BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 8 Januari 2010

KENAPA DIBIAR.....

Kenapa dibiar budak-budak tu main api. Kenapa tak cegah ja awal-awal. Sebagai MAKBAPAK yang bertanggungjawab sepanjang masa sepatutnya sorok la alat-alat untuk menyalakan api seperti mancis, lighter dan yang seumpamanya... sorok la bahan-bahan mudah terbakar seperti petrol, minyak gas, spirit dan bahan-bahan seumpamanya... Jangan sampai dijumpai oleh budak-budak tu...
Sebelum ni masih aku ingat kecekapan MAKBAPAK membendung anak-anak dari cuba bermain walau pun bukan api... tapi kali ni nampak macam sengaja dibiar jer.... dah tak sayang anak ker? atau dah tak sayang rumah? kalau habis terbakar nanti kan susah... ingat api semasa kecil boleh buat kawan... kalau dah besar dia melawan malah membunuh kita....

4 ulasan:

  1. api...kecilnya cili api..besarnya boleh jadi arang...hangus..tinggal abu..akhirkata:JANGAN MAIN API! tapi org suka main api ma...anak kecil main api..terbakar hatinya yang sepi...

    BalasPadam
  2. agaknya tak bagi anak tu tau betapa panas nya api. dah larang pun buat juga (larang dengan mulut la, kalau larang dengan tali pingang mgkin dah tak main)

    BalasPadam
  3. Bravo> ya tak ya aku lupa bahawa ada anak kecil yang suka main api lalu terbakar hatinya yang sepi... mungkin sebab kesepian hatinya sebab makin hari dah makin tak dak kawan dan tak dak sapa nak bekawan jadi hatinya betul2 sepi maka lalu ia bermainlah ia akan api itu yang tidak diketahui akan ia bahawa ianya akan membakar yang tak mudah dipadam....tu anak kecil oiii... cuba buat perangai elok2, dengar cakap orang, jgn degil, berlagak sombong, rasa baguih sangat... tak dak la kawan-kawan lari ... yg belum kawan takut nak datang bekawan.... hik hik hik...cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar...

    BalasPadam
  4. Xray> anak kecil yang degil bang xray.... memang tali pinggang ja jawab nyer... satu lg hg jgn lupa dulu2 orang selalu kata tibai dengan kayu api.... api lagi.... apa2 pun bak kata karam singh walia.... terbakar rumah nampak asapnya... terbakar hati siapa yang tahu.... he he.... kalau takut terbakar jangan membakar....

    BalasPadam