BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 31 Ogos 2010

Bagaimana nak berSATU...?

Bagaimana nak bersatu jika setiap hari kita dimomokkan dengan syak wasangka melampau. Kita seolah diminta berburuk sangka antara satu sama lain. Kenapa tidak dibesar-besarkan perkara berbaik sangka. Generasi keliru akan terus terkeliru dengan situasi seperti ini.....
Aduh !! lain diseru lain dibuat.... Untuk berjaya dan dihormati kita mesti bersatu hati dalam erti kata yang sebenar... dalam hal ini siapa yang lebih realistik ? siapa yang plastik?
Adalah diharapkan jangan dibesar-besarkan perkara yang tidak perlu dibesarkan... sedang ada banyak perkara besar dan penting yang jauh lebih menguntung semua yang boleh kita berkongsi perkembangannya. Didiklah masyarakat dengan cara menghargai mindanya... Kebertanggungjawaban ini amat berat untuk dijawab di akhirat kelak. Jika pokok boleh dibonsaikan akan tetapi usia yang sedang memamah diri tidak boleh dihentikan. Liang lahad semakin hampir. Segala yang ada akan ditinggalkan....
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami seluruhnya.... Engkau kurniakanlah cahayamu agar hati-hati yang gelap kembali bersinar.Sesungguhnya kami amat lemah.... hanya kepada-Mu kami berserah kerana sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buat kami.
Amin ya rabbalalamin....

Isnin, 30 Ogos 2010

MARI BERFIKIR : SIAPA LEBIH MENCEMAR ?

Semenjak dua menjak ni asyik riuh dan tak habis-habis kisah orang bukan islam dikatakan mencemarkan masjid (islam). Apakah pencemaran itu ? Rasanya dah lama orang-orang bukan islam berkunjung ke masjid-masjid untuk membuat lawatan, terutamanya masjid-masjid hebat dan serba indah di sekitar ibu kota dan Putrajaya. Tak ada apa-apa isu pun. Pihak berwajib juga telah meletakkan garis panduan tatacara untuk mereka (orang bukan islam) melawat masjid. Itu sesuatu yang baik, sekurang-kurang mereka boleh mendekati islam dengan membuat lawatan ke masjid-masjid. Kita pula dapat membuktikan islam itu bersifat terbuka, namun masih dalam lunas-lunas garis panduan adap sopan sebagai menghormati masjid sebagai tempat suci dan beribadah kepada orang islam.
Berada di masjid (dalam masjid) sesiapa jua haruslah dalam keadaan menutup aurat. Jika ada rakan bukan islam ingin memasuki kita haruslah menasihati agar mereka turut menutup aurat. Mereka harus dibimbing sebab mereka tidak tahu tentang aurat di dalam islam. Kita bersalah jika tidak membimbing mereka mengikut tatacara berada di dalam masjid. Secara tidak sengaja mereka tidak tahu dan tidak ada bimbingan... bolehkah dikatakan mereka mencemarkan masjid ? Memang mereka kelihatan bersalah tetapi bagaimana kesalahan itu berlaku harus dilihat terlebih dahulu. Mereka tidak masuk secara menyerang (curi-curi), melulu, kurang ajar, menghina, mencerca dan sebagainya yang terang nyata mencemarkan maruah islam dan masjid. Mereka masuk secara dijemput dan bersopan... cumanya berlaku perbuatan tidak menutup aurat sahaja.
Persoalan disini untuk kita berfikir ialah orang bukan islam yang tidak tahu hukum, tatacara islam bila berada di dalam masjid, dikatakan menghina/mencemarkan masjid..... bagaimana pula jika seseorang yang beragama islam berada didalam masjid, berkeadaan tidak menutup aurat? Orang bukan islam kita kata mereka mencemar/menghina masjid, orang islam yang tak tutup aurat ? apa kelasnya ? Apakah ada hukum dalam islam yang mengecualikan umatnya menutup aurat di dalam masjid? Sudah tentu tidak ada... diluar masjid/dimana sahaja kita dituntut menutup aurat... apatah lagi di dalam masjid...
Marilah kita berfikir secara rasional dan waras akan situasi ini. Kita jangan emosi tak tentu hala. Hebatkah islam kita setakat riuh rendah menuding jari salah menyalah sedangkan secara terang-terang kita sendiri dalam keadaan bersalah ? Fikir-fikirkanlah...

Ahad, 15 Ogos 2010

MAAFKAN AKU...KAWAN

Setelah agak lama jiwa dan kepala otak telah menjadi tenang kelmarin kembali ia menjadi bergelora. Perasaan membengkak, fikiran bercelaru. Walau aku cuba memujuk hati tetapi tetap resah mengharungi hari mendatang kerana kita bakal ketemu jua.

MAAFKAN AKU KAWAN,
AKU TAK BISA MENURUTI KEMAHUAN KALIAN,
AKU SEDAR AKAN HAK KALIAN,
NAMUN AKU JUGA BERHAK DENGAN DIRIKU,
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHUKU MEMIKULNYA,

WALAU APA PUN PERSEPSI KALIAN,
AKANKU PERJUANGKAN JUGA NASIBKU INI,
KERNA AKU BERSEORANGAN,
PAHIT MANIS GELORA MEMBADAI,
NAMUN KUHARUNG KUHARUNG JUA,

LANGKAH INI SEKARANG AMAT TERASA BERATNYA,
BILA KU SEDAR KITA TAK LAGI SEHALUAN,
NAMUN APAKAN DAYA,
AKU HANYA INSAN BIASA,
APA PUN TERJADI...
PADAKU KITA TETAP KAWAN,

BERDOA DAN MENERUSKAN LANGKAH KE HADAPAN,
MOGA ADA SINAR HARAPAN,
HANYA BERBEKALKAN SEMANGAT DAN KEYAKINAN,
KESABARAN INI BUKAN SESUATU YANG SIA-SIA,

APA PUN TERJADI AKU REDHA,
MAHU DITANGISI AKU REDHA,
MAHU DITERTAWA AKU REDHA,
KERANA AKU YAKIN DENGAN DIRIKU,
YAKIN DENGAN PILIHANKU,
MAAFKAN AKU KAWAN,
MEMAHAMI ATAU TIDAK AKU REDHA,
BERSAMA ATAU TIDAK AKU REDHA,

MUNGKIN INILAH SURATAN TAKDIR HIDUPKU,
KUTANGISI PUN BEGITULAH JUA,
PESANKU PADA DIRIKU,
TABAH, CEKAL, YAKIN DAN SABAR,
AKU SANGAT PASTI...KERNA.... AKU AKULAH JUA....

Rabu, 11 Ogos 2010

TORTILA - buat sendiri la...

TORTILA... sejenis lempeng jer sebenarnya... tapi namanya membuatkan macam special jer... Hampa perasan ka tortila ni... ala yg selalu makanan segera ayam goreng dok promote kat tv tu... kali ni aku nak kongsi cara nak buat sendiri tortila. Senang jer n tak cerewet. Kalau kita kreatif kita boleh pelbagaikan bentuk, bahan dan rasa tortila ni... Ok! antara bahan yg perlu :
1. Tepung gandum berzat/vitamin ( byk sukatan ikut kemahuan anda)
2. lemak sayuran
3. baking powder
4. garam secukup rasa.
5. air suam

Cara-cara (ikut cara aku buat ) :
tepung aku senduk lebih kurang 10 senduk.
lemak sayuran 2 sudu besar
baking powder 2 sudu teh
garam bancuh dgn air suam ( 2 gelas)

gaulkan semua bahan..uli sampai sebati dan jadi doh yang cantik ( tak lembik tak keras)
setelah itu biarkan selama 20-30 minit.
setelah 30 minit buatkan ketul-ketul kecil (mcm nak buat roti canai) saiz ikut suka.
ketulan doh tadi sudah sedia untu digelek dgn penggelek. ( gunakan serbuk tepung utk memudahkan kerja menggelek)
siap sediakan kuali (non stick dryfan) ka apa ka nama dia dengan panas yg secukupnya
letakkan doh yg dah dicanai tadi. alih-alihkan sehingga kedua-dua belah tortila anda masak.
kalau nak lebih rangup boleh la lama sikit tetapi kesannya ia akan jadi lebih keras.
kalau tak nak keras... bakar seadanya sahaja.
maka jadilah tortila yg dimake by your own...
selamat mencuba...
hintinya.... coming soon... next entry.... tu pun klu ada yg minat nak tahu...
chow...wey...