BEREHAT SEBENTAR

Sabtu, 31 Oktober 2009

SONY ALPHA 200 UNTUK DIJUAL





sony alpha 200 10.2 megapix
1 lens sony 18-70
BC-VM10 Battery charger (1)
Power cord ( mains lead) (1)
Rechargeable battery pack NP- FM500H (1)
Video cable (1)
Shoulder Strap (1)
Eyepiece cover (1)
Body cap (1) (Attached on the camera)

Extra/Bonus:
penapis uv kenko japan
memory card 4 gb
1 beg
1 tripod

Harga : RM1500 ( boleh runding)
Berminat ? hubungi segera: 013-5024272 ( rot)



PENIPU MENIPU TERTIPU

Memang tak guna betul mereka-mereka yang penipu ni... adaka logik beli satu skrudriver yang harga pasaran katalah rm5 tapi dituntut harganya rm100. Ini adalah salah satu contoh kalau anda ingat suatu masa dulu tentang peruntukan dibawah kementerian belia dan sukan yang diselewengkan... menterinya masa tu azalina. Ada banyak lagi penipuan pembelian dilakukan sehingga beratus2 juta duit kita (rakyat) lebuh (lesap) pada masa itu... Kecoh sekejap... kata nak siasat, kata nak ambik tindakan.... tubuh badan khas..... akhirnya benda tu senyap yo.... Melayu ni mudoh lupo ko?

Sekarang kecoh lie.... beli 2 buah laptop yg harga pasaran dalam rm9k jer tapi dipulas harganya jadi rm80k lebih. CELAKA betul lah.... penipu lagi.... yang aku peliknya dan tak masuk akal... siapa yang semak tuntutan harga pembelian waktu tu dan luluskan pembayaran? agak-agak saja-saja berani ka dia buat untuk dia makan sorang-sorang kalau tak dak orang yang lebih besar yang mempengaruhi dia.BODOH SANGAT KE DIE? aku rasa kalau letak orang yang kurang tinggi lulusan pun dia akan pelik 2 buah laptop harga rm80k lebih...

Isi minyak setiap minit dan dituntut pada harga yang tidak munasabah langsung harga seliter minyak dipasaran semasa... dan banyak lagi perincian lain penipuan yang dilakukan telah dilapor oleh AUDIT NEGARA. TAHNIAH AUDIT NEGARA KERANA INTERGRITI ANDA MASIH UTUH.... cuma yang lain tu jer bukan saja tak utuh tapi sebenarnya cara kerja mereka tidak diBUTUHkan (dalam perkataan indonesia maksud butuh adalah perlu , jgn salah faham)lagi oleh masyarakat yang inginkan kebenaran dan ketelusan. Duit rakyat jangan dibazir sesuka hati. MEREKA (PENIPU) YANG BUAT KERJA TU JANGAN DILEPASKAN. MEREKA (PENYIASAT) YANG MENYIASAT JANGAN MENDIAMKAN. SEPERTI KES DIBWH KBS DULU , SAMPAI SEKARANG APA KESUDAHANNYA? SIAPA KENA? SEPATUTNYA SERET DARI AKAR SAMPAI KE PUCUK KE MUKA PENGADILAN. SEKARANG BERLAKU LAGI, DAN SEKALI LAGI KITA DIUJI UNTUK MELIHAT DAN MEMBUAT KEPUTUSAN AKAN GELAGAT SI PENIPU DAN MEREKA YANG KONONNYA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN. ADAKAH SKRIP DRAMA YANG SAMA AKAN BERULANG. MUDAH LUPA SANGATKAH ORANG KITA NI.... KALI INI BUAT SIASATAN DAN BETUL-BETUL DISERET MEREKA YANG BERSALAH DARI AKAR SAMPAI KE PUCUK. TANG PUCUK TU YANG KITA ORANG RAMAI NAK TAHU.... SIAPA GERANGAN MALA'ON TU.... KERJA TIPU NI BUKAN BOLEH DIBUAT OLEH SEORANG PEKERJA BIASA KALAU TANPA RESTU ORANG2 LUAR BIASA. JANGAN TUNJUK LAGI DRAMA YANG SAMA, RAKYAT DAH TAHU JALAN CERITANYA... JANGAN SAMPAI NANTI RAKYAT TUNJUK CARA SEBENAR NAK BUAT DRAMA YANG BAIK DAN TULUS. KITA RAKYAT TAK MAHU SI PENIPU TERLEPAS, YANG MENYIASAT MENIPU SEBAB KES DISENYAPKAN....KITA RAKYAT TAK SANGGUP TERUS TERTIPU.
PENIPU, MENIPU TERTIPU....

Jumaat, 30 Oktober 2009

ADUHHHH.... ALPHA 550



Tadi pi jengah promosi kamera.... of coz la SONY ALPHA
Terpanah, teracun, keracunan.... teruja.... perghhhhh..... fuyooo....
tak bleh tahan tengok 'perfomancemu'... hehe melayu + english..... SONY ALPHA 550.....
aduih... jiwa kacau, jiwa kacau....
aku nak juai lah aku punya sony alpha 200..... ada ka org nak beli?

MALAY HABIT....


Wah tajuk gempak... In english.... but..... aku nak tulis dalam bahasa melayu je... MALAY HABIT... kali ni yang aku nak timbulkan ialah.... makan. Haaaa cerita pasal bab makan ni... memang best sebab semua orang suka makan, lebih-lebih lagi yang free... tap sedap ka atau tak berapa sedap ka .. tak pa sebab FOC. Kalau yang berbayar.... nahaslah kedai tempat dia makan tu... bukan nak amuk tapi kena pangkah!!.... bukan pangkah untuk disamun macam AlibabaBujangLapok tu dan jauh sekali mcm memangkah masa pilihanraya... pangkah tak mai dah... kalau dia sorang tak mai tak pa gak... siap kempen lagi dengan orang lain, tok sah pi makan kat situ.... sebab tak sedap, sebab mahal, sebab pengotor dan sebab dan sebab.....

Tapi sebaliknya pulak... kalau sedap, berpatutan harganya, special mesra layanannya.... kempen bro... ramai-ramai pi makanminum disana...disana.... Jadi kepada orang-orang yang meniaga makan-makan... minum-minum... buatlah makanan dan minuman dengan sesedap yang boleh... memanglah sedap ni subjektif... tapi kalau 10 ditanya.... 7 kata tak sedap.... apa nak citer....

Ada pun tajuk aku yang tersebut di atas bukanlah barkaitan dengan apa yang dah aku coretkan di atas tapi ni baru nak mula.... hehe...

MALAY HABIT yang aku maksudkan kali ini ialah makan apa pun terutamanya yang dihidang dan dikongsi ramai-ramai makan.... contoh mcm cekodok@jemput-jemput,lain-lain kuih muih, buah-buahan.... semuanya yang jenis sebiji-sebiji atau seketul-seketul..... bila sampai yang last... yakni tinggai satu... mesti tak dak sapa nak pi ambik.... mungkin malu atau apa? selalunya terjadi begitu.... kenapa ya? jawapannya ada pada anda.... sebagai contoh gambar di atas..... .. kisahnya....

MELAMPAU TUL....

sungguh kurang sopan....

aikkk... naik syok nampak....

sian anak lembu ni ... tempatnya dirampas orang...

kalau dirampas lembu lain tak pa gak....

Ini kira tahap melampau ni.... anak lembu tu nak minum tang mana ? Mala'un sekor ni siap gayut kat bawah tu.... dah tak dak duit sangat ka nak beli susu yang dah siap perah? Ke memang lain kenikmatannya kalau isap terus dari putingnya.... heeee.... Lembu tu pun macam rela ja... hehe ... syok sama syok.... yang kena isap syok yang menghisap pun syok.... woiiii....ini bukan lucah... aku cita berkait dengan gambar kat atas tu jer.... tak kan nak kata pompuan tu tengah basuh kain kot.... hahaha... silap geram memang nahas la pompuan tu kena pijak....

Lembu tu kira buat perlambangan.... pompuan tu pun buat perlambangan.... anak lembu dah tak dapat susu.... pompuan seksi tu pulak pulun habis.... kalau lembu tu tak nak pijak dia... mai kita ramai-ramai pi pijak pompuan tu... nak sangat....

Duit Duit....

Ada pun duit ni penting... tp klu dalam bentuk perkataan bunyinya do it... melayu kata buat saja... betui ka... lebih kurang la... DUIT sangat besar pengaruhnya... manusia sanggup buat apa saja kerana duit. Tak kurang juga bagi sesetengah orang duit bukanlah segalanya. Kerana pengaruh duit apa saja boleh tergadai... termasuklah maruah... Ini banyak berlaku sekarang... ada orang memang sengaja bukan lagi menggadai malah menjual.... 'MARUAH FOR SALE' lebih kurang gitulah kot bunyinya... Terdesak sangatkah kehidupan hari ini kalau segala-galanya adalah duit... bagaimana pulak 10, 20 tahun akan datang ? Kerana DUIT ada orang tak ngaku bersaudara, adik beradik malahan anak beranak...
Kerana duit dari sekecil-kecil barang hinggalah ke sebuah negara boleh terjual. Kerana DUIT ada orang buat untung ada orang kena rugi... untung atas angin.... paling mudah sbb tak perlu pijak tanah dah boleh buat untung... lantak pi la orang yang kena pijak tanah tu buat kerja yang belum tentu dapat untung atau balik modal atau rugi...Yang buat kerja ni ramai.... sebab tu jalan cepat pecah, berlubang.... buat bangunan tak selamat untuk diduduki.... buat parit... parit sumbat... buat jambatan, jambatan tercabut... runtuh... buat apa saja pasti tak sempurna sbb duit banyak dah terbang masa kat atas angin sebelum dia mendarat ke poket orang-orang didarat...
Kerana duit juga hubungan boleh jadi rapat dan baik serta akrab.... rapat? baik? jaga baik ada makna tu.... bila duit dah tak dak... bye bye... ada duit... hai hai... P.Ramlee buat cita 3 ABDUL memang berkisar akan kuasa duit... DUIT, WANG BERWANG,MONEY....FULUS.... apa lagi nama yang sewaktu dengannya.... memang hidup kita perlukan duit... terutamanya sekarang... lebih-lebih lagi tahun hadapan.... Cuma aku harap janganlah sampai nnti ada yang mencuri (sbb tak dak duit) untuk bagi makan anak bini, mencuri utk beli susu anak.... mencuri untuk bagi sekolah anak... Sedang ada orang yang sedang dan terus rakus mencuri duit untuk keta besar, rumah besar, gudang besar, bini tak besar (ramping), simpanan yang makin membesar......
Duit! Duit dimana kau Duit.... ( lirik M.NasiR) Satu ringgit..... Dua ringgit.... Tiga... ringgit.... ( lirik Dato' M.D Kilau ) Senang-senang jer duit depa buang-buang kat meja judi... ada tu bukan singgit dua tapi sjuta dua..... Ada banyak duit jadi BERWANG..... tak dak duit kena lari dari BERWANG... nanti kena ngap.... dia ngap... aku ngep!!

Khamis, 29 Oktober 2009

KURSUS... BUKAN KURUS..SUS...

Bukan kursus berkaitan fotografi tapi kursus macam mana nak pasang paip air dan pendawaian elektrik.... hehehe.... aku ditugaskan untuk merakamkan... saat/moment of the course @ kursus bukan kurus...sus... ( sbb makan power)... Dah habih ayat... tak mau panjang-panjang... tengok gambak je



































Rabu, 28 Oktober 2009

APA DAH JADI?

Apa dah jadi... apa dah jadi...
sampai sekarang tak kawin lagi.....
Syok pulak layan lagu ni buat santai...
Lepas Datuk SM Salim dengarkan terus versi Ali Mamak pulak....
Versi Ali mamak ni best boleh buat kita senyum sendiri....
Kita kurangkan stress.... blog aku ni sempoi jer ... semua boleh citer...
Kalau ada masa terus layan lagu Made In Thailand....
Bukan Aku nak banggakan Thailand tu tapi hakikatnya
kat Malaysia ni cukup banyak produk dari Thailand...
dari sekecik-kecik barang sampai sebesar-besar orang....
Group kwn berkayuh pun baru jer balik dari Thailand...
Ada juga yang dinasihat doktor agar berehat sbab masalah lutut....
mmmmm.... masalah lutut....mmmm thailand.... lutut.....mmmmm
Sawadekrarrrpppp.... layannnnnnn....

BIAR...

Pekak Badak...
Biar.... pekak itu kepunyaan siBadak
Jangan kita merampas gelaran itu darinya....
Entah benar entah tidak pekak itu macam badak
Siapa boleh mengesahkannya...?
Kenapa harus telinga yang ada kita dipekakkan
Tidak mahu mendengar pada kebenaran
Tidak mahu mendengar akan rintihan
Tidak mahu mendengar pada penyaksian
Adakah mereka pekak macam badak ?


Bodoh macam lembu!!
Biar..... bodoh itu kepunyaan silembu
Jangan kita merampas gelaran itu darinya....
Entah benar entah tidak bodoh itu macam lembu
Siapa yang boleh mengesahkannya... ?
Kenapa harus akal yang ada tidak digunakan sebaiknya
Tidak mahu memikir secara cerdik
Tidak mahu bertindak secara bijak
Adakah mereka itu bodoh macam lembu ?

Pekak dan bodoh.... kenapa harus begitu?

MINYAK IKUT HARGA PASARAN TAHUN DEPAN

Satu perkara yang banyak pro dan kontranya. Bagi sisiku apa-apa pun perancangan pemerintah biarlah rakyat dilindungi dari menanggung akibat yang pedih dan perit dalam mengharungi kehidupan. Memang alasan utama yang digunakan ialah agar subsidi yang diberi tidak mengalir ke tangan orang asing dan mereka yang lebih berkemampuan, akan tetapi kita berharap ianya tidak akan meninggalkan satu impak yang cukup berat dan tak tertanggung oleh rakyat kebanyakkan.

Cara pemberian subsidi melalui penggunaan mykad atau apa sekali pun diharapkan pihak kerajaan pastikan harga barang tidak lagi naik, kos perkhidmatan lain2 juga tidak naik, tol tidak naik, tarif elektrik tidak naik dan apa-apa sahaja yang kalau naik bakal membawa bebanan mengharungi kehidupan yang menyiksakan.

Sudah agak lama sebenarnya kita nantikan iaitu peningkatan kualiti hidup rakyat yang harus dinaikkan. Nilai kepada kewangan harus ditingkatkan. Bukan bererti meningkatkan jumlah gaji atau pendapatan itu dapat meningkatkan nilai kewangan jika sekiranya kos sara hidup terus melonjak-lonjak tanpa dapat dibendung.

Apa guna berpendapatan tinggi tetapi kos sara hidup juga lebih tinggi.... TAPI LAGI TAK GUNA BILA PENDAPATAN TAK CUKUP TINGGI, KOS SARA HIDUP SEMAKIN MENINGGI. Kalau pendapatan seperti sekarang pun dengan syarat kerajaan lebih berkesan bukan sekadar retorik dalam memastikan segala-gala berkaitan ekonomi dalam negara dapat dikawal dan jika boleh diturunkan kosnya maka agak sudah memadai dengan apa yang kita ada hari ini. Tetapi ini adalah satu perkara yang hampir mustahil jika melihatkan trend semasa.

Pihak kerajaan harus mengambil satu langkah berani untuk benar-benar kelihatan membela rakyat. Ketepikan seketika kepentingan kapitalis, bukan bererti mereka tidak boleh membuat keuntungan tetapi biarlah dalam margin yang lebih munasabah. Siapa yang lebih penting? RAKYAT atau KAPITALIS. Perubahan perlu segera dilakukan sebelum rakyat keseluruhan yang akan melakukan perubahan. Perubahan itu juga nanti harus sesuatu yang nyata dan hakiki bukan sekadar kosmetik yang bersifat sementara. Rakyat kebanyakkan sekarang dah tahu yang mana kosmetik dan yang mana kecantikan semulajadi (natural beauty) .

Tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi ke arah perlaksanaan mekanisma baru berkaitan harga minyak. Kesan ekonomi berkaitan harga minyak ini tentu akan membawa kesan berantai. Sebagai rakyat kita hanya boleh tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi kepada gelombang kehidupan tahun hadapan. Adakah geloranya akan merubah pantai ? atau mungkin geloranya membawa tsunami yang mampu meruntuhkan hatta sebuah bukit atau gunung ? Atau mungkin tiada sebarang gelora yang bakal terjadi malahan kita tidak sedar pun yang sebenarnya kita sedang dalam sebuah pelayaran. Bolehkah ianya terjadi? sedang kini pun pelayaran hidup kita sering dilanda gelora.

Selasa, 27 Oktober 2009

GAJI MINIMA

Petang tadi aku sempat menonton satu rancangan di astro awani yang membincangkan tentang perlaksanaan gaji minima. Pada sisi aku , tibalah sudah masanya negara kita melaksanakan gaji minima atau apa istilah lain ( gaji wajar, kata seorang panel) bagi memberikan satu pembelaan yang sewajarnya pada golongan tenaga kerja di negara ini. Dengan keadaan kos sara hidup yang kini sudah jauh lebih tinggi berbanding 10 - 15 tahun lalu kenapa gaji masih kena sama 10 tahun kebelakang. Kenaikan sara hidup melonjak-lonjak saban masa.
Kalau ikut kata seorang panel yang merupakan seorang majikan (usahawan) pelaksanaan gaji minima akan meningkatkan kos dan ini boleh menyebabkan pelabur lari ke negara lain. Apa cerrrr... hujah panelis ni? Sekarang masa tak buat gaji minima pun dah ramai pelabur beralih ke negara lain. Nampak sangat bukan soal perlaksanaan gaji minima yang menjadi ukuran pelabur tapi adalah keadaan ekonomi serantau... Rakyat negara kita (tenaga kerja) jauh lebih intelek dari tenaga kerja di Jepun kata seorang ahli panel, katanya seorang tenaga kerja disini memerlukan tunjuk ajar seminggu dan dah boleh mengoperasikan mesin tetapi di Jepun memerlukan masa sebulan. Ini menunjukkan betapa tingginya nilai intelektual rakyat negara kita tapi sayangnya dari segi gaji masih pada tahap yang rendah.... di bawah paras kemiskinan.
Bila sara hidup tinggi, pendapatan tak cukup... kerja lebih masa perlu dilakukan. Ini akan mengakibatkan kualiti masa sekeluarga untuk bersama setiap hari terjejas. Maka inilah antara sebab banyaknya terjadi gejala sosial. Masalah kesihatan juga meningkat sebab rakyat tak sempat nak beriadah mengeluarkan peluh. Masalah stress juga meningkat, orang sakit jiwa makin ramai, yang dibelenggu hutang makin ramai, kejadian bunuh anak beranak, adik beradik dan orang lain juga makin menjadi-jadi. Kenapa semua ini berlaku. Inilah kesannya melengah-lengahkan perlaksanaan gaji minima. Kesan berangkai yang dahsyat makin mencengkam masyarakat.
Lebih malang lagi suatu hari nanti masyarakat kita hancur dek kerana tekanan hidup ini. Suami jual isteri, ayah jual anak dan tak mustahil isteri jual suami.... Berilah sedikit ehsan kerana masyarakat yang maju dan sihat fizikal dan mental akan lebih memberikan sumbangan yang lebih baik untuk negara. Penyakit masyarakat akan dapat ditangani jika tidak dapat dihapuskan terus kerana ibubapa sudah punya banyak masa bersama anak-anak. Limpahan kasih sayang dalam sesebuah keluarga adalah memungkinkan kurangnya penyakit masyarakat.
Rakyat hidup dengan selesa dan sihat pasti dapat meningkatkan produktiviti. Pada aku, kalau kita buat graf xy produktiviti adalah berkadar terus dengan keselesaan dan kesihatan fizikal/mental. Meningkatnya keselesaan/kesihatan maka akan meningkat produktiviti, merosotnya keselesaan/kesihatan produktiviti juga akan menjunam...
Bukannya susah sangat...hukumnya... nak dengan tak nak... Sesuai dengan tema Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan ... ayuh buktikan bahawa rakyat memang diutamakan...
Malaysia Boleh!!

Trivia : Apa beza Sapi dengan Lembu


Ada siapa-siapa boleh bagi komen atau jawapan kepada persoalan ini. SAPI dan LEMBU....

MALANGNYA NASIBMU SITUA


Pada pengamatanku malang sungguh nasibmu SiTua kerana panjangnya usia yang diberikan padamu tidak dapat kau manfaatkan sebaik-baiknya. Kenapa dirimu tidak seperti insan-insan lain yang seusia tetapi lebih bijak memanfaat usia menghargai masa baki usia.
Kau banyak menghabiskan masa ditempat-tempat yang tak sepatutnya lagi kau berada. Sepatutnya ketika ini kau harus cuba mendekatkan diri dengan PENCIPTA kita, membaiki silap dan salah, menunjukkan contoh dan tauladan yang baik dan dirimu akan terus dikenang dan disanjung kerana ketaqwaan mu.
Janganlah lagi kau habiskan masamu ditempat-tempat hiburan, dimeja-meja perjudian yang botol araknya bergelimpangan, yang wanitanya layak dipanggil cucu, berpakaian tak cukup benang bergentayangan.... Agaknya kenapalah orang-orang sepertimu ramai yang dipanjangkan umurnya.... sedangkan insan-insan yang warak dan patuh ajaran agama dijemput lebih awal kembali padaNYA....
Kenapa juga orang-orang sepertimu ini ramai yang dikurniakan kemewahan, pangkat, harta dan darjat... Berbuat amal bakti harus ada liputan media seantero benua, agar menyelinap disetiap ruang jiwa insan marhain bahawasanya andalah yang terhebat....terbaik dan berkemampuan... orang lain tidak boleh buat sebagai mana yang anda buat...
Ya Allah !! berilah petunjuk dan hidayahmu agar mereka ini kembali ke pangkal jalan dan kau hindarilah hambamu ini dari bersikap sedemikian andai ditakdirkan berada ditempat yang sama. Malangnya nasibmu SiTua andainya hidup masih dan makin jauh dari agama. Kerana waktu semakin suntuk, mega senja usiamu semakin terserlah.... tak berapa ketika lagi malammua bakal menjelma... apalah nasibmu SiTua.... Sesungguhnya Tuhan itu Maha mengetahui.....

HIDUP IBARAT SIANG MENANTI MALAM

Hidup kita ini memang semua orang tahu ianya adalah sementara. Setiap kita yang bernyawa ini akan sampai masa dan giliran untuk pergi menemui Pencipta yang maha agung. Sebagai seorang islam kita telah diajar sejak kecil akan perkara ini. Kita sendiri pun sedar dan tahu ( mungkin tak semua sekarang percaya, sebab tingkahlaku semasa menunjukkan seolah-olah mereka tak percaya) akan perkara ini tetapi mengapa masih ada yang memejamkan mata merelakan noda dan dosa terus berleluasa.
Hidup kita ibarat siang menanti malam. Malam seperti mana kita tahu adalah gelap suasananya. Jadi untuk menempuhi kegelapan malam ini kenalah kita buat persediaan. Persediaan mental, persediaan sumber cahaya ( untuk meneruskan aktiviti) makanan dan sebagainya. Jika kita terus leka disiang harinya tanpa membuat persediaan walau pun kita telah dikhabarkan akan kegelapan malam yang bakal ditempuhi maka rugilah kita. Sedang orang lain bersedia dengan rapi semasa disiang hari tanpa menjejaskan aktiviti siang, akan tetapi ada dikalangan kita yang bebal, nampak pandai tapi bodoh dan lebih teruk lagi dah bodoh, sombong pulak tu...
Selalunya yang bodoh sombong ini selalu menjadi makanan sipandai tapi bodoh. Orang yang berlagak pandai tapi bodoh ni selalunya didepan orang-orang yang dah la bodoh, sombong pulak... Perilaku kumpulan ini biasanya tidak memperdulikan akan janji-janji kepayahan menempuhi kegelapan malam yang serba mencabar. Kelompok bodoh sombong diajar supaya tidak celik (tutup telinga dan mata, supaya tidak melihat dan mendengar kebenaran) dan tidak menjadi pandai kerana dikhuatiri tidak akan mempercayai lagi sipandai tapi bodoh ini. Maka bersuka rialah mereka tanpa memperduli persiapan untuk menempuhi malam....
Janganlah kita termasuk dalam dua golongan ini.... hidup hanya sementara, buatlah baik dan jangan suka menganiayakan orang lain... yang benar tu katalah benar.... yang salah tu katalah ia salah... nak rujuk mana benar dan salah tu?.... kitab al-quran kan ada untuk dirujuk..... Kenapa tak mau percaya padanya.... Fikir-fikirkanlah.... agar kita tidak teraba-raba bila malam menjelma kelak....

Isnin, 26 Oktober 2009

NYANYUK...

Terkejut.... kaget.... dengan ucapan seorang yang memang dah tua sangat pun walau mungkin dia tak pernah rasa dia tu dah tua. Apa urusan mereka lantak pilah... tapi bila buat satu pengucapan yang bagi aku satu penghinaan, maklumlah perkataan nyanyuk ni amat sensitif lebih-lebih lagi ditujukan pada orang-orang yang dah tua. Kalau yang mengata tu orang muda mungkin orang muda tu kurang ajar sebab dia muda lagi.... belum cukup ajar.... tapi bila yang mengata tu orang yang sudah cukup tua, cukup lama disanjung dan dijunjung maka apalah gelaran yang lebih teruk dari KURANG AJAR... yang boleh diberikan padanya berbanding kalau orang muda yang mengucapkannya....
Ini bukan kali pertama kecapulan mulutnya diserlahkan, sebelum ini lebih dahsyat lagi sehingga ke tahap menghina nabi Muhammad Rasullulah pesuruh Allah. Aku pun tak faham hero-hero dan jaguh-jaguh berkerisma tak da la pulak nak bersuara.... Usianya dipanjangkan.... tapi ketakaburannya kembali terserlah.... hidup seolah-olah menongkat langit... Pada pendapat aku pada usia yang dipanjangkan ini buatlah sesuatu untuk membaiki kesilapan lalu... akui kesilapan, meminta maaf apa-apa yang patut kepada siapa-siapa saja yang patut. Sebab fahaman aku kalau kita buat salah dengan manusia kita kena minta maaf dengan manusia itu semasa didunia nilah selagi hayat kedua-dua pihak dikandung badan. Kalau satu pihak dah tutup mata maka tiadalah sudah peluang untuk menyucikan diri dari noda dan dosa.
Cukuplah dosa2 masa silam yang ada.... baki usia yang ada ni buatlah banyak amal ibadat sebagai persiapan menempuh perjalanan baru sesudah mati.... kecualilah kalau tak pecaya ada kehidupan sesudah mati....

ISTANA WALID



Telah menjadi satu fenomena baru sekarang ini burung yang bernama walid disediakan istana yang gah dan banyak sekali... kita jelajahilah mana-mana daerah dan pelusuk negeri burung walid ini begitu mendapat layanan yang istimewa. Disediakan tempat tinggal yang dikira eksklusif. Bayangkan sebuah malahan berbuah-buah rumah kedai atau bangunan didirikan semata-mata untuk menjadi tempat siwalid bersarang. Hanya kerana air liurnya yang berharga tinggi dia mendapat keistimewaan. Bagaimana agaknya kalau kita letakkan diri kita sebagai burung-burung dari spisis yang lain... mesti cemburu agaknya. Begitulah kita manusia yang bijak mengambil kesempatan. Tapi nak ambil kesempatan ni kena ada modal besar jugak...

Satu jer aku sebagai orang yang tak punya modal ni, bukan nak dengki tapi rasa tak seronok tengok hampir 90% keatas rumah-rumah kedai tingkat atas dijadikan rumah burung. Ada tingkap, tapi ada dinding dan corong tempat burung keluar masuk.... dan yang lebih menyakitkan telinga bunyi speaker suara burung tu.... Najis burung tu lagi la.... Burung-burung... baiknya nasibmu..


FENOMENA ALAM

apa yang tak kena ni....


cincin alam








KENANGAN DULU-DULU...

hero... duduk depan 3 dari kiri....


Cari punya cari punya cari kat kawan-kawan punya facebook jumpa la gambau masa zaman persekolahan teman ni... Teman sendiri cari gambau yang dalam simpanan teman sampai sekarang tak jumpa-jumpa... padahal dulu (time tu ler) punyalah gile begambo... memang hobi masa tu kena gambo.....


Harap-harap satu hari nanti aku akan jumpa balik dengan khazanah zaman persekolahan yang aku rasa banyak aku simpan... termasuklah keratan akhbar yang memuatkan nama aku sebagai pelakon lelaki terbaik drama persatuan pengguna P.Pinang tahun 1988.... yang diadakan didewan Seri Pinang P.Pinang... masa tu kalau lorong aku lebih terarah ke arah seni... harus la ni aku sebaris dengan Rosyam Nor kot.... hehehe.... (sesekali nak perasan ) tapi memang best la belakon drama pentas ..... tu lah the first n the last ....


Kalau ada kengkawan zaman persekolahan berkunjung ke blog ni tinggal-tinggal la pesan....

Ahad, 25 Oktober 2009

KLIK KLIK SEMALAM...

GUNA KAMERA HP JER ... NOKIA 5800 ( no editing)

Suasana di Boling Center Ampang SuperBowl Ipoh.










Lepas habis game pi pekena Nasi Ayam Pasar Bulat.... nyam...nyam...
perut lapak lepaih main.... apa lagi....







Sebelah malamnya pulak aku pi majlis barbeque.... kambing bakar... ayam bakar...
lagi sekali nyam... nyam... ( bahan pemerapnya ciptaan aku.... sapa nak rasa boleh buat tempahan...., nak tanya macam mana nak buat ... minta maaf... kalau nak jugak kena bagi pengeras.... yang cukup keras.... )




perghhhh!!! meleleh cakap lu.... syok oooo....


perbarisan kehormat cawan...


ayam... ayam...