BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 30 November 2009

MORE N MORE....

Sambungan cerita semalam, sikit-sikit lagi .... ada kawan tu nak ikut tapi busy, yang sorang lagi entah kemana.... kalau tak bleh gak cover-cover line yang aku tak dan....




woooooooo.......STEADYYYYY!!!!!!

AIM!!... TENANG!!... TEMBAK!!!!

Apa nak letak aku pun tak tau... dah lama aku tak buat N3. Semalam pi menembak disatu lapang sasar. Semoga pasangan mempelai ni berbahagia ke akhir hayat. Boh 3 ja jadi la... yang ni pun jenuh tunggu... dari arsenal vs chelsea mula main sampailah rehat baru siap upload.... hampeh punya 'BERUKBAND' .... aku bayak tiap-tiap bulan... macam ni servis depa bagi... aku sumpah jadi BERUKBETOI baru tau...


gambak ni kelabu tp aku sayang nak buang sbb aku rasa ada seninya


Classic view....sweet couple...

romantisnya....

Isnin, 23 November 2009

BEST OUTING.... HARI NI...

meh sayang meh... nak tengok mulut...



ochecheche.... bila la hang nak bagi anak nih....


Hari ni aku keluar jam 9 pagi bergegas ke MU Arowana Bukit Merah.... pi tengok kot-kot ada hasil yang boleh dituai.... namun masih belum ada rezeki.... terpaksalah menanti dan terus menanti... penantian satu penyiksaan... memang benar... terasa agak seksa dibuatnya... tapi kesabaran memang dituntut dalam perkara ini. Walaupun dah ada rakan-rakan merasa hasilnya tapi group kami nampaknya masih kena terus bersabar...

Pagi tadi gak aku dapat sms dari zamArjuna... katanya ada tembak2 pengantin kat tmn tasik... jam 10 katanya.... aduh... urusan di bkt merah tentu tak selesai jam 10.... lebih kurang 10.30 selesai tak dak hasil.... aku pun apa lagi pecut lak ke tmn tasik taiping with love tu... sesampai jer... zam n kawan2 dia tengah rest... pasangan pengantin (darah paling manis) pulak dok borak2 mesra kat kerusi.... cerita apa agaknya...mmmmm.... sendiri mau ingat la..... walau agak terlewat sempat gak aku tengok last session.... memang mantap bro zam... terujanya aku... lain kali kalau ada lagi job kat tepen ni roger ler aku... aku pun sempat gak la tumpang berkaki-kaki tembak pengantin tu.... tapi tak ler terburai macam bro zam tembak... dusssss....

Tautan kasih, dua hati bersatu, dua jiwa menyatu...


serius bro Zam... 1, 2, 3... tembakkkk...


hehehe... aku tembak mamplai dgn zam2 sekali.... haha


depa dok ushar aku... hehe...sporting mamplai....

ehem... ehem..

bro. ZamArjuna... dgn Canonnya..


pasangan mempelai diapit oleh Roq (kiri) dan Jili/Che Mat (kanan)

Cendoipulutkacang... meleleh...

Makan cendoitime..... ceria-ceria noh... best time together...

Pada kawan-kawan lain yang baru aku kenali hari ni ... nice to meet u all... bak kate omputih... jili, roq dan asyraf... harap kita dapat berjumpa lagi .... jgn lupa hello klu ada job kat tepen... best la hari ni siap bleh kena cendoi sama-sama.... pada bang bravo... awat hang tak berenti.... aku dengak jer hon hang...


Sabtu, 21 November 2009

SELESA DALAM KESUSAHAN

Pada hari ini hakikatnya kehidupan kita adalah susah dan semakin susah. Akan tetapi hebatnya orang kita dalam kesusahan masih kelihatan selesa. Selesa .... tetapi jauh disudut hati memikirkan akan kesusahan hidup hari ini dan masa mendatang yang lebih mencabar. Istilah hidup susah ini boleh kita takrifkan pada pelbagai peringkat. Daripada susah sehingga nak makan pun susah hinggalah susah ketika hendak memiliki harta/keperluan sehingga perlu berhutang. Banyak institusi kewangan yang sedia menghulurkan bantuan kepada kita yang susah ini. Adakah dengan abntuan pinjaman yang dihulur kita sudah keluar dari kesusahan hidup. Tidak juga...kan!! lalu terikatlah kita dengan komitmen selama bertahun-tahun.
Tahap kesusahan kita dari golongan sederhana ini memanglah tidak sampai tak makan berhari-hari tetapi kesusahan kita hari ini ialah nilai perbelanjaan kita yang semakin menguncup.
Banyak hajat, minat, keinginan terpaksa kita pendamkan begitu sahaja dan mungkin akan terus terpendam bersama ke liang lahad. Ada hajat (tak kesampaian) yang kita ceritakan kepada orang lain dan tak kurang juga lebih banyak hajat-hajat yang lain terus terpendam jauh dilubuk sanubari. Kini pula tambahan lagi bila kita sudah berkeluarga, banyak hajat isteri dan anak-anak yang cuba kita penuhi ( sebahagian besarnya gagal dipenuhi). Apakah sudah tertutup dan tidak ada ruang kepada kita memperbaiki dan mempertingkatkan diri? Berapa lama dan berapa kali lagi kita kena berbohong kepada anak-anak dan isteri kerana ketidakmampuan kita. Tak payahlah aku sebutkan contoh pembohongan disini tetapi rasanya setiap dari kita mesti pernah melakukannya. Nak bagi sedap dengar kita kata bohong sunat. Berapa banyak lagi kenyataan memujuk perlu kita keluarkan bagi menjelaskan situasi keadaan kita kepada mereka. Ini dalam keadaan sekarang, bagaimana esok? lusa? dan seterusnya.....
Keadaan ekonomi semasa kelihatannya tidak akan membenarkan duit yang kita ada menjadi semakin bernilai. Ini hakikat... Marilah kita cuba renungkan akan perkara ini.... kita masih ada banyak ruang untuk meningkatkan taraf hidup kita. N3 ini juga sebenarnya sebagai peringatan kepada diri aku sendiri... sekiranya ia berjaya mengetuk hati mana-mana pengunjung blog syukur alhamdulillah.... berjasa juga N3 yang aku buat ini. Memang kita tak tahu apa akan jadi dimasa hadapan tetapi sekurang-kurangnya kita memulakan suatu usaha pada hari ini untuk menempah masa depan yang lebih baik. Dapat memenuhi setiap impian/kehendak keluarga tercinta.SELESAKAH KITA ? APAKAH KESELESAAN (dalam kesusahan) INI AKAN BERTERUSAN DIMASA HADAPAN? APAKAH WAKTU ITU MEMANG SUDAK TIDAK ADA LAGI ISTILAH SELESA DALAM HIDUP KITA LANTARAN KESUSAHAN YANG MENELAN KITA. FIKIR-FIKIRKANLAH....

Jumaat, 20 November 2009

BUKAN SEMUDAH A, B ATAU C....

Tajuk N3 kali sahaja sudah menggambarkan suatu yang sukar kerana ia bukan semudah A, B atau C... Apa yang mudah ? dan apa pula yang susah ? Pertamanya aku nak ulas berkenaan keputusan UPSR yang baru diumumkan semalam ( Khamis). Statistik menunjukkan berlaku pertambahan dalam jumlah calon yang memperolehi semua A dari tahun 2008 berjumlah 47K ++ melonjak lagi pada tahun ini kepada 48K++.... Fuhhh! ramainya yang skor semua A. Cukup ke ruang untuk menampung kesemua mereka ini untuk mendapat tempat disekolah-sekolah idaman ibubapa?
Persaingan sangat sengit nampaknya, sengit dimedan peperiksaan dan lebih sengit lagi setelah keputusan diumumkan. Minda orang kita masih lagi tertanam bahawasanya kita perlu memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak untuk mendapat perkerjaan yang terbaik dan selamat suatu hari nanti. Ini adalah suatu yang baik dan sangat sihat. Memberikan pendidikan yang terbaik dan seluas-luasnya kepada anak adalah satu kepuasan kepada setiap ibubapa termasuklah aku. Akan tetapi bila kita lihat situasi hari ini dimana insan-insan pandai semakin ramai, malahan dikampung-kampung kalau skor semua A pun orang dah tak heran berbanding 10 ke 20 tahun yang lalu. Ini adalah tanda-tanda orang yang berjaya sudah terlalu ramai.
Persoalannya disini kemanakah mereka yang ramai-ramai ini akan pergi untuk mencuba nasib. Ini belum lagi kita melihat kepada jumlah yang tidak skor semua A. Masyarakat sekarang semakin berpendidikan dan masyarakat masa mendatang iaitu generasi anak-anak kecil hari ini akan terus menjadi kelompok masyarakat yang terlalu pandai dan bermaklumat. Persediaan yang harus kita berikan kepada anak-anak hari ini adalah bukan sekedar untuk berjaya dalam pelajaran tetapi adalah bagaimana mereka boleh berjaya dalam perjuangan kehidupan mereka. Pencapaian akademik seperti hari ini pada masa itu mungkin sudah tidak membantu apa-apa. Lebih dari itu mulai sekarang kita kena buat perancangan, perencanaan yang terbaik untuk anak-anak mampu bersaing dalam zaman mereka kelak.
Apa ? Bagaimana ? Kenapa ? Bila ? semua persoalan ini balik kepada kita untuk memberikan jawapannya. "Anak-anak kita tanggungjawab kita walau mungkin suatu hari nanti kita ini bukan tanggungjawab anak-anak kita " kita terima seadanya dengan apa yang bakal didatangkan kepada kita setelah kita berusaha. Kita manusia hanya boleh merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah jualah yang lebih sempurna. Berikanlah sesuatu yang lebih dari hanya sekadar mengulangi bisikan yang sama telah dibisikan ketelinga kita suatu masa dahulu.... " belajar rajin-rajin.... sampai boleh masuk universiti... lepas tu senang dapat kerja makan gaji dan hidup kamu akan lebih terjamin dan baik berbanding sekarang..." Apakah bisikan serupa ini masih boleh digunakan hari ini dan dimasa hadapan?
ZAMAN DAH BERUBAH.... DUNIA DAH SEMAKIN MAJU.... fikir-fikirkanlah para sahabatku... anyway suka aku gunakan kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada anda sekelian ibubapa diatas pencapaian yang anak-anak anda tunjukkan..... Semua A bukan bererti anak kita terlalu hebat.... dan juga disebaliknya... gagal mencapai A bukan bererti anak kita terlalu teruk .... apa pun pencapaian anak-anak kita .... berbanggalah kita dengan anak kita....kerana anak kita cerminan kita...

Khamis, 19 November 2009

HIDUP INI SATU PERLUMBAAN


Suka tak suka untuk kita menerima pakai akan hakikat bahawasanya kehidupan kita ini adalah satu perlumbaan adalah merupakan realiti. Yang menjadikannya seolah-olah satu fantasi adalah kotak pemikiran kita. Kotak pemikiran kita yang telah dibentuk acuannya sejak zaman berzaman dan hidup kita pada hari ini kebanyakkannya hanya mengulangi jalan cerita yang sama. Hari ini tidak ada beza dengan semalam, malahan esok yang bakal mendatang juga tak akan berbeza dengan apa yang kita lakukan pada hari ini dan semalam.

Begitulah seterusnya indahnya sudah kehidupan kita yang ditanamkan dalam kotak pemikiran sehinggalah tiba masa kita menutup mata. Kita telah diajar untuk merasa selesa walaupun sebenarnya kehidupan hari ini sangat mendesak. Kita telah ditanamkan sifat penakut yang amat sangat dalam melakukan perubahan dalam kehidupan kita. Kita dibayangkan akan musibah yang bakal menimpa sekiranya kita cuba menjadi pemain dalam perlumbaan kehidupan. Padahal dalam masa yang sama memang kita sedang bergelora dilambung musibah kehidupan.

Kita telah dibisikkan "itu/ini bukan duniamu" dan kita menerimanya lantas berpegang padanya sehingga hari ini bahawasanya " itu/ini bukan duniaku". Bagaimana kita mahu kelihatan hebat dan maju jika kita hanya menjadi penonton yang ingin berasa selamat. Pernahkah kita terfikir bahawa suatu hari nanti mereka yang berlumba itu dengan terpaksanya bakal melanggar keselesaan (hakikatnya tak selesa pun) hidup kita. Sebenarnya pada hari ini pun kita sudah sering dihimpit-himpit oleh mereka yang berlumba ini, seperti biasa telinga kita akan dibisikkan, sabar.... bawa bertenang.... biarkan mereka... dunia itu bukan dunia kita.... kita tidak akan berupaya untuk berada didunia itu.... cukuplah dengan apa yang kita ada.....

Pernahkah kita terfikir bahawa apa yang kita ada pada hari ini adalah tidak cukup untuk diwarisi oleh anak cucu kita suatu hari nanti? Sedangkan kedua orang tua kita sudah dikira berjaya didalam misi perlumbaan kehidupan mereka dengan memberi satu ruang yang agak selesa dengan apa yang kita miliki hari ini. Apakah perlumbaan dunia anak cucu kita nanti kita fikir akan sama dengan perlumbaan dunia kita sekarang? Sedang bibit-bibit perubahan bentuk persaingan sudah jelas kita perhatikan pada hari ini, masihkah lagi kita akan mengulangi skrip yang sama terhadap mereka.

Persaingan semakin sengit.... kita semakin minta dilindungi... sedangkan dalam hakikat sebenarnya kita sendiri yang harus melindungi diri kita dan keluarga. Sampai bila kita mahu berada dalam kotak zon selesa yang palsu ini? Adakah sampai nanti kita sudah tidak mampu bertahan barulah kita nak memulakan langkah? Memang betul kita masih boleh berubah ketika itu... tetapi kita akan terus ketinggalan.... Harapkan tanah warisan/farait.... tanah sudah semakin mengecil (semakin membesar angkah pecahannya).... itu pun kalau ada.... kalau semuanya sudah habis dijual? Dengan apa yang kita ada dan usahakan pada hari ini.... bolehkah kita menambah harta sebagai warisan kepada anak cucu? Kalau tidak boleh maka kita perlu mencari jawapannya kenapa tidak boleh...... dan bagaimana ianya harus jadi boleh.....

Ya! kita perlu kepada perubahan.... transfomasi.... kita kena ubah minda kita.... kena ubah cara kita berfikir.... kena ubah cara kita melihat sesuatu.... kita perlu berubah dengan melihat sesuatu itu daripada melihatnya secara biasa kepada secara luarbiasa. Masa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita semakin singkat.... apalah salahnya hari ini kita berazam dan bersedia untuk mula membuat perubahan yang bakal memberikan kelainan dalam nilai kehidupan kita pada hari esok dan seterusnya.... anak cucu kita akan sentiasa ingat akan jasa dan pengorbanan yang kita lakukan pada hari ini. Zaman untuk kita menanam durian pada hari ini untuk diwariskan kepada anak cucu merasai kelazatan isinya suatu hari nanti sudah berlalu, untuk masa yang lampau...ia... pada hari ini kita akan beritahu ini adalah hasil usaha datuk/nenek moyang mereka untuk kita merasainya. Tetapi hakikatnya pada hari ini nak makan durian kalau tak berdusun pun kita boleh makan macam orang ada dusun. Apa yang perlu adalah DUIT.... Tak akan ada siapa boleh menafikan perkara yang bernama DUIT ini, hari ini kita bertungkus lumus keluar bekerja kerana apa? kerana duitlah.... memang benar DUIT bukanlah segala-galanya.... tetapi cuba kita renungkan hidup kita hari ini dengan keperluan DUIT yang seringkali mendesak dan mengasak kita.... pada masa hadapan lebihlah lagi peritnya hidup kerana perkara yang dinamakan DUIT.... Ini bukan zaman kita mewariskan pokok durian buat anak cucu.... dan ini juga bukannya zaman untuk kita mewariskan DUIT semata-mata tetapi lebih dari itu adalah zaman untuk kita berubah daripada sekadar menjadi seorang penonton perlumbaan kehidupan kepada seorang pelumba kehidupan yang berjaya dalam keredhaan Allah swt (dlm erti kata sebenar). Anak-anak...dan cucu-cucu kita juga harus kita sediakan mereka untuk jadi pelumba kehidupan yang berjaya dunia dan akhirat.

Insyaalah pada masa itu nanti kita bukan lagi menjadi manusia yang masih dalam kotak ketakutan/keselesaan....Kita boleh bersaing dengan siapa sahaja.... selagi hayat dikandung badan. Kita bukan lagi menjadi orang yang meminta-minta, mengharap-harap.... merayu-rayu... sembah tak laku.... lantaran kita akan terus diperkuda kerana kelemahan,ketakutan yang telah lama membayangi hidup kita.

Untuk menjadi seorang yang terhormat tak perlu menjadi seorang yang berhormat,..... seorang yang terhormat adalah seorang yang dihormati semua orang termasuklah oleh yang berhormat. Hidup biar berjasa, hidup biar luarbiasa agar kita mampu untuk berbuat sesuatu yang luarbiasa. Kemudian pula kita mampu untuk menjadi anggota masyarakat yang boleh memberi impak dan kebaikan kepada semua.... sehingga ketemu lagi dilain bicara ketukan jari jemari.... (nak kata bicara mata pena, tak guna pena...) semoga ada manfaat yang akan kita perolehi terutamanya kepada diri saya sendiri dan seterusnya kepada tuan/puan pembaca setia blog ini.

Bertemu dipodium kejayaan.....

Selasa, 17 November 2009

TEMBIKAR ALAM TEMBIKAR MAYA ILUSI


Foto ni aku tembak pada satu lokasi di taman tasik taiping, setelah ku amat-amati dia berupa seperti sebuah tembikar. Kesan bayang dalam air tasik yang tenang.
Kongsi-kongsi....

Isnin, 16 November 2009

ANUGERAH KECEMERLANGAN VS GRADUASI






penyambung legasi 'K'

adalah sikit-sikit macam aku suatu masa dulu...
(tengah duk cari gambak masa aku sebaya usia ni)

Aduh... sabtu lepas bertembung dua majlis, pada waktu yang sama. Akhirnya aku dan keluarga menghadirkan diri ke majlis graduasi anak yang kedua. Yang pertama majlisnya aku dah pernah pergi dan dia pun faham yang adiknya lebih memerlukan kehadiran kami. Abang kenalah mengalah.... apa pun sebagai seorang abah aku berbangga dengan prestasi yang anak-anak tunjukkan. Biasale ye dak... mana ada mak bapak yang tak bangga dengan anaknya...

Semoga aku dan kalian2 blogger-blogger yang bergelar ibu atau bapa akan terus berbahagia bersama keluarga masing-masing.


TONGKAT ALI VS LONG JACK

Tongkat Ali vs Long Jack


Tetibanya aku dapat idea nak ulas fasal beberapa perkataan tentang satu benda yang bernama melayu dan juga ada bernama matsalih @ omputih.
1. Tongkat Ali- tak dapat aku pasti dari mana asal usul nama ini, mungkin orang melayu pertama yang jumpa pokok ini adalah bernama Ali. Biasanya begitu..... Takkan Azizan yang jumpa atau Aziz atau Sham atau Azaini yang jumpa n baik hati sangat dan letak nama Ali. Dah tentu jadi nama tongkat Azizan, tongkat Aziz, Tongkat Sham hatta tongkat azaini. Tapi rasanya kalau nama-nama lain ni yang jumpa , dan letak nama depa, mcm tak sedap bunyinya berbanding nama tongkat ali. Yang lagi aku pelik bila mana pulak ada jugak ia bernama Long Jack. Langsung tak dak kena mengena dengan nama Ali. Kalau diletak nama Long Ali kan ok!.. kita dah ada nama long-long lain seperti tokoh dalam sejarah negara seperti Long Jaafar, Long Piah (yg ni tak sejarah kut) Long Pasia...nama tempat. Jadi sini persoalannya mana mai nama Long Jack? kat amerika ada ka pokok @ tumbuhan yang sama mcm tongkat Ali yang dijumpai oleh orang bernama Jack. Mana mai? mana mai? sapa yang boleh bagi jawapan ni? Atau memang orang kita Melayu ni yang suka n pandai-pandai pi letak nama long jack atas alasan nak komersial ? Apa nama melayu tak cukup komersial ka? Kita pi tempat depa ada ka benda-benda depa yang depa ada bagi nama ikut nama kita? Kita yang nampaknya terhegeh-hegeh nak buat @ nama depa.... sebagai contoh :

Bota disamakan Boston
Parit disamakan Paris
dan mungkin ada lagi nama-nama lain yang lebih kurang sewajarnya.

Ok.... aku harap janganlah pulak ada mana-mana rakan blogger yang terasa pulak baca N3 aku ni, cuma sekedar nak mengetuk minda kita. Minda kita ni kalau asyik jalan lurus ja kalau tak langgar 'gon' ( perkataan ni pun mana mai) tak syok la pulak. Kalau rajin fikir-fikirkanlah kalau malas just baca n lupakan saja....cukup sekadar mengisi masa senggang anda.
Lepas ni aku cuba lagi buat N3 yang satu benda tapi ada dua nama melayu dan omputih yang something special,unik tapi kedua-dua nama tak da persamaan langsung atau benda tu tak ada disalah satu negara tapi bernama dua.
Hahaha.... jangan pening2...
Wassalam

Ahad, 15 November 2009

MANUSIA DAN ALAM

dalam mata ada manusia... dalam manusia ada apa?

hari sudah hampir malam...

mencintai alam menghampiri malam
menyelami malam menjengah silam
hidup jangan terus kelam....

walau sebiji tetap berbuah.. kecik2 cili berapi...


kembara dialam misteri

Jumaat, 13 November 2009

SEDIH PILU DI KAKI BUKIT, ADAT KEHIDUPAN.

Semalam aku aku kaki bukit larut tempat berlangsungnya majlis eyeball perpisahan rakan radio amateur 9w2SPO. Aku pergi awal untuk menyumbang tenaga dengan melekatkan api menjadi bara kayu arang untuk proses bakar membakar seterusnya.
Sementara menunggu kerja nak dimulakan aku pun try la explore cam a550 ni. belah malamnya aku tak dapat nak bersama rakan-rakan sebab aku diperlukan disatu tempat lain yang menjanjikan satu sinar yang insyaallah bakal menerangi kehidupan aku seterusnya. Jadi aku taklah ralat sangat tak dapat bersama rakan-rakan sebab aku dah menyumbang gak tenaga untuk menjayakan majlis.
Nampaknya rakan-rakan dan keluarga semua yang hadir happy makan-makan, minum-minum walau pun sedih dengan perpisahan dengan sahabat radio, sahabat berkayuh iaitu Saiful. Kepada Saiful... dikesempatan ni aku ucapkan selamat maju jaya ditempat kerja yang baru... semoga satu hari hang boleh berada dipuncak. Aku boleh tumpang bangga pada masa tu sbb suatu masa dulu kita adalah rakan berkayuh... hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.... baik pi duduk kat negeri orang tu yang ada hujan emas ( kumpui2 bleh jadi kaya ) dari lebam duk kena hujan batu kat negeri sendiri.... betui ka..? betui la...!!!

Khamis, 12 November 2009

REPLIKA KAPAL LAYAR.... ADA KE ORANG NAK BELI?





Replika kapal layar ni adalah hasil tangan rakan yang memang expert buat replika kapal. Kata rakan tu pernah ada orang tukar sekor kuda dengan 2 replikan kapal yang dihasilkannya. Otai tu... pandai buat kapal.... Sesapa nak belayak balik kampung bleh la mai ushar tengok...

Selasa, 10 November 2009

SEKARANG SEMAK... TAHUN DEPAN SHOPPING MALL

semasa (sebelum)
semasa (sebelum)

Tempat ni sekarang semak.... dan menyemak... sekarang telah dipagar keselamatan... ini bermakna kerja-kerja pembinaan akan bermula.... kalau tak ada sangkut sebuag shopping mall dan hotel akan naik di kawasan ni.... kita tunggu dan lihat jer la.... karan sink halia mulaporkan...hehe.... havoc la tepen...

CATATAN 3 HARI.... TAK TULIS

langkah di E-GATE

nyam! nyam! di BANGKOK STATION

mamat mana lak ni.... ushar semacam jer...


siakap masak biji gajus.... fuhh sedap..... tak caya? hampa pi try...


Tiga hari yang lepas tak berkesempatan aku membuat entry sebab agak sibuk dengan pelbagai urusan di kampung halaman. Membaca entry blog rakan-rakan pun aku tak sempat. Syukur alhamdulillah a 200 dah selamat berpindah tangan. Semoga a 200 akan bekerja dengan baik bersama tuan barunya. Selamat jalan a 200.

Sempat juga aku ke Penang untuk ke sebuah pejabat yang beri harapan untuk aku mengubah kehidupan aku sekarang ini. Terletak di E-GATE Penang. Memang hebat tempat ni.... eksklusif... bangunan niaga alaf baru... berbeza dari yang lain-lain. 'Pejabat' yang aku pergi tu pun hebat juga.... dan dapat jumpa junior aku sekolah teknik TARP dulu.... dia pun dah hebat sekarang ni.... fuhhh!!! umor baru 30 tapi dah jadi orang hebat tapi nampak biasa-biasanya jer... katanya yang masih aku ingat.... " sentiasa ingat pada Allah itu penting, untuk kita sentiasa sedar siapa kita..." hebat... hebat....

Sempat gak pi lepak makan-makan, minum-minum di BANGKOK STATION jln baru, Prai. Pergh!!! makanan dia memang best.... suasana pun best.... makanan dia ada banyak pakej dan pada harga yang sangat 'reasonable' ... pekena ikan siakap masak gajus (menjilat jari).... ayam masak madu... udang goreng tepung... tomyam.... sayur campur goreng....telur dadar.... air dua jag ( laici & tembikai) makan 13 orang ( 4 dewasa 9 anak2..) tak habis rm80. Rasa puas hati tul... masakan dia sedap... pakej makanan dia bermula serendah rm 20 yang dah boleh makan 4 orang dewasa... memang best....

Bukan apa promo kedai ni... bukan tokey kedai tu tau pun aku promo kedai dia.... just nak kongsi dengan pengunjung blog ni tentang tempat minum-minum, makan-makan yang best.... nak tau best tak best sampai aku terlupa nak snap gambar diawal nak makan.... dah penghujung baru teringat... so ambik gambar tulang jer le.... teringin? hampa pi la cuba noh....

Jumaat, 6 November 2009