat mahkamah tu) tentang perihal kehidupan ni ( pasal politiklah ) dalam bentuk yang begini... bersahaja, santai... ringan-ringan...ish!.. bukan ringan-ringan yang tu tu... tapi ringan tak buat kepala otak serabut walau mungkin gaya penulisan aku agak kelam kabut.... apa yang penting!!.... bukan kerjasama ( cam wonder pet tu)... sebab dalam hal politik ni agak susah nak dapat kerjasama kecuali ada ehem..ehem.. bagi yang suka ehem...ehem dan banyak ehem... ehem... politik ehem...ehem... ni politik cari makan... cakap pasal politik cari makan ni... pada aku ada dua golongan.
Yang pertama dia kena ehem...ehem...supaya nampak macam ehem...ehem sebab nak cari makan... kena bergerak... kalau tak gerak... tak makan... tetapi pada dasar dan prinsip fahamannya adalah berbeza dengan apa yang kita pandang diluaran. Orang putih kata 'playsafe' (dengan izin) melayu kata mainselamat. Orang dalam kumpulan ni raaaaaamai.....(kata gaya mcm ahlil nujum) sebab keadaan berpolitik ditempat kita ni yang tidak betul2 terbuka... banyak tersekat dan melekat, kena jaga jugak kepentingan hidup seharian... cam aku kata tadi la...cari makan...tak gerak...tak makan...
Yang kedua adalah golongan yang terus terang.... tanpa selindung... yang ni pun raaaaamai juga .... tapi kebanyakkannya ... ghojer sendiri le yop.... sebab mereka boleh dikatakan bebas... kurang tersekat dan melekat... tapi bebas pun tak sebebas mana sebab ada benda lain lagi yang sentiasa jaga dan sedia untuk menerkam rakus kalau salah langkah.... bukan bermakna mereka ni tak perlukan ehem...ehem.. tapi mereka ni bersumberkan ehem...ehem... sendiri.... sama gak kena gerak gak... kalau tak gerak... tak makan gak...
Ada banyak lagi lapisan dan bentuk golongan manusia ni berpolitik, ni baru yang pertama dalam rangkai kata ahlil nujum yang lawan pak belalang.... satu.... baaaaaanyak.... belum lagi yang dua .... sikit..sikit.... yang ketiga .... jaghang...jaghang.... dan yang paling best ... yang ke empat ...(baca ni buat gaya tangan kena buat sekali cam ahlil nujum tu...) kad..dang.... kad..dang.... (hahaa baru syok sekali dengan gaya tangan).
Politik pada aku adalah seni dalam kehidupan. Bukan setakat berpolitik untuk berkuasa memerintah sahaja tetapi seluruh kehidupan ini ada nilai dan seni politiknya. Politik bagi aku juga saling berkait dengan agama. Dalam berpolitik harus ada agama dan dalam agama juga ada politik ( bukan berpolitik)... Agama dan politik tak boleh dipisahkan sebab kedua-duanya saling berkait dengan kehidupan.... so macam mana kita boleh nak pisahkan...? Hidup kita menuju mati... mati itu satu perjalanan ke akhirat... kita dah diajar... apa yang kita buat sekarang... akan dipersoal diakhirat nanti... so!.. tang ruang mana yang kita boleh berpolitik tanpa memikirkan kesannya kepada diri kita diakhirat nanti( berkait agama la ni)... tak dak!... tak dak ruang langsung bagi kita nak kata ini hal dunia sahaja... tak dak kena mengena dengan akhirat... sedangkan ada ayat yang selalu kita dengar Allah itu akan menghitung/nilai setiap amal kebaikan mahupun kejahatan dari sekecil-kecil zarah..... zarah tu perlambangan pandangan yang cukup kecil dah tu.... mata kasar tak boleh nampak... semua akan diperhitungkan didepan Allah swt kelak... jadi disini kita kenalah prihatin banyak bukan sikit... kena faham banyak bukan sikit... ( bukanlah bermaksud aku ni terlalu faham sangat, kita sama-sama cuba belajar dan memahami situasi) hidup disini untuk buat bekal hidup diSANA kelak yang kekal abadi... tak yah politik-politik masa tu....
Ringkas ceritanya dalam politik (seni kehidupan) kena ada agama... dan dalam agama juga ada politik... sebab kita masih bernyawa... kalau dah tak bernyawa... barulah tamat riwayat politik kita...
Meminjam kata-kata duniaku... maaf jika kita tidak sependapat...tapi inilah pandanganku... dan sememangnya kita dijadikan berbeza-beza agar kita boleh berbicara.... berbicara untuk bercambah fikiran... mengasah minda disamping bergumbira... seronok gak cita bab ni... selang seli la dengan topik lain kalau ada... barulah hidup kita berwarna warni... TAPI!... biarlah berwarna warni luar dan dalam... jangan kat luar ja berwarna warni tapi kat dalam sentiasa hitam... wah!... bicara politik lagi... aku dah kata... selagi kita hidup selagi tu kita berpolitik... paling penting kita kena jaga politik kita untuk menuju kehidupan yang kekal abadi ( bukan adabi) fikir-fikirkan lah... yang baik datang dari Allah ... yang lemah dan silap tu datangnya dari kelemahan aku... 73... rumpa...dan rumpa lagi....
Wassalam..... Barilaan...

Rabu, 7 Oktober 2009

POLITIK DISISIKU

Pada sisi aku la politik ni ada dalam setiap ruang kehidupan. Ishh!!... sebelum aku mula lebih dalam kupasan aku pada tajuk yang agak serius ni... sebenarnya aku memenuhi permintaan rakanku ....siDuniaku untuk lihat politik pada sisi aku. Baiklah kita sambung balik...
Seperti ayat pertamaku di atas hidup kita ni segenap ruang dan sejak kita kecil sekecil2nya kita sudah berpolitik. Masa kecik.. perut lapar kita nangis..... nak makan... politiklah tu... bila dah besar sikit demam sekepoi buat-buat segantang sebab nak sesuatu ( sbg contoh nak makan sedap2)... politiklah tu... nak kena bersunat... letak syarat...nak itu ini... politik lah tu... disudut ibubapa pula depa pun main politik kat kita iaitu kalau dapat pencapaian terbaik dalam peperiksaan mereka akan beri sesuatu sebagai ganjaran.... politiklah tu... dan sekarang perkara ni kita recycle pula kat anak-anak kita dan kita sendiri seronok tengok keletah anak-anak kita berpolitik semacam yang kita buat suatu masa dahulu....tapi.....
Nampak sekarang ni budak-budak dah ada 'advance' ( dgn izin ) haha mcm dalam dewan rakyat pulak... politiklah ni... hehehe... bak kata satu iklan kat tv " Zaman dah berubah..dunia dah makin maju..." ... "kalau berjalan mesti kedepan, bukan kebelakang... (aku tambah sikit)...masa berjalan mata mau bukak dan sama lihat kedepan sebab zaman sekarang ramai yang aku jumpa orang bergerak kedepan (dgn motor/kereta) tapi mata tengok kelain... tu yang nak jadi eksiden tak tentu hala tu...ayat-ayat ni pun penuh dengan politik dan maksud tersirat...
Berbalik semula pada kisah budak-budak sekarang yang lebih terdedah dan banyak pendedahan... maklumlah zaman IT serba canggih dan segera... corak politik mereka kepada kita juga dah berubah... sekarang bukan zaman budak-budak boleh kena gempak dan gertak tak tentu hala.... nanti ditanya nya balik kenapa kita gempak dan gertak depa semacam itu.... hah... kena kita... politik siapa yang mempolitik siapa hehehe...
Sekarang zaman kanak-kanak yang nak tahu itu dan ini tanpa ada rasa takut.... mereka akan bertanya macam-macam.... adakah kita nak jawab dengan cara berpolitik orang-orang tua zaman kita budak-budak dulu... jawapan standard dulu-dulu... hish! hang budak-budak lagi mana hang tau dan tak perlu hang tau.... ini hal orang tua-tua.... hampa duduk diam-diam... hish!!.... malulah... tak boleh cakap pasal tu... sampai masa nanti hampa tau la.... tula rupa jawapan standard dulu-dulu.... kita pun masa tu akur dan diam, walau pun dalam kepala terus bersarang berbagai persoalan.
Zaman sekarang? minta mahaf la... nak bagi jawapan stail dulu-dulu... sebaik-baiknya kita kena jawab segala persoalan agar kita lebih mengetahui secara mendalam apa persoalan dan kemahuan mereka , dan dengan ini kita dan mereka akan sentiasa bersama.... mereka tak akan jauh dari kita... kalau kita tak jawab, atau jawaban kita tu dirasakan tak berapa logik diakal mereka.... maka mereka akan mencari sendiri jawapan ditempat lain... sebagai contoh di internet dan sebagainya.... Inilah yang aku nak perkatakan tentang politik disisi aku...
Sebagai pembuka kalam bab ini... aku rasa, korang para pembaca/pengunjung blog ini boleh faham kot apa yang aku coretkan....
Ni baru kisah politik zaman kanak-kanak... terlalu banyak politik yang dah bermula dizaman itu... politik ngelat tak pi ngaji.... politik bila gagal ujian....politik balik lambat (main petang)... politik nak kasut baru.... politik tak nak ikut orang tua pi rumah sedara.... politik dengan atuk dan nenek lagilah... panjang berjela...
Seterusnya nanti aku akan sambung lagi kupasan bab ini... itu pun kalau ada yang sudi untuk terus membaca dan mengulas.... nantikan sambungan bab politik ni wassalam...
Barilaan...
*p/s : bacalah tanpa prejudis dan dengan fikiran terbuka...

Selasa, 6 Oktober 2009

CUBA TRY TEST...


Aku ibarat nak buat susah, tak buat pun susah... mcm mana nak buat contoh utk anak didik... klu aku tak cuba buat... jd redah je lah... tak dak pendidikan formal bidang ni... sekadar sedikit bakat anugerah ilahi ini... syukur alhamdulillah...

He he pening aku dibuatnya memikirkan apa nak diterbitkan... kebetulan aku sedang buat lukisan ni... bukan pro dan bukan juga prosak sebab aku buat kerja aku, aku tak buat kerja orang....

Jumaat, 2 Oktober 2009

GERAM, RADANG !!!


Geram dan radang tengokkan beskal ni... apa nak buat jd rezeki mata ja... ada kawan-kawan pakai tumpang seronok...








Khamis, 1 Oktober 2009

TRAINNING

segak bergaya, maintain cinta aku pada beska ni...

BM awas kehadiran akudanbeskaku...

Bersama teman-teman sejati kayuhan...


tangkap lentok lah pulak vic n macGary


Setelah lama bercuti dari aktiviti berkayuh akhirnya aku dan teman-teman dapat memulakan latihan berkayuh. Routenya Tesco-Bukit Lakeview-bukit Doremon-Bukit Telekom-Bukit larut-taman tasik- Tesco... alhamdulillah... tak pecah dada dan rengkung walau pun masa mendaki bukit lakeview terutamanya rasa panas macam nak pecah...
Bukan susah tapi sebab lama rehat, tak kayuh mendaki bukit-bukit tu....