BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 8 Januari 2010

KADAR TOL BARU AKAN DIUMUMKAN SEDIKIT MASA LAGI...

Nah ini merupakan satu lagi berita yang baik dan peluang untuk kita menunjukkan kesetiaan menyokong dan membantu negara yang sedang dalam kesusahan... rasa-rasanya pengumuman tu mesti akan naik.... dah tak ada lagi pengumuman turun sejak sekian lama. Kegawatan kali ni nampaknya maha hebat dimana satu persatu pengumuman kenaikan akan dibuat... Macam biasalah nanti bila dah diumumkan kesan berangkai akan dirasai disemua segi kehidupan...dan yang lebih pasti nanti kenaikan masih tidak membebankan dan adalah pada kadar yang minima dan mampu dibayar. Itu memang betul dan sentiasa betul untuk sepanjang zaman. Oleh itu berusahalah kita menjana enjin tambahan untuk menghadapi semua ini yang tak dak kuasa untuk kita menahannya.
Gula dah naik, roti dah naik, tol akan naik, elektrik akan naik, minyak akan naik... pendek kata semua naik so jangan ada siapa2 nak naik angin marah atau tak puashati kerana benih yang ditanam dulu sedang dituai hasilnya sekarang... toksah salahkan orang.... salahkan diri sendiri... tapi pesan aku pada yang merasakan hidupnya masih stabil hari ini... bersedialah awal untuk menghadapi kemungkinan kestabilan anda akan goyah dimasa mendatang...

1 ulasan: