BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 28 Januari 2010

HAHAHA... MENANG LAGI!!!! JANGAN JELES....

The power is power, the best always the best, the champions standing champions.... GLORY! GLORY! MAN UTD... hahaha... puashati aku... tapi macam mana pun MAN CITY mmg bagus juga.... mencemaskan ... namun akhir kemenangan itu berpihak kepada yang lebih layak...HOHO GLORY! GLORY! MAN UTD.... HO HO HO .....

Isnin, 25 Januari 2010

TOLONG !!! TOLONG........

Tolooooooooonnnnnnggggggggg!!! ( sayup2).... toloooooooonnnnnnnnnngggggggg!! (sayup2 bunyinya).... hehe... apa pulak dah... ni? sapa yang minta tolong? nak tolong apa?....
Tolonggggg....( dah makin dekat suara tu).... haha.... masa dengak tang sayup2 tadi macam puteri buluh betong ( cerita laksa!!mana? DOREMI) minta tolong.... rupa-rupanya suara hati hati aku sendiri yang menjerit minta tolong.... apa pulak ni? pertolongan apa yang diminta oleh hati aku ni....? ooooooo!!! dia minta aku coretkan dilaman ini untuk minta tolong pada anda semua para sahabatku yang budiman dan sering saja mengikuti blog ini untuk sama-sama kita membaiki kesilapan yang sering kita lakukan selama ini sama ada sedar atau tak sedar... Aku akui aku sendiri banyak sangat, sangat, sangat kelemahan sebelum ini dan ketika ini pun masih ada lagi.... tetapi sejauh mana kita sedar kelemahan yang kita buat... jadi kalau tak sedar apa kelemahan dan kesilapan itu, macam mana kita nak buat perubahan.... ya tak ya jugak yek!...
So ada banyak benda yang tak berapa betul yang sering jadi kebiasaan kita buat. Benda paling simple ialah mulut kita.... mulut kita sering mengucapkan sesuatu yang negatif tentang diri kita sendiri... ini bermakna!! kita sendiri yang menegatifkan diri kita... sebagai contoh.... ayat-ayat popular....teng.. teng.. teng.... hishhh..!! aku ni mana ada masa...!! aku mana ada duit...!! aku tak boleh la nak ubah diri aku...!! hidup aku memang dah ditakdirkan jadi macam ni...!!! buatlah apa pun... aku tau diri aku... aku tak akan berjaya...!!! aku memang tak boleh kena hujan sikit pun.. kalau kena mesti aku demam... dan ada macam-macam lagi ayat-ayat perisai diri yang menggunakan akal untuk ditanam dalam diri kita bahawa kehidupan kita memang sangat-sangat-sangat-sangat terbatas...
percakapan kita... pemikiran kita yang seperti ini seolah-olah satu doa atau tarikan negatif yang akan terus membelenggu kita agar ketakutan untuk berubah.... ketakutan untuk mencuba.... ketakutan untuk berfikir bahawa kita juga boleh buat sebagaimana orang lain yang berjaya dalam hidupnya buat.... kalau kita tak boleh sehebat mereka sekurang-kurangnya kita telah mencuba dan terus mencuba untuk berjaya seperti mereka.... sedikit perubahan yang kita capai setelah mula berusaha... sudah dikira satu kejayaan kita mengubah belenggu minda kita walau hanya dengansatu 'esotan'...( org utara kata mengesot..)
Perubahan perlu kita buat dengan menukarkan tarikan negatif ini kepada tarikan positif... biar belum mampu menjadi, melaku, mempunyai, memiliki atau apa sahaja... tapi dengan kita mengubah mindset kita... percakapan kita... insyaallah dari segi perlakuannya untuk membuat perubahan akan menyusul... kita tak akan rasa sakit kepala nak demam lagi jika kena hujan sedikit pun... kita tak akan berasa selalu dalam kesusahan lagi.... hidup semakin lebih sempurna, lebih baik... keceriaan akan lebih terserlah.... semua ini dengan keizinan Allah sebab kita sentiasa jaga 'connection' denganNYA akan berlaku .... hari-hari yang mendatang sentiasa kita rasa menceriakan kerana aura-aura positif sudah mula menyelubungi kita.... insyaallah.... bermulalah dengan langkah yang pertama untuk hayunan langkah yang seterusnya... hidup ini terlalu indah sebenarnya untuk kita rosakkan dengan aura yg negatif....

Khamis, 21 Januari 2010

GURU/CIKGU BUKAN SUPERMAN

Bila ditahap nak melaksanakan amanah, tanggungjawab, harapan dan sebagainya orang yang memegang watak GURU/CIKGU ini biasanya diperlakukan atau perlu berlaku seperti seorang SUPERMAN/SUPERWOMEN... sebesar2 mana pun tanggungjawab orang lain dalam pekerjaannya tidak sebesar tanggungjawab seorang GURU/CIKGU. Bayangkanlah seorang anak seawal usia 4,5 tahun sudah dihantar ke pra sekolah dan seterusnya ke sekolah rendah dan menengah sebelum melanggah ke IPT2 yang banyak macam cendawan tumbuh di negara ini. Disekolah seorang manusia ingin dibentuk menjadi seorang manusia yang terbaik. Ibubapa kat rumah tak mampu nak bentuk anak sendiri dan mau tak mau mesti hantar anak ke sekolah. Membentuk jiwa manusia yang berakhlak, seimbang, rasional dan berjaya...WOW!! hampa ingat senang ka?... kat rumah bela anak 3, 4 orang pun dah mengeluh....

Bidang kerja lain... membentuk mesin, jaga kawasan, dan macam2 lagi tidak sebesar amanah membentuk dan menjaga manusia. Lantaran itu harapan yang tinggi diletakkan pada bahu setiap orang yang dipanggil GURU/CIKGU... Selain mengajar guru juga diarahkan untuk menjadi jurulatih, guru pengiring, pemantau dan lain-lain kerja yang sebenarnya banyak terdedah kepada risiko yang sentiasa tinggi. Maklumlah yang diuruskan adalah nyawa dan jiwa...insan. Dengan kadar gaji yang dikirakan berbanding tanggungjawab adalah sangat rendah... tetapi tanggungjawabnya tinggi mengunung... GURU/CIKGU bukan SUPERMAN/WOMEN yang berkuasa untuk melaksanakan tanggungjawab sesempurnanya tanpa rasa penat lelah dan tanpa melakukan kesilapan...
Ringkas cerita GURU/CIKGU BUKAN SUPERMAN/WOMEN boleh disuruh buat itu ini, jadi apa-apa pada diri sendiri itu pengorbanan GURU/CIKGU yang semestinya dilakukannya....

Rabu, 20 Januari 2010

UBAH HIDUP...HIDUP BERUBAH


UBAH HIDUP - kita dengan segala daya usaha mengubah hidup kita... biarlah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.... tak kira dalam apa segi atau sudut kehidupan.

HIDUP BERUBAH - berlaku mungkin tanpa daya usaha.... kita mengikut arus yang membadai... ada juga yang berlaku setelah dia berusaha mengUBAH keHIDUPannya...

dialam yang serba indah ini Allah sediakan ruang seluas-luasnya untuk kita berjalan, berlari atau apa sahaja caranya kita mencapai keperluan dan keinginan kita dan keluarga kita yang tercinta...

UBAHLAH HIDUP AGAR HIDUP BERUBAH.....

TERDESAK TERSEDAK


Haha dua perkataan yang sangat hampir sama tetapi membawa maksud yang sangat jelas berbeza. TERDESAK biasa kita dengar dan biasa juga kita guna. TERSEDAK kita tak boleh guna tapi kadang-kadang terjadi kepada kita ketika sedang makan atau minum.... tapi ada banyak juga sebab musababnya terjadi TERSEDAK tu.

Menyentuh tentang TERDESAK ni zaman sekarang terutamanya TERDESAK berlaku setiap saat dan ketika... cumanya ia berlaku dalam situasi dan pada individu berbeza.Seorang pemilik harta jika TERDESAK mungkin dia akan jual hartanya dengan harga yang paling minima yang dia mampu beri dan dimasa inilah sipembeli menekan untuk mendapat harga yang terendah...maklumlah sipenjual dah TERDESAK.... Sipenjual jadi TERDESAK mungkin sebab penyakit ciptaannya sendiri atau iklim persekitaran yang tidak lagi menyebelahinya....

TERDESAK seorang pencuri mungkin terpaksa membunuh, tak kira siapa yang dia bunuh, keluarga sendiri? jiran tetangga ? atau orang yang langsung tak dikenali... (sekarang hampir setiap hari ada orang mem dan dibunuh)....TERDESAK seorang penagih lebih kurang sama dengan TERDESAK seorang pencuri...

TERDESAK KITA? adakah kita tika ini sudah dalam keadaan terdesak....belum? masih selesa....ooooo... Harapnya jangan sampai ada dikalangan kita melakukan perkara negatif yang boleh membawa kepada natijah yang lebih memburukkan keadaan. Ada orang TERDESAK hingga sanggup melakukan kerja-kerja salah seperti mengedar dadah, mencuri, mencolek dan pelbagai perbuatan jenayah yang jelas salah hukumnya didunia lebih-lebih lagi diakhirat nanti. Tekanan hidup memang membawa bersamanya desakan... jadi bagaimana kita hendak menangani desakan itu... paling asas kita perlu menghadapi desakan hidup ini dengan fikiran yang positif yang akhirnya akan mengeluarkan keputusan yang positif dalam tindakan dan insyaallah hasilnya juga positif.... kekuatan minda berfikir secara positif inilah yang sukar ada dalam diri setiap orang yang TERDESAK.... mungkin mereka tidak bertindak negatif pada awalnya tetapi merintih tanpa mencari jalan keluar akan menyebabkan tekanan yang lebih dahsyat....
Arah aliran kehidupan kini sangat nyata tidak lagi akan menyebelahi kita yang berfikiran negatif... orang yang terus berfikiran negatif akan tinggal kekeringan bak sepohon pokok yang semakin layu, akhirnya habis daunnya berguguran meninggalkan ranting yang rapuh kekeringan... Begitulah halnya dengan TERDESAK....
TERSEDAK kah mereka-mereka yang memegang amanah menjaga hak-hak kita? Setiap dari kita sering saja mengeluh dengan keadaan TERDESAK... akan tetapi TERSEDAK kah jiwa-jiwa sang juara dimata itu dengan keperitan hidup hari ini... Kita sering kali bila sedang makan atau minum dan TERSEDAK maka kita akan kata " ada orang ingat kat aku"... hehe... selalunya golongan marhain ni teringat kat orang-orang harapan di sana nun... tapi mereka macam tak ingat kat simarhain ni pun....
TERDESAK tetap TERDESAK... TERSEDAK tak juga TERSEDAK.... apa nak buat.... fikir secara positif , cari jalan positif, bergaul dengan orang-orang yang positif agar seperit mana pun hidup kita kita masih boleh melihat ada jalan untuk mencari penyelesaian masalah kita...
Dah lama tunggu orang tak juga TERSEDAK... so tunggu peluang agak-agak dia dah pulak jadi TERDESAK maka masa tu baru dia nak TERSEDAK maka kita stand by ramai-ramai kat belakang dia untuk tepuk kuat-kuat supaya dia boleh keluarkan semua yang dia TERSEDAK.....

Isnin, 18 Januari 2010

NASIB BAIK DIA MATI, KALAU TAK,.. MATI DIA....

Malang sungguhlah nasib seorang yang bergelar guru disebuah sekolah di P.Pinang yang terkorban ketika gigih melatih para pelajarnya... Akan tetapi setelah berlakunya kes ini segala jasa baik mendiang guru berkenaan pasti terkubur bersama jasadnya. Dia dilihat bersalah dan kerana itulah tajuk N3 aku NASIB BAIK DIA MATI, KALAU TAK,.... MATI DIA... NAK JAWAB... sepanjang hidupnya pasti dia akan dipersalahkan, kena jawab sendiri semua persoalan, saman akan datang keliling pinggang... dan mungkin lebih teruk juga guru berkenaan mungkin akan SAKIT JIWA... turun melatih mungkin secara sukarela, mahu membentuk disiplin, keyakinan, kerjasama dan pelbagai lagi aura2 positif pada jatidiri setiap pelajar asuhannya dalam latihan kayuhan perahu naga tersebut tanpa memikirkan kemungkinan malang yang bakal menimpa.... nah akhirnya yang tidak diingini berlaku jua....pasukan ini mungkin bukan yang pertama dilatihnya.... mungkin sebelum ini dah banyak pasukan-pasukan hebat yang pernah bersamanya.... sekolah berbangga... ibubapa lebih lagi bangga... siguru berkenaan pasti tersenyum puas setiap kali melihat anak didiknya berjaya.... namun kali ini sebaliknya malang telah menimpa... tak siapa mahukan kemalangan tersebut... lebih-lebih guru yang turut sama menjadi korban... siapa nak dibersalahkan dalam hal ini?.... dibersalahkan sebab kemalangan dah terjadi... nak tuding jari pada guru selaku jurulatih dia pun dah terkorban sama... ( rest in peace)
Mungkin ada kelemahan dan salah silap disini sana... ambil pelajaran dan pengajaran atas apa yang berlaku... guru, sekolah, ibubapa dan masyarakat... jangan juga kerana peristiwa ini segala penat lelah, jasa guru yang berkenaan dilupakan... ketawa boleh bersama, sepatutnya menangis juga boleh bersama... berkhidmat terlalu gigih dan tak mengenal penat lelah juga kadang kala akan mendatangkan kesusahan dipenghujungnya... apa pun ini hanya sudut sisi pandangku...

SATU USAHA SERIBU IMPIAN

Baca tajuk ja dah membayangkan betapa peritnya dengan satu usaha, satu jalan hendakkan seribu impian. Boleh ker dengan satu usaha kita dapat seribu impian kita dan keluarga kita. Selama ni seberapa boleh kita mengelakkan untuk bertanya apa yang orang-orang tersayang kita impikan. Impikan dan perlukan adalah satu yang berbeza. Perlukan itu dapat tidak perlu dilaksanakan... manakala impian pulak adalah satu pilihan sahaja. Keperluan pun dah agak perit untuk kita penuhi pada zaman yang serba mencabar ini... memang sewajarnya kita lupakan sementara waktu impian atau mungkin terus kebumikan sahaja dalam-dalam semua impian kita sendiri dan setiap ahli keluarga kita sebab memandangkan keadaan semasa ini nampaknya tak akan menyebelahi kita insan-insan biasa ini.
Teringat aku kat lagu seribu impian nyanyian Casey yang suatu masa dulu mewarnai dunia hiburan tanahair tetapi sekarang dah tenggelam ntah ke mana. Apalah nasibnya kita ditakdirkan begini... serba serbi terhad... tapi rasanya kita masih lagi rasa gembira kerana kita ada sebuah keluarga yang kuat menyokong kita untuk terus berjuang dalam hidup. Ada orang dengan senang dan bangganya heboh-heboh dalam media arus perdana sempena hari jadi beri hadiah hari jadi bernilai RM40K... memang tu hak dia tapi agaknya nangis orang2 yang hidupnya berkais pun kadang-kadang tak makan juga... lantaran kesusahan hidup tapi ada orang lain 40K sekadar satu hadiah hari jadi.... Moga-moga siPerai itu adalah antara penyumbang yang besar juga dalam masyarakat melalui zakat dan sebagainya...
Kita letaklah diri kita seketika dalam diri orang-orang yang susah, nak makan pun susah, tidur berbumbung langit berlantai bumi.... anak-anak nangis kelaparan... tiba-tiba melayang satu keratan akhbar yang membawakan berita beri hadiah harijadi bernilai RM40K singgah dikaki kita dan kita membacanya sambil merenung diri dan anak-anak yang sedang nangis.... apa rasa kita....

Jumaat, 15 Januari 2010

TELEPAS PANDANG........

AAAHHHHH!!!... senang sungguh melafazkan alasan.... sedang orang dah dari awal berusaha memenuhi syarat dan kehendak yang diperlukan bagi memperolehi apa yang dihajatkan.... Segala prosedur dah dipatuhi alih-alih bila yang diharap tidak menjadi kenyataan dengan mudah alasan diberi... TERLEPAS PANDANG..... aduhhhhh!!! rasa nak bubuh penambuk (penampar + tumbuk) jer... kita disuruh buat betul-betul dengan penuh perhatian tapi bila tiba giliran dia... boleh buat sambil lewa dan lepas tu dengan mudah melafazkan TERLEPAS PANDANG.... apakah dengan bagi alasan TERLEPAS PANDANG tu dapat selesaikan masalah yang dah lama diutaraselatankan... kalau aku buat kerja macam tu mungkin dah diberi surat cinta... tapi bila sebaliknya kenapa pulak aku tak boleh bagi surat cinta.... janganlah lagi nanti beri alasan yang sama iaitu TERLEPAS PANDANG dimasa mendatang... sebab kami tak pernah SELAYANG PANDANGkan pun tugasan yang diberi jauh sekali buat PANDANG TAK PANDANG sebab kami tak mau TERLEPAS PANDANG .... apakah mereka SE...................... PA....................kan atau PA........... T.... P......................... jer.....
Itulah kisahnya berlaku disebuah tempat namanya antah berantah... mungkin juga pernah berlaku dimana-mana... sengaja ditimbulkan untuk pengajaran..... hargailah usaha penat jerih orang lain.... jauhkan dari memberi alasan yang meloyakan tekak dan merendahkan tahap mental insan lain....sesuaikanlah tindakan dan gaya pemikiran kita dengan dimana kita berada... baik diambil pengajaran... tak baik buat sempadan....

Khamis, 14 Januari 2010

................... KE ? KALAU ..............................

Lawak KE ? KALAU buat lawak orang tak gelak...
Garang KE ? KALAU marah orang tak takut....
Hebat KE ? KALAU orang tak hormat sikit pun...
Baik KE ? KALAU buat kebaikan ada banyak makna....
Adil KE ? KALAU asyik buat keputusan tempang...
Penyayang KE ? KALAU tangan kanan konon membelai tapi tangan kiri 'membantai'
Best KE ? KALAU banyak perkara kena paksa....terpaksa
Layak KE ? KALAU semua benda kena hulok...
Sihat KE ? KALAU banyak penyakit dalam jiwa....
Betul KE ? KALAU dah nyata terlalu banyak nipu....
Faham KE ? KALAU ngangguk tapi masih tertanya-tanya...
Apa KE ? KALAU KE.........

Selasa, 12 Januari 2010

LEMBAGA BERTANDUK BERBADAN LICIN...


Apa pulak dah.... apa kes pulak lembaga bertanduk berbadan licin ni.... kisahnya pagi tadi aku berbual dgn rakan... lalu dia mengisahkan tentang PELUANG... bukan aku nak syer apa2 peluang dengan korang pembaca blog ni tentang apa-apa peluang, cuma yang menariknya rakan aku sorang ni kata... melalui pembacaan atau dia pernah dengar orang berkhabar pada dia bahawa PELUANG yang datang dalam hidup kita ibarat satu lembaga ( besar/kecil/sasa/gagah/lemah bergantung jenis peluang) yang bertanduk( tajam,beruas,bersinar, berkilat,memancar,malap bergantung jugak jenis peluang) dan bertubuh badan yang sangat licin (bagi peluang yang sangat baik/terbaik), kurang licin tapi tetap licin (peluang yang agak kurang Q tapi masih tetap satu peluang)...

Terpulang kepada kita untuk cuba merebut peluang yang hadir atau kita lebih suka melihat sahaja peluang itu berlalu.... tak pernah dan terlalu takut untuk mencuba. Sedangkan kalau kita dapat peluang tu mungkin ia bakal mengubah hidup kita.... ahhhh!!! terlalu byk, besar dan kebal jugak minda ketakutan yang bersarang dalam minda kita.... betul tak? cuba scan tengok....

Berbalik kepada cerita lembaga bertanduk dan berbadan licin tadi memang peluang yang bagus dan baik itu tanduknya kelihatan gagah, tajam, berkilat.... tubuhnya sasa, gagah, kuat.... licin tubuhnya toksah cerita.... jadi nak ambil peluang ni senang ke? tengok dia datang pun dah takut... kata kat diri sendiri.... jangan cari pasal.... tapi itulah peluang terbaik yang pernah kita tengok dalam hidup kita... kenapa tak beranikan/gagahkan diri untuk menangkap peluang itu... sebab kalau dapat memang kita akan berharapan padanya.

Cabaran hidup hari ini memerlukan kita kepada peluang yang garang tanduknya, sasa tubuhnya dan licin gerakannya.... barulah kita boleh jadi penunggang yang hebat diatasnya menongkah segala onak dan cabaran durjana sang kapitalis.... cuba! cuba! bayangkan diri anda sedang menunggang satu lembaga seperti yg aku gambarkan (bernama peluang) tadi dan meredah selamba segala kepayahan dan onak.... Kita akan kelihatan seperti sang Wira.... dah ada ramai sang Wira beraksi ditunggangan masing-masing... kenapa kita tidak mencoba menyertai mereka... kenapa hanya sekadar menonton, bersorak dan menangis kesedihan akibat tertekan... sedangkan dalam diri kita ada X-FAXTOR yang belum dikeluar dan digunakan.... keberanian harus ditunjukkan barulah ia bererti, keikhlasan/kejujuran perlu diamalkan barulah ia bererti... memang berbeza setelah kita mula merasainya... keberanian yang benar... keikhlasan yang tulus... membawa seribu pengertian untuk kita.... maka tambatkanlah lembaga yang telah kita jinakkan dengan tali keyakinan dan rasa kepuasan kerana keesokan hari kita bakal terus menunggangnya menempuhi badai kehidupan kini...................

TAK PANDAI CAKAP, CAKAP PANDAI...

Boleh bercakap, tidak bisu, tapi tak pandai bercakap.... apa ni? kenapa lak tak pandak cakap.... cakap yang macam mana yang diiktirafkan sebagai pancai cakap?Cakap jer... penilaian pandai ke tak itu satu yang subjektif... ada lagi dahsyat yang mengaku tak boleh cakap tapi dok bercakap... fuh!! ni macam mana lak ni.... nak kategori mana pulak orang macam ni...
Cakap pandai selalunya kearah pentafsiran yang negatif.... "alah! cakap pandai pulak mamat ni"... betul ke mamat tu nak tunjuk dia cakap pandai atau memang dia pandai cakap. Sebenarnya cakap memang perlu pandai sebab dia akan datang dgn tanggungjawab atas apa yang dia cakap... bila cakap tak pandai tu banyak nampak memandai-mandai tu... kemudian lari dari bertanggungjawab atas percakapannya...
Sekarang terlalu ramai yang memandai-mandai bercakap... lepas tu tak bertanggungjawab apa yang dia cakap dan salahkan orang lain cakap tak pandai, macam la dia tu pandai cakap. KENA CEKAP NAK PANDAI CAKAP DAN CAKAP PANDAI. Berapa banyak cakap dan pandai daaa... dah!! bukan nak tunjuk pandai atau memandai-mandai sekadar memetik kecekapan cakap anda...hehe..

Isnin, 11 Januari 2010

SUDAH LA TU....

Apa lagi ni.... terlalu kalut dan mengalutkan... siapa yang suka buat kalut ni? rasanya tak ada siapa suka dengan kekalutan ni... mengapa kita cipta kekalutan yang tak berpekdah ni... dari menghadapi kekalutan yg memudaratkan ni lebih baik kita upgrade kita punya life lagi baik.... Cukup-Cukup la tu.... SUDAH LA TU....

Jumaat, 8 Januari 2010

KENAPA DIBIAR.....

Kenapa dibiar budak-budak tu main api. Kenapa tak cegah ja awal-awal. Sebagai MAKBAPAK yang bertanggungjawab sepanjang masa sepatutnya sorok la alat-alat untuk menyalakan api seperti mancis, lighter dan yang seumpamanya... sorok la bahan-bahan mudah terbakar seperti petrol, minyak gas, spirit dan bahan-bahan seumpamanya... Jangan sampai dijumpai oleh budak-budak tu...
Sebelum ni masih aku ingat kecekapan MAKBAPAK membendung anak-anak dari cuba bermain walau pun bukan api... tapi kali ni nampak macam sengaja dibiar jer.... dah tak sayang anak ker? atau dah tak sayang rumah? kalau habis terbakar nanti kan susah... ingat api semasa kecil boleh buat kawan... kalau dah besar dia melawan malah membunuh kita....

KADAR TOL BARU AKAN DIUMUMKAN SEDIKIT MASA LAGI...

Nah ini merupakan satu lagi berita yang baik dan peluang untuk kita menunjukkan kesetiaan menyokong dan membantu negara yang sedang dalam kesusahan... rasa-rasanya pengumuman tu mesti akan naik.... dah tak ada lagi pengumuman turun sejak sekian lama. Kegawatan kali ni nampaknya maha hebat dimana satu persatu pengumuman kenaikan akan dibuat... Macam biasalah nanti bila dah diumumkan kesan berangkai akan dirasai disemua segi kehidupan...dan yang lebih pasti nanti kenaikan masih tidak membebankan dan adalah pada kadar yang minima dan mampu dibayar. Itu memang betul dan sentiasa betul untuk sepanjang zaman. Oleh itu berusahalah kita menjana enjin tambahan untuk menghadapi semua ini yang tak dak kuasa untuk kita menahannya.
Gula dah naik, roti dah naik, tol akan naik, elektrik akan naik, minyak akan naik... pendek kata semua naik so jangan ada siapa2 nak naik angin marah atau tak puashati kerana benih yang ditanam dulu sedang dituai hasilnya sekarang... toksah salahkan orang.... salahkan diri sendiri... tapi pesan aku pada yang merasakan hidupnya masih stabil hari ini... bersedialah awal untuk menghadapi kemungkinan kestabilan anda akan goyah dimasa mendatang...

JanGaN PAndaNg ORang tAK dAk mATa....

Panas membara tul bila orang pandang kita tadak mata. Kejayaan organisasi seolah-olah kerana kerja dia seorang. Tuihhh!! nilah orang yang sebenarnya tak layak untuk pimpin organisasi. Orang-orang macam ni akan merosakkan organisasi.... perjalanan sebuah kenderaan organisasi akan jadi gelong jika orang-orang perasan bagus dan tak tahu menilai orang ni duduk di atas....
Orang kata sarang tabuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya... Menyatakan kebenaran memang pahit dan tak ramai yang berani.... tapi aku perduli apa.... keadaan mendesak untuk menyediakan dahan secepat kilat agar orang yang perasan bagus ni akan terantuk.... benjol? berdarah? .....

Khamis, 7 Januari 2010

SAYANGI ZURIAT KITA...

Pagi ni aku terdengar perbincangan 2 orang sahabat berkenaan nak hantar anak ke Smart Reader. Wah! memang bagus dan dah banyak juga aku dengar anak-anak rakan yang suksess dalam pembelajaran mereka. Begitulah bertanggungjawabnya kita kepada anak-anak kita. Ini juga merupakan kewajipan kita memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Terbaik dalam kemampuan dalam erti kata lain nak beri yang terbaik harus berkemampuan. Aku terus terang tak berkemampuan untuk itu sebab aku kayuh sorang-sorang... dah lama aku dengar dan perhatikan rakan-rakan bercerita dan sibuk dgn 'Smart Reader' khususnya... Jauh disudut hati suatu hari nanti aku akan beri yang lebih baik untuk anak-anak aku seperti orang lain... Jadi kena usaha dulu untuk itu....
Ok dulu kat situ... cuma satu jer yang aku rasa aku nampak mungkin lebih sikit dari yang orang lain tak nampak.... iaitu kasih sayang kita kepada anak-anak penerus legasi kita tidak hanya lagi difokuskan kepada memberi pelajaran yang terbaik. Kita juga harus menyediakan platform yang terbaik untuk anak-anak kita boleh berdiri sama tinggi dgn ORANG-ORANG LAIN. Cuba kita lihat pada hari ini..... ada berapa banyak Universiti, Kolej Universiti dan lain-lain nama pusat pengajian tinggi.... macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ini sesuatu yang bagus.... kerana setiap orang mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajarannya.... bermakna tidak ada lagi alasan nak salahkan orang jika tak melanjutkan pelajaran.... melainkan diri sendiri yg menafikan peluang untuk sambung belajar. Cuba kita lihat pula hasilan dari IPTA atau IPTS yang ramai-ramai ni kemana mereka pergi selepas tamat belajar.... dalam keadaan kegawatan ekonomi seperti sekarang ini, mencari pekerjaan amatlah perit... yang nak kena VSS ramai... yg baru nak menjenguk peluang pekerjaan ( makan gaji) pun ramai...
Ada yang terpaksa bekerja tanpa menggunakan pun kelulusannya semasa belajar sbb tak ada ruang kerja utknya jika nak guna kelulusannya, ada juga yang sekarang sanggup bekerja dengan gajinya dikurangkan asalkan masih bekerja untuk meneruskan kehidupan.... Hatta sekarang ni nak jadi guru ( kerja makan gaji paling senang, kononnya la)pun sekarang ni ramai yang terkandas tanpa penempatan setelah mengikuti latihan... suatu hari nanti anak-anak kita pun akan ikut serta dalam perlumbaan hidup ini... tapi bagaimana nasib mereka pada masa itu.... sekarang pun kita dah nampak persaingan/perlumbaan kehidupan sangat2 mencabar... apakah kita masih nak bertongkat (bantuan kerajaan) dibantu, bersubsidi, dan terus membisikkan ke telinga anak kita sama dengan bisikan makbapak kita kepada kita dahulu iaitu belajar rajin2 nanti dapat masuk universiti dan kerja makan gaji yg bagus.... relevan lagi ka nak buat macam tu.... sedangkan dunia persaingan semakin terbuka.... tak ada sapa pun yang boleh menahannya...
Tu bagi anak-anak yang hebat dan mampu otaknya bersaing bagaimana pulak dengan anak-anak yang tak berapa kemampuan otaknya utk belajar? apa hala apa haluan yg boleh kita beri utk anak kita? tak berjaya dalam pelajaran tak semestinya tak berjaya dalam hidup.... ini dah dibukti ramai insan2 dalam dunia perniagaan orang kita dan juga bangsa lain... kaum tionghua khususnya... kenapa mereka lebih berjaya dan menguasai ekonomi? sebab mereka 'survive' mereka tidak dibantu, mereka tidak dimomok dengan kemestian bekerja makan gaji.... lihat kouta kerja makan gaji sudahla... dan sekarang ni keadaan sudah menyebelahi mereka sebab dah terbukti survive mereka lebih baik dari 'makan gaji' kita. Bantuan yang tak ada mereka perolehi telah menyebabkan mereka kini bebas hidup tanpa perlu dibantu. Kesekolah hanya utk pandai baca dan mengira..... Kita? Kita? Kalau hari ini kita merasa kehidupan kita sudah cukup stabil dan buat apa nak susah2, pening2 berusaha buat kerja lain tapi kita kena ingat!! KESTABILAN YANG KITA RASA HARI INI TIDAK BERERTI IA AKAN MAMPU MENSTABILKAN KITA PADA HARI-HARI MENDATANG.
Suatu masa dulu sekitar tahun 70an dan 80an yg aku ingat seorang anak kmpung kalau berjaya dapat tempat ke universiti satu kampung akan merasa bangga, siap buat kenduri... semua warga kampung bangga.... pada hari nak pergi mendaftar dah macam hari orang nak pergi mekah sekarang... ramai jiran-jiran datang mengucapkan selamat maju jaya.... SEKARANG? ada lagi orang nak perduli anak kita masuk universiti? Sekarang masuk universiti dah mcm masuk sekolah ja.... orang dah tak heran... lebih tak heran lagi bila dah habis belajar sukar dapat kerja... inilah perlumbaan orang biasa... Selepas zaman penjajahan dulu tercipta satu sistem (mungkin secara sengaja atau tidak) masyarakat iaitu org melayu bertani, orang cina dilombong2, orang india diladang2 getah... secara kebetulan juga bertani ini dikampung2 tetap kampung sehingga sekarang (pemikiran juga cara kampung, takut untuk berubah, tak minat utk berubah), lombong2 menjadi pekan dan akhirnya bandar (pusat perniagaan) (pemikiran bersaing dalam perniagaan), ladang-ladang masih kekal sehingga kini namun banyak juga yg berubah menjadi bandar-bandar baru... pola kehidupan masyarakat ini juga kelihatan sudah banyak berubah....
Sekarang dari bertani kita kini menganjak ke makan gaji, dari melombong kini mereka menganjak ke dunia perniagaan menguasai ekonomi, dari berladang mereka menjadi tuan ladang dan sebagainya.... sekarang? dunia makan gaji sudah tak berapa menyebelahi dunia hari ini dan kelihatan semakin menguncup.... dunia perniagaan terus berkembang.... dunia perladangan juga terus berkembang....
Hari ini jika kita risau tentang pelajaran anak-anak kita itu bagus.... tapi kita harus lebih risau bagaimana anak-anak kita nak survive pada zaman mereka nanti... sebagai ibubapa yang penyayang takkan kita nak kata lantak hampa la... zaman hampa pandai-pandai la hampa nak hidup... kalau itu terdetik dihati kita maknanya kita tak cukup sayang dengan anak-anak kita sebagai mana sayangnya orang tua kita kepada kita sehingga kita dapat dan ada apa yang kita ada pada hari ini... Bangun buka minda dan melihatlah dengan mata hati yang ikhlas....
Seperti biasa... bukan nak tunjuk pandai, jauh sekali nak memandai-mandai... sekadar berkongsi rasa dan pandangan.... kalau baik jadinya syukur alhamdulillah.... kalau sebalik jadinya.... ampunilah dosaku wahai Allah yang maha Esa.... Kau celikkanlah minda kami ya! Allah!... amin ya rabbalalamin.....

Rabu, 6 Januari 2010

BANGUNAN TERTINGGI DIDUNIA...bUrJ KHaliFa





bURJ kHAlIFA di Dubai dua kali lebih tinggi dari bumbung Empire StatE AmerIka. Khabarnya juga lebih kebal dari WTC AmeRikA. Sehebat mana pun kussa manusia membina hebat lagi Kuasa Allah yang boleh merosakkannya dengan sedikit bala. Dengan bangga dan megahnya pak-pak ARaB diperasmian bangunan tersebut. Tingginya bukan lagi mencecah awan tapi mengatasi ketinggian awan.... hebat tu... tapi kalau peruntukan wang membina burj KhaLIfa tu diberi pada dunia islam lain yang jauh terlalu misKin alangkah lebih baik.... Persoalan... TingGi ke martabat Islam Sedunia dengan adanYa BangUnan TerTInggi Ni....?

Isnin, 4 Januari 2010

YANG MANA SATU?

Yang mana satu pilihan kita agaknya....


A. Ada banyak masa lapang tapi hanya ada sedikit wang, kadang-kadang tak cukup.

- boleh banyak duduk berehat, tidor ikut suka nak tido sebab banyak masa, sembang-sembang, gebang-gebang... menonton program tv yang disukai dengan hati yang senang, bersama keluarga selalu. Sebab semua ni boleh kita lakukan sebab kita banyak masa... tapi bagaimana pulak dgn kewangan kita? sedikit...dan tak cukup. Memang terfikir jugak masalah ni tapi sayang nak korbankan keselesaan yang sedia ada.... perdulikanlah pasal kewangan... dah takdir rezeki yang ada banyak tu jer... bersyukurlah.... dan lebih baik sebab ada banyak masa rehat.




B. Ada sedikit sahaja masa lapang, kewangan pun sedikit jugak ( of coz tak cukup)

- terlalu sibuk dengan pelbagai urusan kehulu kehilir siang dan malam tapi hasil tak ader... mungkin lebih suka buat kerja sukarela dan kebajikan ( bagus la..ikhlas ) masa sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sedemikian.... ok la dibuat dgn jujur dan ikhlas dan kerja yang baik dapat kumpul pahala untuk akhirat nanti. Tapi kewangan tak der... hidup perlukan duit.... nak sara keluarga kena ada duit.... nak buat kerja kebajikan pun lebih sempurna kalau berduit...




C. Ada sedikit masa lapang tapi ada banyak wang....

- terpaksa korbankan sedikit masa luang dengan berusaha meningkatkan pendapatan. Jadi sementara nak beroleh masa luang yang banyak dikemudian hari kelak dengan kewangan yang kukuh... tolak tak rebah, tiup tak melayang... jadi kenalah berkorban untuk seketika detik waktu. Wang memang ada dan sentiasa ada (urus baik) dan terus bertambah saban hari....




D. Ada banyak masa lapang dan ada banyak wang....

- haha yang pastinya idaman semua orang... ada banyak masa luang yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti buat kebajikan, memenuhi hobi dan apa sahaja yang difikirkan pada hari berkenaan ( apa nak buat). Duit tak ada masalah kerana sudah dijana oleh duit. Tak ramai orang yang berada ditempat ini secara automatik ( kekayaan warisan keluarga)... semuanya memerlukan usaha kita dari mula iaitu keadaan seperti di C.



Yang mana pilihan kita?



Lihat pula keadaan orang ikut kategori A,B,C dan D apabila berlaku tekanan ekonomi...


A. Biasanya akan buat bising, marah, tak puas hati dan berbagai komplen. Salahkan orang sana sini. Diri sendiri tak pernah tengok.... apa usaha dah dibuat sebagai persediaan menghadapi hari muka.... ingat usaha yang dah dibuat 10-15 tahun kebelakang cukup ke?Sedar nilai kewangannya semakin mengecil tapi masih perlu masa lapang yang banyak untuk berehat.


B. Biasanya antara bising dengan tidak sebab kehidupannya terus sibuk dengan kerja-kerja yang berfaedah ( percuma) atau yg lebih teruk lagi buat kerja-kerja tak ada faedah. Kenaikan kos sama dirasai tapi menerima keadaan sebab faham keadaan tapi lebih penting aktivitinya.


C. Menyedari kenaikan kos sara hidup akan naik dan tetap naik.... tak dapat nak dihalang pun sebab sedar tak ada daya kuasa apa nak halang... nak bising-bising marah pun bukan boleh selesai masalah. Tempias kenaikan tak mengira siapa... semua akan kena dan merasa. Jadi teruskan usaha yang sedang dilakukan dengan harapan dapat menjadi seperti orang di D.



D. Apa kenaikan pun tak ada masalah.... bukan mereka ni nak berlagak atau sombong tapi dah kewangan mereka dah sangat stabil.... Malahan mereka ada banyak masa untuk berusaha lagi jika dirasakan perlu sebab mereka ada masa dan mereka ada modal yang kukuh. Pendek kata kenaikan tahap mana pun golongan ini tidak terkesan sangat walau terasa juga sedikit tempiasnya tapi masih steady. Jauh sekali nak bising-bising tapi usaha tak buat.....


Dimanalah kita ? bagi yang nak tengok la... yang tak mau tengok tak apa... just baca macam baca bahan bacaan ringan dan hiburan saja... Aku mencoret bukan nak tunjuk pandai atau nak memandai-mandai.... sekadar nak berkongsi rasa dan pandangan sahaja. Kalau jadi baik... baiklah ia... syukur.... kalau tak... apa bleh buat ... itu kelemahan aku dalam coretan ini.... siapalah aku.....

Ahad, 3 Januari 2010

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN


Kita mungkin pernah mendengar kisah seorang petani yang telah menjumpai satu sarang burung helang lalu mengambil telur dalam sarang burung tersebut. Telur itu telah dieramkan bersama telur ayam oleh ibu ayam. Akhirnya menetaslah telur2 yg dieramkan... dan terselitlah dicelah-celah anak-anak ayam itu seekor anak burung helang.... membesar ia cara ayam... kehidupan sebagai seekor ayam walau pun ia seekor burung yang sebenarnya gagah, terbang penuh lagak, tajam mata memerhati mangsa untuk disambar....
Sayangnya anak helang seekor ini membesar sebagai anak ayam lalu jadilah ia seperti ayam walaupun ia adalah helang.... lalu berkatalah si anak helang pada suatu apabila teruja melihat helang terbang tinggi diudara..." wah bestnya dapat terbang macam burung tu....." kata sianak helang ayam ni kepada rakan-rakan ayam lain.... lalu rakan-rakan2 ayam lain berkata padanya..." sudahlah... jangan nak berangan... kita ni ayam... ayam tak boleh terbang tinggi macam burung tu.... sedor le diri sikit..." kata salah sekor anak ayam pada anak helang ni dalam loghat perak la pulak...hehe.... lalu berfikir dianak helang tadi.... ya tak ya jugak... tak akan aku boleh terbang macam gitu... aku ni anak ayam.... maka terbelenggulah sianak helang tadi dalam 'BELENGGU PEMIKIRAN/MENTAL BLOCK' nya sendiri....
Maka begitulah juga diri kita yang saban waktu sentiasa takut untuk menceburi bidang lain selain dari makan gaji. Kita telah dibentuk pemikiran bahawa bekerja makan gaji adalah paling selamat dan selesa untuk kehidupan sehingga akhir hayat... kita dilenakan dengan akan memperolehi pencen bila bersara (tua nanti)... kalau bidang lain takdak pencen... kalau berlaku kegawatan ekonomi kita yang bekerja makan gaji masih dikira selamat.... walau pun rasa tercekik juga dengan kenaikan kos sara hidup dan semakin mengecilnya nilai ringgit yang diperolehi setiap bulan.... makin lama makin kecil nilainya... bukan semakin bernilai..... semakin susut nilainya... kita masih berbisik dan terus berbisik bahawa masih ok sebab kita makan gaji... hebat sungguh kotak makan gaji ni sehingga ramai yang sukar untuk keluar melihat peluang lain... bersyukur dgn apa yg kita dapat hari ini memang perlu sebab itu yang kita usahakan sejak puluhan tahun lamanya.... puas kita bentuk pemikiran kita untuk mengecapi apa yang kita ada hari ini... akan tetapi cukupkah apa yang kita ada hari ini untuk terus diperjuangkan 15 ke 20 tahun lagi...
Hari ini kita patut BERANI untuk membuat perubahan pemikiran dan berubah cara tindakan agar masa mendatang kita nanti akan mengalami perubahan dan peningkatan kualiti kehidupan pada masa itu sebagai mana kita berfikir dan bertindak 15-20 tahun lalu untuk kehidupan yang ada hari ini.... Tingkatkan kuasa minda kita... jangan percaya pada bisikan bahawa kita tidak boleh berubah lagi.... kerana kita perlu bertindak untuk membuat perubahan itu sekarang... nak berjaya kena berfikir dan bertindak seperti seorang yang berjaya, nak senang kena berfikir dan bertindak seperti seorang yang hidupnya senang.... samalah juga kadangkala pihak keselamatan jika ia hendak mudah menjejaki/menangkap penjenayah ... maka mereka juga perlu berfikir seperti pemikiran seorang penjenayah... barulah lebih mudah untuk mereka merangka, mendahului atau menjejak penjenayah durjana...
Fikir-fikir apa yang aku fikir.... kalau tak nak ... aku tetap fikir dan bertindak....
wooooooooooo............. steadyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!........

Sabtu, 2 Januari 2010

EPI NIU YER DAN MAK SIAT...






Tertarik aku membaca satu N3 dilog rakan terpanggil pulak aku nak mengulas diruangan aku sendiri agar dapat dikongsi dengan pembaca blog ini. Maksiat dimalam tahun baru. Sebenarnya maksiat hampir berlaku disetiap malam, setiap saat dan setiap ketika. Akan tetapi masyarakat kita seolah-olah tertanam dalam pemikiran (termasuk aku) bahawa maksiat itu adalah hanya kesalahan berdua-duaan bukan muhrim tanpa ikatan yg sah secara sembunyi2 sama ada ditaman-taman, rumah tumpangan, hotel2 murah, rumah2 persendirian [ dari setinggan (yg ni biasanya kena) hingga ke kondominium mewah ( yg ni kebanyakkannya lepas) sbb apa lepas? sendiri pikir la ]

Sedangkan takrifan maksiat itu besar... minum minuman keras, berjudi, RASUAH dan banyak lagi yang melanggar hukum agama boleh dikira sebagai maksiat. Tetapi bila menjelang malam perayaan tahun baru ke merdeka ke... esoknya pasti ada berita dimedia arus perdana pasal ops cegah maksiat (ops sayanglah dan mcm2 ops lagi) ramailah yang tertangkap dihotel2 murah, taman2 dan sebagainya.... tapi jarang sekali maksiat dikalangan profil tinggi ditempat2 eksklusif seperti kelab2, kondo2 mewah, orang2 berprofil tggi tertangkap dilaporkan. Hampa pun tau la...
Tu yang tertangkap, yang tak tertangkap... cuba kita lihat hasilnya selepas 9 bulan... ada saja berita buang anak, gugur anak, jual anak dan pelbagai lagi.... Lepas satu dosa... tambah dosa lain lagi... bagi pemaksiat murahan dengan cara murahannya... bagi pemaksiat eksklusif dgn cara eksklusifnya... Bagi aku ada yang tak kena dalam nak cegah maksiat... Dari pengamatan aku... tak kena cara penguatkuasa bertindak untuk mencegah maksiat dgn menyerbu dan menangkap mereka yang sedang atau dah lepas buat maksiat... kalau ini tindakan yang diambil bolehlah dikatakan badan/skuad penangkap maksiat bukan pencegah maksiat. CEGAH itu bermaksud menghalang sesuatu dari berlaku... bukan menangani setelah ia berlaku... betul tak? Kalau nak cegah... pada aku secara peribadi semua ruang-ruang, lubang-lubang yang boleh menjerumuskan kepada berlakunya maksiat harus disekat...dihentikan... skuad pencegah harus bekerjasama dgn pelbagai pihak mencegah sebarang bentuk program yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan tanpa mengira siapa yang menganjur majlis tersebut.... tak kira sama ada ianya ditempat persendirian atau ditempat umum... janganlah nak banyak buat alasan perhimpunan bertema kekeluargaan ka apa ka... kerana perkara seperti inilah menjadi gerbang kepada maksiat... kalau semua ruang-ruang, jalan-jalan ke arah berlakunya maksiat ini berlaku berjaya dibendung sudah tentulah maksiat itu boleh diCEGAH.... barulah betul menCEGAH MAKSIAT...
Orang yang giat menganjur majlis-majlis seumpama janganlah memberi alasan dangkal dengan berkata ia soal iman masing-masing.... bila berada ditempat, suasana seperti itu.... iman apa lagi kalau dah tak ada iman atau imannya nipis sangat senipis pakaian sigadis-gadis waktu itu, dengan seluar yang ketat dan londeh sampai nampak lurah pxxxxxxxx. Belum lagi campur bau wangi yang semerbak.... orang kata pak lebai pun boleh melayang serban inikan pulak... mamat2 kasanova... mamat2 buaya.....mamat2 rempit....dan macam2 lagi spesis mamat...tak kan buaya-buaya menolak bangkai? minah2nya pulak semuanya dahi licin.... apa lagi nak disandarkan kepada iman ?
Senang cerita skuad/badan pencegah kena buat kerja ditempat yang betul.... sebab ayat CEGAH tu.... kita tentu biasa dengar slogan 'MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI' yang biasa kita gunakan untuk sebarang penyakit.... kenapa tak digunakan juga dalam penyakit masyarakat yang semakin membimbangkan ini.... MAKSIAT ITU PERLU DICEGAH DAN IA LEBIH BAIK DARI MENANGKAP SETELAH ATAU IA SEDANG BERLAKU.... CEGAHLAH IA DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR MENCEGAH... Selamatkanlah generasi kita untuk kini dan masa hadapan... kita bimbang jika ramai lahir generasi yang tidak sahih kedudukannya kelak akan menambah lagi masalah masyarakat ketika itu... Ni baru cerita bab maksiat kategori khalwat lelaki perempuan.... maksiat bab2 lain yang banyak berlaku setiap saat setiap ketika? JUDI? MINUM ARAK? RASUAH? dan macam-macam lagi..... setiap ketika ada maksiat.... sapa peduli?
Saja mencoretkan masalah dan pandangan ini untuk renungan bersama....lihatlah dengan hati dan minda yang terbuka,... kalau yang tak berminat nak merenung pun tak dak hal....sebab ini mungkin bukan masalah anda dan keluarga anda... ini adalah masalah orang lain.... aku pulak bukan nak tunjuk pandai... jauh sekali nak memandai-mandai.... seperti yang aku kata tadi sekadar mencoret memetik minda2 yang sudi berfikir dan mungkin mencari jalan untuk masalah ini ... sebab ini masalah masyarakat.. masalah masyarakat masalah kita sebab kita sebahagian dari masyarakat....kalau ada silap salah tu biasalah kelemahan aku dari sudut pandangan mata hati yang terlindung dan terkabur mungkin...

MANUSIA SAMPAH


Agak lain macam tajuk N3 kali ni. Aku bukan nak bermaksudkan siapa-siapa sebagai manusia sampah atau sampah masyarakat. Ambik masa sendiri untuk baca N3 ni... aku sendiri pun tak pasti berapa panjang boleh datang talian idea dikotak pemikiran aku... tapi kebiasaannya panjang.

Sebenarnya dah agak lama aku perhatikan keadaan ini... mungkin anda-anda sekelian pun perasan akan satu fenomena dimana kerja-kerja menyelongkar kawasan pembuangan sampah yang semakin berleluasa. Kalau selongkar memang kat bukit2 sampah (tempat pengumpulan sampah ) tu tak pa la jugak... ni tak! kerja2 selongkar sampah kat tempat pengumpulan sampah di taman2 perumahan. Kesudahannya apa jadi? bertaburanlah sampah dipersekitaran tempat tu. Oklah... mereka tu cari rezeki halal walaupun ditempat kotor ( lebih baik dari mereka yang cari rezeki haram kat tempat hebat berprestij...hampeh!! tarak guna punya orang) tapi masalahnya mereka ni dah sepahkan sampah yang dah dibungkus.

Mungkin bagi orang yang tak perduli benda ni lantak dialah... tak sakit mata pun, jauh sekali nak rasa sikit2 gelimata. Bagi aku tak syok la tengok... bau pun semakin kuat sebab semua yang dalam bungkusan bertaburan keluar. Bagi pencari barang2 dalam sampah ni, mungkin nilah satu sumber rezeki diarang tapi rasanya kena ajar sikit sikap yang betul... Sekarang ni memang banyak kita jumpa jualan barang-barang lama yang mana salah satu sumbernya adalah dari pencari dalam sampah ini. Kena difikirkan bersama bagaimana nak selesaikan masalah ni secara 'winwin situation' ... ibarat kata pepatah menarik rambut dalam tepung rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.... jadi aku falsapahkan N3 aku kali ni kalau menarik barang-barang dalam sampah, biar barang jangan rosak dan SAMPAH TU JANGAN BAGI SELERAK. Sampai ke matlamat N3 aku ni... puak2 pencari hartakarun tu bukan dia baca blog2 ni... tak pa lah sekurang-kurang aku dah 'highlight' satu topik yang masyarakat pandang tak pandang... lantaran nampak tak nampak.... kut-kut ada orang kerajaan tempatan baca boleh la pikir2 sikit macam mana nak selesai masalah ni. Jangan kata ini bukan masalah aku.!!..lantak ler!! kalau dah merebak wabak penyakit... baru tau...

Apa pun pikir2kanlah....

wooooooooooo........steady!

Jumaat, 1 Januari 2010

KENAIKAN YANG MINIMA, TIDAK MEMBEBANKAN



Sibadigol penyangak ni (sewaktu tertangkap) kata ini kenaikan yang minima jer cik... 2 ekor jer saya bawak.. bukan saya bawak sekandang... dan ia tak akan membebankan pun keta saya. Lagi pun keta saya punya ... cik nak sibuk pasal apa...? ya tak ta juga... keta dia... tapi lembu tu lembu sapa? kalau lembu dia pasal apa bawa macam sorok-sorok pulak.... nampak seksa dan tak selesa lembu tu... memang betul la kenaikan minima jer 2 ekor lembu, kalau bawa 4 ekor lembu... mau reban kereta tu.... paham ker maksud reban? bukan reban ayam... reban ni dalam kata sesetengah orang utara bermaksud runtuh, rebah, terbarai atau apa saja yang semakna dengannya... hampa tafsir sendirilah...

Macam-macam ragam manusia ni bila dah tersepit.... kalau cara betui kenapa tak cari lori jer nak bawak lembu tu... macam yang biasa-biasa kita tengok....yang lepas-lepas rasanya dah pernah juga tertangkap bawa lembu dgn keta... tapi sekor jer aku rasa masa tu... mungkin dua ekor pun masih kenaikan yang minima dan tak membebankan kot bagi penyangak-penyangak lembu ni.... orang nak jual lembu, hampa pun nak jual lembu.... tapi hampa nak jual lembu curi... lembu tak sah... orang dapat rezeki halal... hampa buat rezeki haram... tu yang tak berkat tu... duit banyak macam mana pun masih macam tak dak duit jugak... sebab hampa selalu mencuri... hampa selalu makan hak orang lain... biaq pi tuan punya lembu merintih sebab lembu-lembu dia hilang... hampa peduli apa... janji kantung dan tembolok hampa anak beranak tak kosong dan kekeringan. Betapa kecewanya tuan punya lembu yang hampa bawa lari lembu dia.... mungkin didunia hampa telepaih (tapi ni dah tertangkap ni)... tapi jangan lupa diakhirat esok hampa kena jugak... sana kena lagi teruk oooo.... sini kalau naik court bleh gak lagi tutup muka dengan kertas ka kain ka... kat sana nanti tak bleh oooo.... Tu pun kalau hampa percaya adanya hari akhirat la.... tapi pada gaya-gaya suka sangat mencuri ni macam tak pecaya ja... entah la... apa nak jadi...

Lain kali kalau buat lagi macam ni ... jangan kata.... ala encik.... ini kenaikan yang minima jer (2ekor jer lembunyer...)... tak membebankan pun keta saya..... orang ramai dah malaih nak dengak... tuan punya lembu lagi la tak boleh dengak....

wowowowooooooo...... steadyyyyyyyyy.....!!!!!!!!!!